Portal berita Malaysian Insider melaporkan. Berita ini adalah sifatnya sebagai suatu peristiwa, suatu event yang diharapkan punyai suatu kesan positif kepada imej, dalam hal ini merujuk kepada imej Umno. Imejnya bukan tercalar malah tercabar melihat kepada beberapa keputusan pilihanraya kecil yang diadakan baru baru ini.
Sudah terang lagi bersuluh, entri ini cuma mau perkatakan perihal pilihan kata sebagai tajuk yakni 40 Ulama Muda Sertai Umno. Jumlah 40 bukan 4 atau 14, tetapi 40 merujuk kepada jumlah yang ramai. Persepsi yang diinginkan ialah betapa ramainya orang yang masih berminat kepada Umno. Kedua, yang berminat itu bukan calang calang orang tetapi yang bergelar ulama. Apabila ulama dilihat berminat dengan Umno maka jelaslah bahawa Umno ini mesra agama dan hayat serta amalnya juga mesra Islam, ringkasnya Umno itu Islamik! Dan yang paling terang lagi bersuluh ialah yang muda-muda pula itu yang menyerahkan borang keahlian. Wah! Orang muda sudah kembali ghairah menjadi ahli Umno. Maka dengan berita ini akan terciptalah suatu persepsi bahawa hayat survival Umno itu masih utuh, masih didokong orang muda, masih berada di sirotul mustakim.
Melihat dari sisi lain, berita atau liputan peristiwa ini berkemungkinan besar suatu siri perencanaan pemulihan imej. Ini dirumuskan berdasar kepada pemilihan angkubah seperti “muda”, “ulama” dan angka”40″. Mudah cakap, terbalikkan kesan makna perkataan perkataan itu, anda akan dapati rumusan bahawa Umno di saat ini sudah “tua” dari segi pendokongnya, sudah dijauhi “ulama” dan “angka” pendokongnya sudah berkurang.
Facebook sudah cukup popular. kecil besar tua muda semua sudah kenal dan menggunakan Facebook untuk pelbagai tujuan. Seperti mana fungsi pisau, pistol atau jentolak ia bergantung kepada apa maksud dan tujuan anda menggunakannya. Buruk baiknya bukan tujuan saya untuk berkhutbah di sini kerana jika anda telah terbiasa dengan Facebook maka anda dapat lihat ragam manusia menggunakannya untuk pelbagai matlamat.
Apa yang ingin dihujahkan di sini ialah Facebook selain daripada menghubungkan ikatan sahabat dan keluarga ia juga akhirnya bisa bertukar menjadi suatu tempurung yang diumpamakan sebagai tempat menghuni segala jenis katak. Maknanya di sini ialah kita mencari rakan, kenalan saudara dan interaksi kita hanya berlegar sekitar insan insan yang dijalini rangkaian “Friends” itu sahaja. Apa yang kita ucapkan hanya bergema di dalam tempurung itu. Sifat viral atau limpahan info tidak mudah berlaku seperti mana blog yang mesra SEO (optimisasi enjin carian). Mungkin manusia hanya inginkan hiburan di dalam Facebook sepertimana rasa terhiburnya mereka berinteraksi dengan Akademi Fantasia atau leka dengann sensasi akhbar Metro dan Kosmo?
Tetuan Elhakim menyebut akan kewujudan Twitter.com dan mengaitkan kemuraman blog ini dengan populariti aplikasi yang juga dikenali sebagai microblogging yakni Twitter. (terletak di twitter.com).
Apa yang boleh saya komen tentang hal ini? Berbondong bondong para pengguna meninggalkan aplikasi lama seperti blog (facebook masih boleh bertahan) untuk bergerak aktif di dalam aplikasi baru?
Pertama. Setiap aplikasi baru akan memudahkan, meringkaskan dan membuat manusia malas. Malas membaca, malas menulis (twitter hadkan isi kepada 104 aksara) Tulis pendek pendek dan pembaca pun sekadar sepintas lalu membaca, seperti membaca SMS.
Walaupun twitter nampak seolah olah berjaya menarik pengguna untuk meninggalkan aplikasi yang dikatakan oldskool ini, para pengguna blog tentunya dapat membedakan fungsi twitter yang ala SMS itu dengan blog yang memuatkan bahan tulisan yang melengkapi sesuatu hujah tentang sesuatu mauduk. Maka sebenarnya twitter itu tidak boleh menggantikan fungsi blog. Ia sepatutnya dilihat sebagai pendokong atau complement kepada blog atau situs web yang bisa memuatkan bahan tulisan yang lebih luas dan panjang ruang hujahnya.
Kembali kepada komen Tetuan Elhakim al Barakbaha betapa blog ini semakin bersawang, sayugia diingatkan bahawa ia bersawang dengan satu tujuan dan matlamat, yakni untuk memberi ruang kepada tuan empunya blog dan para pengunjungnya berehat seketika. Wallahuaklam!
Sementara harga barang perlu seperti makanan dan kos perkhidmatan terus naik, transformasi yang dijanjikan itu tiadalah kelihatan kelibatnya.
Paling akrab aplikasi transformasi itu ialah di dalam amaln politik berparti. Sejauh ini, untuk berkempen di PRK Parlimen Hulu Selangor, apakah sudah ditransformasi amalan menggunakan jentera kerajaan untuk tujuan kepentingan parti?
Instrumen berfret seperti gitar lebih popular daripada yang lurus bendul seperti cello, violin, viola dan contrabass. Kenapa? Faktor harga alat? Tidak mungkin kerana violin paling murah buatan China hanya $RM150. Faktor publisiti mungkin, kerana media massa lebih banyak memberi sorotan kepada guitar heroes dari kumpulan rock. Lebih glamor sementara alat alat tanpa fret dilihat agak skema kerana asosiasinya dengan orkestra. Entri entri seterusnya akan meninjau pros n cons bermain dan belajar alat alat ini. Harus berhenti dahulu sebab sekarang terasa sangat lenguh belakang.
Suara atau bunyi daripada alat muzik atau yang dihasilkan daripada urat urat vokal manusia ketika bernyanyi seeloknya diwarnai dengan vibrato. In satu teknik menyedapkan, mengindahkan bunyi. Cuba bandingkan suara azan yang amator dengan suara bilal yang otai. Pasti anda dapat bedakan mainan vibrato daripada yang otai.
Untuk alat muzik, menghasilkan vibrato daripada gitar paling senang tetapi tidak semudah itu jika anda cuba vibratokan gesekan violin. Ini mungkin salah satu sebab kenapa lebih ramai gitaris daripada violinis. Mungkin ramai yang terpengaruh dan berangan mau jadi hero gitar rock. tidak mungkin kerana faktor harga kerana harga sebuah violin buatan China lebih murah daripada sebuah gitar tong (gitar kapok).
Video berikut cuba merungkai teknik menghasilkan vibrato daripada gesekan violin. Jika anda pernah dengar gesekan Hamzah Dolmat, Idris Sardi, Jean Michel Jarre atau Vanessa Mae, anda akan dapat kesani stail vibrato yang mereka hasilkan.
Komen