Mencari bahan bacaan berfaedah

Dalam jutaan blog, buku, akhbar, risalah dan sebagainya, apakah ciri ciri membuatkannya berguna, berfaedah untuk anda?

Hal Galper kata ada dua: Pertama, jika anda temui satu idea baru didalamnya, maka sumber itu dianggap baik. Jika anda temui dua idea baru, itulah bahan yang cukup baik! Kedua: Dalam usaha mencari panduan menulis, bahan atau buku atau sumber pengajaran itu mestilah punyai 5 unsur yang boleh dipertahankan.

1. Konsepnya mestilah boleh diperakukan keabsahannya dari tradisi penulisan yang sedia wujud.
Bagaimana konsep itu berkembang dengan beberapa modifikasi mestilah jelas. Apa yang berkesan di zaman Arab jahiliah, juga berkesan di zaman sekarang.

2. Konsep konsepnya mestilah saintifik, logik – serasi dengan gerak minda, rohani dan jasmani yang bakal mencerna dan menggunakan bahan bahan tersebut.

3. Konsepnya mestilah boleh digunapakai untuk mana mana genre tidak kira zaman atau tempat. Ideanya mestilah universal, sejagat.

4. Ia mestilah praktis, konsep konsepnya mestilah boleh diterjemahkan kepada kerja kerja penulisan yang sebenarnya.

5. Konsep konsep itu mestilah “membayangkan” suatu kebenaran yang sesuai dengan pengalaman manusia. Para pembaca dapat menanggapi sesuatu itu punyai nilai “benar” bila konsep konsep itu di terapkan dalam penulisan yang mereka baca.

Idea Hal Galper (seorang Prof. muzik) saya petik dari bukunya “Forward Motion”, yang berusaha mendidik falsafah muzik kepada pembaca. Saya kutip dan ubahsuai saranannya yang rasanya terpakai juga untuk bidang lain.

9 thoughts on “Mencari bahan bacaan berfaedah

  1. Tuan Rastom,

    Saya setuju sangat dengan 5 kriteria profesor muzik ini.

    Saya juga setuju dengan kata-kata tuan bahawa kita mempunyai tanggapan yang salah tentang apa itu falsafah, sehingga perkataan itu menimbulkan kesan kegerunan dan RENDAH DIRI kepada penulis yang tidak mempunyai PhD (doktor falsafah, bukan?) ataupun yang pandai menuliskan nama-nama ahli falsafah agung.

    Saya tidak tahu apakah analisis saya tentang surah Yusuf ini dapat membantu usaha menghilangkan kegerunan penulis muda terhadap perkataan ‘falsafah’. Saya harap begitulah.

  2. Pingback: Mencari bahan bacaan berfaedah » ORAET! :: orak arek orang era teknologi ::

  3. Saya hormat SifuPTS atas catatan tentang Surah Yusuf, dan selama mana generasi kita faham kehendak sebenar agama, mereka akan mampu atau kemampuan mereka meningkat untuk mencatitkan kebenaran, kerana agama Islam adalah tentang kebenaran, disamping dalam agama Islam, setiap insan itu “insan”, “everybody is somebody”, kerana setiap insan, Allah telah titipkan tangung-jawab, jadi hanya tinggal, bagaimana setiap insan itu mengambil tangung-jawabnya…

    wallahualam…

  4. MEMBERI SUMBANGAN BERBENTUK
    BAHAN BACAAN BERFAEDAH

    Rakan saya Josh Jenkins, memberitahu bahawa minggu lepas, sejumlah 45 juta pengguna melayari internet. Sejumlah 5 billion mukasurat berisi maklumat ditinjau mereka. Jumlah ini bakal terus meningkat. Ini jelas menunjukkan betapa dahaganya manusia kepada bahan bacaan bermutu dan yang memanfaatkan mereka.

    Anda yang bernilai di sisi Allah, tentulah ada sesuatu yang bernilai yang boleh anda kongsikan dengan orang lain. Satu cara perkongsian tersebut ialah dengan karang buku. Buku ini, tebal atau nipis, besar atau kecil…terserahlah kepada anda untuk menentukannya. Apa yang penting, buku anda berisi nilai yang boleh pembaca manfaatkan dalam melangsung kehidupannya di dunia ini.

    Semoleknya anda bermula dengan niat yang suci untuk memajukan diri anda sendiri, dan anda lebih awal mendapat pengetahuan bermakna melalui aktiviti terokaan sumber maklumat untuk pengisian kandungan buku karya anda ini. Lalu digandakan bila anda kongsikan pula kandungan buku karya anda ini dengan orang lain.

    Melalui buku karya anda, bolehlah anda tawarkan inspirasi kepada orang lain untuk turut sama menambah nilai kolektif di kalangan komuniti di dunia ini. Saling berpesan demi-Nya, memang amalan yang dituntutkan ke atas kita semua.

    Dalam Al-Qur’an, begitu banyak ayat yang berkaitan memberi. Sedikit ayat berkaitan menerima. Memberi cukup luas, meliputi wang ringgit, makanan, minuman, pakaian, dan sebagainya. Sebagai pengarang buku, semua itu boleh anda laksanakan, dengan terlebih dahulu memberi pengetahuan, pengalaman, kepakaran, dan kemahiran, umpamanya melalui buku karya anda.

    Perumpamaan ganjaran hasil pemberian anda ialah sepohon yang mengeluarkan 7 tangkai buah, dan setiap satu buah terdapat 100 butir bijian. Pendek kata panjang pun kata, RM 1 yang diberikan, balasannya ialah RM 700.

    Walaupun wang adalah lebih kepada memenuhi keperluan fizikal, buku adalah lebih kepada santapan minda. Ganjarannya ialah walaupun pengarang buku telah kembali kerahmatullah, namun selagi bukunya diterbitkan, dan selagi ada orang membacanya, selagi itulah harapan memperolehi berkat, rahmat dan redha Allah, adalah berterusan.

    Sebagai pengarang buku, lihatlah resam air. Air dalam tempayan, barangkali orang tidak tahu pun ada air di dalamnya. Bakat terpendam dan dipendamkan. Air telaga, lagi dicedok orang, lagi jernih airnya, dan lebih banyak mata airnya. Sistem perguruan, kalau tanya dijawab, kalau tak tanya tidak mengapa, kalau salah tanya, buruk akibatnya.

    Pun begitu, saya pula memilih sunnatullah resam air hujan; dari permukaan laut, dek panas mentari, maka naik ke atas butiran mutiara berupa wap, yang langsung berkepul menjadi awan, walaupun hitam, kemudian ditiup angin berarak sampai di ruang atas darat, lalu menyirami jernih, suci, dan murni, difahami sebagai air hujan. Sebahagian dimanfaatkan manusia, sebahagian meresap ke dalam bumi, dan sebahagian mengalir sebagai sungai untuk kembali ke laut. Proses tadi berulang kembali. Wow!

    Itulah sebabnya saya proaktif dan ambil inisiatif sebagai konsultan Projek Karang Buku Nasional. Maklumat lanjut di http://www.projekkarangbuku.blogspot.com.

    Kini saya karang buku berjudul, Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang. Bertujuan untuk mendorong, menggalak, dan menyokong individu yang belum pernah karang buku, individu yang sedang karang buku, dan individu yang telah karang buku, supaya kita bersama suburkan industri buku, di dunia buku, di alam buku.

    Anda pula, karanglah buku dengan tujuan yang bermakna kepada diri anda dan orang lain.

    Tanyalah Rastom Abdul Rahman, betapa kini sedang berlaku ledakan informasi. Umpamanya melalui enjin carian, taip sahaja satu perkataan, contohnya “nilai”, klik, dan muncul dipaparan lebih daripada 7 juta ringkasan sehubungan dengan nilai. Dari jumlah 7 juta ringkasan itu, terdapat pula ratusan mukasurat penuh berisi maklumat.

    Bayangkanlah dengan cara dan gaya karangan anda yang tersendiri, satu daripada nilai tersebut adalah sumbangan anda kepada penduduk dan rakyat Malaysia, serta warga dan masyarakat dunia. Ganjaran di dunia kini dan di dunia kelak, hanya dari Allah juga mohon dikabuli.

  5. Input yang bagus untuk orang seperti saya. Terima Kasih.

  6. Pingback: Jom! Karang Buku Sekarang « halwa romantis

  7. Puan Ainon, zarzh,

    Saya melihat: Ayat ayat surah Yusuf diMelayukan (oleh Puan) dalam bahasa Melayu, bukan dalam laras Arab. Itu satu kelebihan dalam penyampaian mesej. Falsafah menjadi momok besar dalam dunia Melayu kerana laras bahasa yang digunakan. Intipati falsafah yang dibahaskan didalam buku buku tebal itu tidak sampai kerana failasuf Melayu yang anglosentrik, arabsentrik dan sentrik lainnya. Mesti melayusentrik, baru sampai matlamatnya.

  8. Salam bro. rastom,

    macam mana nak melayusentrikkan falsafah? Laras bahasa semakin berubah mengikut peredaran zaman. Perlukah kita membina ‘benteng bahasa’ supaya melayu dan unsur kemelayuan dalam bidang falsafah sentiasa dijaga?

    persoalan akhir, siapa yang membina ‘benteng bahasa’ tersebut? DBP? Para birokrat bahasa? Ulama bahasa?

    Salam. ;)

  9. Khabarnya… Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terima anugerah unggul.

    Berikut petikan dari akhbar Utusan Malaysia, 19 Mac 2007.

    …………………..

    Napoleon Hill Mengajar Cara Menjadi Kaya

    Oleh: SAPORA SIPON

    NEGARA tentu sekali berbangga kerana penerima pertama Anugerah Kepimpinan Global Yayasan Napoleon Hill ialah, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mengiktiraf kejayaan kepimpinan global beliau.

    Pengerusi Yayasan, Dr. Charles Johnson dalam perutusannya menjelaskan Datuk Seri Abdullah telah membuktikan khidmat penuh berdedikasi terhadap pembangunan sosioekonomi Malaysia.

    Yayasan Napoleon Hill ialah sebuah institusi pendidikan bukan membuat keuntungan yang berpusat di Amerika Syarikat dan menggalakkan falsafah Napoleon dalam menjadikan dunia sebagai sebuah tempat yang lebih baik untuk hidup.

    ………………..

    Buku, Think and Grow Rich, karya Napoleon Hill, telah dijual lebih daripada 10 juta naskah di seluruh dunia, sejak 1930, dan telah memanfaatkan jutaan warga dunia, khususnya jutawan, namun ulamak di Malaysia telah mengharamkan buku ini. Lantaran sebahagian rakyat Malaysia yang agamanya dan bangsanya, dan pemimpinnya, kita maklum, tidak dapat membaca buku yang telah diharamkan ini.

    Tetapi rakyat Malaysia yang sebangsa aku, dapat membacanya dengan bebas merdeka.

    Rastom, dibuka untuk perbincangan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s