Ejaan Bahasa Melayu futuristik

2007 Januari 29
by rastom

Sistem ejaan Melayu patut berubah, diseragamkan dan dipermudah dengan adanya teknologi. Kenapa kita masih kekalkan perang – perang, perak-perak, dan sebagainya sedangkan sudah wujud kemudahan untuk membedakan bunyi bunyi tersebut dengan hanya menambah sedikit tanda tanda kepada huruf yang sedia ada? Ejaan yang dulu riuh sudah dibakukan kini kembali kepada gaya sebutan dialek Johor-Riau. Keseragaman itu cermin kepada sistem. Kenapa harus ada dua bunyi untuk “a” dan “e”.?
Sukarkah untuk kita ubah ejaan “besar” menjadi “bêsar”?

Penggunaan dialek Johor Riau yang diangkat sesetengah organisasi media sebagai standard telah sekaligus mencemarkan keseragaman fonetik bahasa Melayu. Perkataan “bahasa” rosak fonetiknya menjadi “bahasê”, dan kesemua yang akhiran vokal “a” bertukar jadi “ê”.

Akhiran “r” juga rosak. Media massa juga turut menyumbang (dalam ertikata sumbang negatif) ke arah memalaskan sebutan “r” dihujung. Kesemua penyimpangan yang diabsahkan diperingkat tertinggi ini akhirnya akan menghasilkan satu bahasa Melayu Malaysia yang berstatus dialek Semenanjung, terpisah dari arus perdana Melayu Dunia. Alasan yang biasa kita dengar ialah “kita ada cara kita sendiri”.

Keseragaman ejaan banyak membantu dari segi visual untuk pelajar. Bahasa Melayu yang diberi jenama Bahasa Indonesia lebih dikenali di luar, dan soalan yang paling saya benci ialah bila ditanya orang luar, “mana lebih mudah? Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia?”, bertambah meluat lagi bila saya terpaksa terangkan perihal sebutan dialek Johor Riau yang menggantikan kesemua “a” akhir menjadi “ê”. Akhirnya bila terlalu banyak disoal, jawapan penyelesai segala masalah, saya anjurkan beliau belajar bahasa Indonesia dahulu dan menambah kata, diakhir saya kata, bila anda berjaya kuasai Bahasa Indonesia, secara automatik anda bisa berbahasa Melayu.

Di mana yang futuristik? Cuba tengok contoh berikut. Ulasannya selepas entri ini.
äkor
bärang
märah
Pärak

bölum
bösar
Pöndang
börita

16 Respons leave one →
  1. 2007 Januari 29

    Saya sokong pandangan Tuan Rastom. Hidup Bahasa Melayu Tinggi!

  2. 2007 Januari 29

    Asalam, saya syorkan pengunaan ejaan dalam huruf bahasa German seperti huruf ü ä ö dimasukkan dalam huruf rumi yang digunakan oleh kita.. atau tidak, tukarkan pada huruf jawi, kerana huruf jawi lebih rapi dan lengkap dalam menuturkan ayat-ayat perkataan Arab yang diBahasa Melayukan.

  3. 2007 Januari 30

    Rastom,

    Hanya apabila Pakar Bahasa ada pistol macam Polis! Sampai begitu sekali, nak menegakkan bahasa Melayu. Kesian.

    Sekolah, di Victoria Institution, Kuala Lumpur, dulu, jiran itulah rumah kedua aqiu.

    Tetapi lama kelamaan tersedar, dalam satu kumpulan ulamak di ITM (UiTM) pun boleh ada 10 pecahan, dan tak heran dalam satu kumpulan pakar bahasa, kat situ, boleh ada 5 haluan berbeza. Siapa yang pernah bekerja di sana dulu, tahu akan hal ini.

    Selain daripada semudah penyelesaian tidak tertangankan, lambakan buku kat stor sana tak terjual, bab bahasa ini, tiada siapa kat sana yang mahu percaya, di mana letaknya kuasa lazim. Kita tengoklah nanti, penguatkuasaannya, ada efisyen ke tidak. Aku dah tahu jawapannya.

    Sementara itu, bayangkanlah, aku telah pesan semangkok laksa kat sebuah gerai di Sungai Petani, pemilik gerai itu berdiri depan 20 mangkok laksa, dia jawab kat aqiu, “Di sini mane ade lakse”. Pergi lah sendiri ke sana, depa yang tak mahu jual laksa kat orang selain orang daerah depa, kini sudah tiada giginya lagi.

    Di titik sambutan 50 tahun usianya, jauh sudah nyimpangnya. Bak kata kolumnis yang aku minat jugak dulu, “Min aina ila aina?”. jawabnya, “dolaliin mubin”.

    Syukur alhamdulillah, aku kini bebas daripada sangkar pakar bahasa. Andai ternampak, pistol memang tak ada, tapi aku “tembak” melalui blog inilah.

    Siapalah yang buang “ê”, dulu. Sehingga aku tak jumpa Jalan Perang, di Segamat, Johor sewaktu ke sana dulu. Orang keturunan Jawa kat sana pun konfius.

    Kemudian, ada bijak di kalangan rakyat Malaysia begitu berani syorkan Va, ke dalam jawi berteras Arab, sebab mereka orang Arab, Wa atau Ba sahaja, bila mai bab Varia, orang pejuang jawi tak perlu pening dah. Dan yang banyak Va ini, adalah sedara ku dari kalangan orang India.

    Nak tahu ejaan bahasa kita, dan perjuangannya, sila ke bukuonline.org. (Jika depa tak delete atau kena hack, masihlah ada di situ).

    Orang putih pun sama jugak, sejak dulu guna “human”, yang ku dapati ada gender bias. Aku dok perjuang “huwman” (w added as a respect for woman).

    Sesiapa nak tengok, orang kita perjuangkan perkataan Bahasa kita ke dalam bahasa orang putih, sila search engine – - Zubli Zainordin, ezinearticles. Sudah dua perkataan diterima.

    Hai sejak bila pulak ada bahasa Melayu Tinggi neh? Bagaimana pula untuk orang gemok, kurus, rendah, dan sebagainya. Setahu aku, mahasiswa se kuliah dengan kita, M dan S sahaja yang boleh guna bahasa tinggi ini. Tokey dan rakan sewaktunya, termasuklah Rastom dan aku ini, bahasa Melayu sedang kot, sebab kami tidaklah tinggi.

    Sewaktu baca berita dulu, memang sebutan menjadi begitu diutamakan, di antaranya, ada seorang sahaja yang sebut, “khargh-mis”, laa ni rata-rata di media massa seumpama, busuk sebutannya iaini hamis!

    Aku tak setuju cadangan Rastom, Bahasa Melayu Futuristik. Sebab, ada future ke bahasa Me…layu ini?

    Tengoklah mak cik yang ramai dan merata, di tanahair kita, selepas subuh dengan ahli keluarga, begini cakapnya. Sat gi mai bengali roti, beGitu pulak cakapnya. Lepaih tu, mai Cina sayur, begilu pulak cakapnya. Jikalau barangkali mungkin, mak cik yang sama, pergi Indonesia begituh pulak cakapnya, sama dengan jikalau mungkin barangkali, orang Indonesia datang ke Malaysia, begituh jugak cakapnya.

    Ciri orang Melayu tetap me…layu. Futuristik? Aku tidak setuju.

  4. 2007 Januari 30
    jitraman permalink

    Aku ingat pasai tu orang koporat kat pekan senang cakap omputih dgn bangsa-bangsa lain, kerana tak mau pakai lu gua atau yang sewaktu dgnnya.

  5. 2007 Januari 30

    aku berpendapat kita cuba meniru orang putih. sbb ketaksuban melayu dengan pengaruh british dan omputeh.

    contoh BahasaMalaysia (perang)
    1. perang Iran-Iraq
    2. rambut saya berwarna perang.

    contoh ENGLISH (lives)
    1.. Why do people say that cats have nine lives?
    2. Rastom lives in Gombak

    kedua2 contoh mempunyai bunyi sebutan serta maksud yang berbeda. tetapi ejaan perkataan yg sama.

    TETAPI tiada TATATANDA yang membedakan bunyi sebutan.

    apa-apapun cuma pandangan aku sahaja. boleh jadi aku salah.

    he…he..he.

  6. 2007 Januari 31

    elhakim, cover line (bahasa melayunya apa?) nampak :D

  7. 2007 Januari 31

    melayu ini, kalau bukan bahasa, apa agaknya yang boleh kita banggakan?

  8. 2007 Januari 31

    zamir, maaf aku memang kasar.

    kita boleh bangga dengan sifat semulajadi yang tidak senang melihat orang lain naik.

    Ibarat Ketam. yer.. ibarat ketam.

    maaf, pandangan aku BIAS.

    masih banyak lagi sifat positif orang melayu yang tidak aku sebut.

    aku lebih suka melihat dari sudut negatif. kerana ia memberi ruang untuk diperbaiki.

    aku tidak suka bercerita pasal positif kerana ia akan melahirkan sifat ‘macam-bagos’.

    Kadang-kadang asyik puji….

    AKU PUN NAIK MELUAT.

    maafkan aku.

  9. 2007 Januari 31

    sy tak setuju nak tarok titik-titik kat atas huruf vokal. kerana tulisan saya sambung2, jadi agak susah nak menulis begitu…utk menaip sms juga perlukan masa yg lama.

    kesimpulannya tak payah tukar…

    biarlah org putih menyebut litar sepang sbg sepang(sebutan e utk sepak)

    =P

  10. 2007 Februari 28

    Kembalikan e pepet dan e taling. Itulah sistem Za’ba. Lebih mudah, ringkas dan tepat.

    Kalau setakat takut tulisan bersambung tak boleh taruh tanda, kenapa huruf i boleh ditandakan titiknya walaupun kita menggunakan tulisan bersambung.

    Apabila e pepet dan e taling ditiadakan dalam sistem ejaan Melayu, maka hapuslah satu daripada khazanah warisan Melayu! Kepada pakar bahasa, tolonglah kembalikan sesuatu yang hak kepada orang Melayu! Usah fikirkan bahawa semua jenis mesin taip perlu ditukar, ataupun SMS susah hendak ditaip. Kalau fikirkan yang negatif, memang negatiflah jadinya. Itu semua perkara material. Fikirkan masa depan bahasa dan bangsa Melayu juga.

  11. 2007 Mac 1

    Beginilah jadinya…pelek tapi benar.

    Saya ingin melihat ayat begini, yang saya petik …
    “Kembalikan e pepet dan e taling. Itulah sistem Za’ba. Lebih mudah, ringkas dan tepat…tolonglah kembalikan sesuatu yang hak kepada orang Melayu!” … datangnya dari pakar bahasa kepada orang ramai.

    Hebatnya petikan tersebut, yang murni, datangnya dari Nisah Haron.

    Pakar bahasa kat Malaysia di kalangan orang Me…layu, buat kerja apa selama ini?

    Tak kanlah hal yang sedemikian utama seperti e pepet dan e taling membabitkan warisan bangsa anda, tidak terfikirkan walau seorang pun dari kalangan pakar bahasa yang masih hidup lagi…sama ada yang makan gaji atau yang makan nasi.

    Esyh…esyh…esyh?

  12. 2007 Mac 23

    Memang betul apa kau cakapkan.Orang Malaysia selalu menyebut perkataan melayu yang berakhir dengan “a” sebagai berakhir dengan”e”

  13. 2007 Mac 26

    kamibaru saja melauncurkan website baru tentang dunia Melayu.

    silakan buka dan berikan komentar,serta dapatkan berita/info tentang dunia melayu.

    http://www.melayuonline.com

  14. 2007 April 6
    Zubli Zainordin permalink

    Tahniah kepada balai melayu yang baru saja melauncurkan website baru tentang dunia Melayu. Dari sudut manakah tentangan yang diinginkan?

  15. 2007 Jun 6

    Apa macam Bahasa Melayu sudah dilazimkan menjadi Bahasa Malaysia. Ada bantahan?

Trackback & Pingback

  1. Zubli Zainordin posting at Halwa Romantis « Who Is Zubli Zainordin

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS