Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

PIPP. Gali lubang, tutup lubang, gali lubang…….Beg sekolah budak sekolah rendah semakin berat!

68 thoughts on “Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

  1. Saya malas cakap!

  2. sebenarnya, institut perguruan (27 buah IPGM) sendiri tidak tahu menahu apa itu PIPP, malah pula diminta mencari sendiri berdasarkan 6 garis panduan yang ditulis di dada akhbar..

    saya tertanya-tanya, apa sebenarnya yang dilancarkan oleh menteri2 ini, kalau pihak pengurusan institut sendiri terawang-awangan dan tahukah mereka sendiri apa itu PIPP?

    yang menjadi pelaksananya pun terkontang-kanting, yang mendengar melopong, yang jadi mangsa, murid sekolah..

    beg semakin berat..

  3. sdr zf_zamir,

    Beg semakin berat rasanya Sifu PTS ada jawapan , sebab itu dia malas cakap.

  4. “aduh..duh..duh..duh.. mana tahan..”
    *sambil menggoyang pinggul ehh.. kepala*

  5. salah satu faktor membuatkan orang melayu pendek.

    pembelian beberapa teks utk anak2 yang mungkin tidak perlu.

    Hanya mengenyangkan sesetengah pihak yang sudah maklum akan kerakusannya.

    he..he..he…

  6. tn. elrastom yg dihormati.

    trimakasih komen. tapi pasal kajian ilmiah tu aku rasa…siapala aku

    Di sini sebenarnya aku lebih memegang prinsip Takdir tuhan.
    prinsip takdir adalah prinsip Kun-Fayakun.
    Kalau Allah hendak jadikan sesuatu, maka Allah jadikan. Tanpa dapat dizahirkan dari segi ilmiah dengan pembuktian scientifik sepenuhnya.

    berbalik pada persoalan bangsa, pada logik aku, Allah telahpun memilih dan mengetahui bangsa-bangsa mana yang akan menerajui dunia, termasuk RAsul dipilih daripada bangsa mana.

    Di sini, Allah telahpun menetapkan mana bangsa yang excellent dan yang mana bangsa yang kurang excellent. Jika bangsa tersebut memang ditakdirkan excellent, maka Allah jadikan bentuk manusia itu sedemikian rupa. Jika kurang excellent, maka Allah jua yang mentakdirkan bentuk bangsa itu sedemikian rupa mengikut kehendak Kudrat IradatNya yang Hakiki lagi Mutlak. (Tidak boleh dipersoalkan). Dan ini dikenali sebagai TEORI CAUSE and Effect

    Oleh itu sbg manusia biasa, aku hanya meneka dalam kesamaran yg kadang-kadang tidak dapat dibuktikan dengan fakta saintifik contohnya:
    1. bentuk kepala Melayu yang Leper, pipih, rata di bahagian belakang melambangkan IQ dan kecerdasan bangsa itu
    2. saiz kepala Melayu yang agak kecil berbanding dengan saiz kepala bangsa dominan.
    3. ukuran otak
    4. faktor paru-paru
    5. dan sebagainya

    (huraian panjang lebar fasal bentuk kepala telah diberi terhadap feedback kepada komen leeds)

    wallahualam

  7. Tuan el Hakim,

    Faktor fizikal boleh digunapakai untuk meninjau segi segi excellence bangsa, tapi yang payahnya bila sudah berlaku campuran genetik, saiz kepala Melayu termasuk ukuran otak dan paru paru juga turut berubah. Saiz konvensional Melayu secara amnya memanglah corot jika dibandingkan dengan saiz bangsa Anglo-Saxon dan Caucasian.

  8. Tuan el Hakim, mohon diberitahu nas yang dapat mendukung hipotesis tuan itu. Didahului ucapan terima kasih.

  9. tuan sifupts,

    nas dalil nakli yang bersandarkan al-Quran dan Al-Hadith. tiada.

    Refer kepada dalil akli.

    Apa yang tuan dapat pandang sekarang.

    Nas dalil akli juga adalah NAS.

  10. kalo ikut otak siapa besar otak siapa kecil, maka amat malang siapa yg dilahirkan di kalangan org melayu ini.

    tapi jgn kita lupa bahawa org yg berotak besar juga pernah bodoh sewaktu masa dahulu. tapi oleh krn semangat inquiry mereka berjaya kini.

    kalo ikut logik manusia berotak kecillah patutnya lebih pintar kerana senang untk mencari maklumat di celah-celah neuron otak.

    mengenai saiz paru2 dan otak ia sebenarnya berselanjar dgn saiz badan. jadi tidak ada masalah jika ia berbadan kecil dan mmpunyai paru2 kecil.yg menjadi masalah jika ia berbadan besar tetapi mempunyai otak dan paru2 yg kecil.

    jadi sebenarnya faktor saiz mmg tidak berkaitan dgn kegemilangan sesuatu bangsa.

    p/s: pernah dgr pasal Ramanujan, ia muncul ditengah2 kegemilangan bangsa eropah dlm bdg matematik.cuma biasalah eropah bijak menidakkan kemampuan bangsa lain.

  11. Tuan elhakim,

    David mengalahkan Goliath.

  12. elmyself…

    TAPI apa yang kau nampak sekarang ini???

    adakah kita mengalahkan Pakar2 Ilmuwan Barat sekarang ini?

    adakah bangsa Ramanujan secara total mengalahkan Barat?

    Ramanujan itu bangsa apa???? Bangsa Nusantara? bangsa Filipina? Bangsa Indonesia? bangsa Hawaii

    India juga bangsa dominan. Mereka dulu pernah menjajah Nusantara. Rajendra Chola 1 dulu pernah menyerang kerajaan Srivijaya.

    Orang di Nusantara dulu adalah mengikut pengaruh hindu.

    ya… India Bangsa dominan. Mereka pedagang menggunakan selat Melaka berdagang ke negara china.

    cuma dominasi mereka tidak setanding dengan bangsa-bangsa Rom, Parsi, Arab dan Orang putih…

    he..he..he.

  13. elmyself, tN SifuPTS

    refer di dalam Al-Quran mengenai bangsa2 yang disebutkan di situ..

    1. Bangsa Arab
    2. Bangsa Ajam (bukan Arab, iaitu Parsi)
    3. Bangsa Yahudi
    4. Bangsa Nasrani (Rumawi/Eropah orang putih)

    Maka tersurah bahawa itulah bangsa dominan yang memainkan peranan penting yang mencorakkan dunia pada MASA itu sehingga ke hari ini.

    Tuan SifuPTS,

    Aku akan kalah jika bangsa Nusantara Melayu kita ini akan dapat mengalahkan bangsa2 dominan tersebut dari segi
    1. Teknologi asli yang kita cipta
    2. Teori2 formula matematik, fizik asli yang kita cipta
    3. Keupayaan Militer yang kita cipta
    4. Penakhlukan Bangsa Melayu terhadap Bangsa Eropah
    dengan penjajahan negara-negara Eropah (tanpa pertolongan dengan lain-lain bangsa)

    MAKA BOLEHLAH KAU ANGGAP AKU KALAH. HUJAH AKU TAK RELEVAN.

    Mulai saat ini
    1. AKU CABAR…….!
    2. AKU CABAR
    3. AKU CABAR
    4. AKU CABAR
    5. AKU CABAR
    6. AKU CABAR

    he..he..he..he..

  14. elmyself,
    silapnya kau membandingkan bahawa Ramanajan itu seperti india yang berada di Malaysia ini atau kau menyamakan bahawa orang India itu sebagai setaraf dengan bangsa Nusantara, filipina, indonesia, bugis, minangkabau, mandeling dll.

    Kau tidak tahu bahawa betapa besarnya pengaruh India dalam dunia ini sehingga aku nobatkan mereka sebagai salah satu bangsa dominant.

    Sila lihat Tamaddun Indus, di lembah gangga.
    Tamaddun Mohenjodaro Harappa yang didominasikan oleh bangsa-bangsa Aryan. sehingga lambang Swastika di pinjam oleh German.

    lihat ini
    http://en.wikipedia.org/wiki/Achievements_of_Ancient_Indian_civilization

    Gautama Buddha itu dikatakan wujud di India.

    Nombor2 juga berasal dari India.

    Kau juga tidak tahu rupa orang India yang sebenarnya juga bentuk kepala mereka. Bandingkan bentuk kepala orang Hindustan dari profile dengan bentuk kepala orang Melayu.

    Ambil orang Punjab/Hindustan contohnya. Betapa besarnya saiz mereka. Yang kecik-kecik adalah bangsa Pariah.

    Orang2 kecil mengalahkan orang2 besar.. pada aku adalah kes-kes terpencil bukan kes majoriti.

  15. Elmyself,

    oh ya… satu lagi….
    nak soal ni… boleh ker kita melawan bangsa dominan Eropah/Arab tersebut?

    Nak lawan cina-malaysia (yg kepala agak sama kecik) pun melayu semput. Cina di China adalah dominant. Cina di Malaysia bukan dominant. Itupun Melayu tercungap-cungap (aku harap melayu belum kalah lagi)

    Kes singapore lagi teruk.
    Belum lagi singapore attack, sebahagian daripada Tanah-Melayu dah pun tenggelam musim tengkujuh.

    Ni semua gara-gara pemimpin Melayu bijak yang tidak pernah cukup makan. Akibat tak pernah cukup makan, pasir dijual.

    Tu la..kebijaksanaan orang-orang Melayu yang berkepala kecil.

    Dengan bermodalkan kepala yang kecil ini kot kita dapat mengalahkan bangsa-bangsa dominan di Eropah, Amerika, Russia, mahupun Arab dan parsi.

    ntah lah.. he..he…he…he..

  16. aku mengambil contoh ramunujan:
    ramai org xmengenali ramunujan.

    bangsa eropah kalo boleh dia hendak memadamkan langsung ciri2 tamadun bangsa-bangsa lain.contoh byk kertas2 kerja ramunujan dikongsi bersama Hardy

    jika kau mengatakan bahawa bangsa melayu ini lemah. maka kau salah seorg contoh bagaimana pihak eropah berjaya melemahkan saraf minda bangsa2 lain.

    ttg contoh kelemahan2 yg kau sebutkan di atas, ini sbnrnya perkara biasa bg negara-negara yg penah dijajah oleh bangsa eropah.

    p/s: dalil akli juga perlu disertakan oleh bukti2 yg saintifik(jika perkara yg melibatkan pembuktian).minta dijelaskan sumber mengenai saiz otak dan paru2 ini.jika sekadar hipotesis, maka aku rela menunggu,hehe….

    owh lupa,aku baru shj selesai sesi pembentangan mengenai tamadun india dan cina, aku cuba carigali balik ya,mungkin boleh dikongsi di sini.

  17. elmyself,

    he..he..he..

    Pihak eropah berjaya melemahkan saraf minda aku????

    ha..ha..ha.

    Kalau pihak eropah berjaya….sudah semestinya aku akan syok sendiri dan mengatakan bahawa…

    1. Melayu memang bijak sebab itulah di Universiti temptan PNG 3.8 dan ke atas dibolot oleh bangsa cina
    2. Singapore jatuh ke tangan bangsa minoriti cina sebab Melayu memang bijak pandai. Melayu kasi tanah pada cina. Mana ada bangsa yg bagi tanah kat bangsa lain tanpa pertumpahan darah. Melayu jer yang buat macam itu
    3. ekonomi Malaysia cina pegang sebab Melayu bijak…melayu bijak… he..he..he. yei…Melayu bijak…Melayu bijak…
    4. Pasir malaysia kena jual dek pemerintah Melayu Malaysia pada singapore… sebab Melayu bijak..Melayu bijak..
    5. Sultan Melayu di Singapura (sultan Husin) boleh bersara jadi sultan sebab dibayar oleh British sebab Melayu bijak.
    6. Proton yang dibajai oleh pihak kerjaan Malaysia sampai boleh tak laku terpaksa minta sedekah pada volkswagen untuk invest sebab Melayu bijak.

    Yer…Melayu bijak…. yei…yei..Melayu bijak…
    bijak…sedapnya jadi melayu sebab bijak

    7. Dengan pasukan Maldives pun boleh kalah dalam bolasepak sebab melayu bijak.

    8. selama 700 tahun melayu berpegang pada ajaran sufi sehingga jadi tak maju. Dalam 700 tahun Melayu tidak nampakpun kelemahan ajaran sufi lantas untuk memperbaiki diri. Mana inisiatif bangsa Melayu selama 700 tahun tersebut. 700 tahun bukan masa yang singkat untuk orang Melayu memperbaiki diri (Jika betul teori kau yang mengatakan bahawa sufism melemahkan bangsa Melayu)

  18. elmyself,
    janganlah kau dok mengulang kes Ramunujan tu lagi sebab ia terjadi satu dalam seribu. Kes terpencil. Biarpun Ramunujan itu bijak tapi bangsa2 Dominan yang lain ramai yang lebih bijak daripada dia.

    Itulah bangsa melayu… terlalu taksub dengan cerita2 mitos seperti

    1. Hikayat sang kancil menipu harimau
    2. Hikayat sang kura-kura berjaya mengalahkan sang Arnab

    Biarpun sang kancil itu berjaya menipu harimau. Itu hanyalah satu kes.

    Bukan kau tak tau dah berapa ribu ekor sang kancil kena lahap dek sang rimau. Begitu juga dengan kes kura-kura tadi.

    he..he.he…

    Fasal saiz dan ukuran otak lambang kebijaksanaan. Janganlah kau sangsi. Sudah fakta..

    Bangsa2 dominan memang mempunyai tubuh badan yang besar.

    Bangsa2 Arab, Parsi, orangputih rata-rata mereka memiliki tubuh badan yang besar.

    Biarpun kau kata terdapat 10 orang melayu yang lebih bijak daripada bangsa orang putih.

    Aku juga boleh katakan bahawa terdapat 100 orang lagi bangsa org putih yang lain lagi yang lebih bijak dari 10 orang melayu yg bijak tadi.

    Realitinya nah kau boleh tengok sendiri.

    siapa cipta televisyen?
    siapa cipta handset?
    siapa cipta komputer?
    siapa cipta satelit?
    siapa cipta ketuhar gelombang mikrowave
    siapa cipta radio
    siapa cipta ….

    letih aku aih….

    terdapat juga kajian saintifi yang mengatakan bahawa ketebalan saraf cortex pada otak yang mencerminkan kebijaksanaan seseorang. lagi tebal lagi bijak. lagi tebal, maknanya lagi besar otak seseorang. (sila cari sendiri dalam internet. Sila cari article yang dikarang oleh sarjana2 barat kerana ia lebih saintifik lengkap dengan data-data sekali.

    Kalau malas… sila tanya sendiri dengan Tuan El-Rastom. Beliau telahpun menjawab bahawa saiz memang memainkan perananan. Sila lihat feedback beliau terhadap komen aku.

    Cuma orang Nusantara sahaja yang tidak mengaku hal ini kerana bias. Rata2 otak mereka adalah kecil jika dibandingkan dengan bangsa2 dominan.

    Siapa hendak mengaku????

  19. Sesiapa yang mengutuk bentuk fizikal bangsa-bangsa manusia, maka yang dikutuknya itu adalah ciptaan Allah yang maha bijaksana.

  20. tuan elsifu…jangan salah faham..

    antara memberi pendapat dan mengutuk adalah dua yang berbeza.

    Tugas aku hanya memberikan post-mortem. tidak lebih daripada itu.

    kejadian Allah mempunyai cause and effect.

    Mengapa sesuatu itu terjadi? mengapa? kenapa?
    sudah tentu ada jawapannya.

    Maka sebab itu lahir dari pandangan di sebabkan
    1. buruk
    2. bentuk yang sebegitu

    Namun untuk mengutuk tidak sama sekali. Ia hanya lahir dari pandangan.

    Tuan sifuPTS.

    Aku ingin bertanya pada kau. Mengapa pesakit down syndrome amat lembab pemikiranyna?

    Mengapa pesakit down syndrome selalu tersisih?

    Mengapa pesakit down syndrome amat lambat belajar sesuatu?

    Pasti sudah tentu kau beri reasoning dan post mortem di situ.
    Adakah kau mengutuk ciptaan Allah.

    Aku harap kau faham tujuan aku.

  21. aku tidak katakan sufism melemahkan saraf minda melayu..
    tetapi aku mengatakan gol. sufi gagal membawa gagasan intelektual arab ke alam nusantara…ada beza bukan??

    teori asas mengatakan setiap benda yg berjirim bergetar bukan??jadi cerebral cortex juga bergetar bukan…ia dikira melalui frequensi.secara ringkas

    natural frequency, wn= surd (k/m) k= pemalar stuffness

    m=jisim.

    apbila sesuatu jirim@jisim itu lebih tumpat atau besar maka nilai k adalah tinggi.

    secara nisbah perbandingan walaupon jisim cerebral cortex melayu rendah, k nya adalah rendah juga. jadi frequency natural bagi kedua2 bangsa adalah sama shj secara relatifnya.

  22. salah satu kejayaan barat terhadap bangsa2 lain adalah supaya ditekankan kpd teknologi. bangsa lain dimomokkan dgn betapa kilau-gemilaunya jika mmpunyai teknologi yg canggih…

    tetapi kita lupa bahawa asas kpd teknologi adalah sains. ibu segala sains adalah fizik.

    satu keburukan jika kita hanya menumpukan terhadap teknologi semata-mata adalah kita menerima shj segala taakulan,hipotesis,hukum, teori sains dari barat tanpa byk soal. dan itu salah satu contoh kejayaan barat ke atas bangsa2 lain.

    walau pelbagai slogan dicipta utk mengejar teknologi,percayalah kita tetap berada setapak dibelakang eropah.

    bangsa2 lain tidak sedar kita hanya mndapat ilmu secara spoon feeding oleh eropah. bangsa arab juga tidak terkecuali terperangkap oleh arus ini.

    jadi elhakim,kau dpt tangkap mengapa bangsa melayu masih lemah??mengapa bangsa kulit hitam,arab dan lain2 masih lemah??

  23. Dalam al Quran ada sebut kejadian makhluk yang berbagai rupa bangsa. Tujuan diwujudkan variasi makhluk itu juga mafhumnya supaya “berkenal kenal”. “Kenal” dalam ertikata bahasa Arab sama luas nya dengan erti kata “bersentuh-sentuhan” yakni lebih dari sekadar kenal, tetapi tahu kelebihan masing masing. “Sentuh” dalam bahasa Arab itu juga terlontar makna yang berbagai mengikut mazhab….sentuhan biasa mazhab Shafie membatalkan air sembahyang..tetapi bila ke Mekah hukum itu tidak dipakai…..

    Berbalik kepada “kenal-mengenal” bangsa lain itu sewajarnyalah mengajak kita untuk mengkaji apa makanan orang Eropah/Arab/Eskimo/India yang membolehkan mereka cerdas.

    Masalah dengan orang Melayu yang tidak mahu keluar dari kotak pemikiran lama – masih mahu pertahankan menu asli seperti belacan, budu dan pulut yang tidak sesuai lagi dengan corak kerja modern yang sedentary….lebih lama duduk ofis dari berfisikal. Zaman dulu bolehlah makan pulut ikan kering kerana zaman pra mesin dan pra digital. Lihat perubahan fizikal orang Jepun dan Korea setelah mengubah menu harian mereka. Itu salah satu faktor..lain faktor ada lagi. Cuma kepala tengah sakit migraine (mungkin kerana kepala yang besar dan cortex atau lipatan otak aku terlalu banyak?)

  24. elmyself wrote:
    “Aku tidak katakan sufism melemahkan saraf minda melayu..
    tetapi aku mengatakan gol. sufi gagal membawa gagasan intelektual arab ke alam nusantara…ada beza bukan?? ”

    Habis tu selama 700 tahun Bangsa Melayu tak sedar-sedar ker yang gol sufi itu gagal membawa gagasan intelektual.
    Mana dia inisiatif bangsa Melayu Utk sedar akan hal yang demikian? (SILA JAWAB SOALAN INI)

    Elmyself wrote:
    “secara nisbah perbandingan walaupon jisim cerebral cortex melayu rendah, k nya adalah rendah juga. jadi frequency natural bagi kedua2 bangsa adalah sama shj secara relatifnya.”

    Senang saja kau cakap sama.. sikit2 kau kata otak manusia lain bangsa samaaaa….
    tapi

    Kalau sama kenapa dalam 700 tahun bangsa Melayu gagal untuk memajukan dan terfikir tentang perlunya teknologi untuk berubah nasib mereka. (SILA JAWAB SOALAN INI)

    adakah persamaan yang kau kata itu bermaksud berlainan?

  25. Dengan membuktikan pemikiran orang lain salah itu bukan bukti bahawa pemikiran kita sendiri betul.

  26. mengapa melayu masih tak sedar2 ya dlm masa 700 thn ni…

    mengapa minda melayu masih gagal mencapai tahap seperti org eropah ya…

    tanyalah puan Ainon. sy percaya Puan Ainon ada butiran2 mengenai cara berfikir yg betul ini.

  27. Mungkin PIPP juga bermaksud untuk menteri berkenaan,
    P – Pee
    I- I
    P – Pee
    P – Pee

  28. myself.
    aku tanya kau. soalan itu untuk kau.
    mengapa pn ainon yang perlu menjawabnya.

    Difahamkan bahawa kau sekarang dalam tempoh ujian/test.

    ——–xxxx———xxx—————-

    Adakah memang perangai semulajadi kau memberi kertas jawapan kau untuk orang lain menjawabnya?

    Are u resort to this kind of behaviour brother?

  29. elmyself,
    errr… satu lagi….

    kau ada mengatakan bahawa sampai bila-bila Bangsa Melayu berada di belakang sebab ilmu yang mereka miliki adalah

    “spoon-feeding”

    So? what does it tell you???

    Mengapa bangsa Melayu tidak terus cipta ilmu itu at the first hand (jangan terus spoon-feeding).

    Aku mempunyai jawapan tersendiri. Jawapan aku adalah:
    “Bangsa Melayu rata-rata masih lemah dan belum cukup cerdik untuk mencapai tahap seperti bangsa dominan kerana kelemahan dalam berfikir”

    Di sini aku hendak dengar sendiri jawapan daripada kau myself. Sila jawab.

    Kau harus bertanggungjawab dalam setiap apa yang kau tulis. Jangan kau suruh orang lain menjawab untuk kau.

    Kau sendiri yang berpegang dengan Amanat Perdana Menteri Kesayangan kau itu supaya bertanggungjawab thdp apa yang kau tulis sehingga kau mengaku akan cium tangan Abdullah Badawi. (Aku tak kisah …kau nak cium bahagian manapun daripada badan beliau)

    Kalau boleh jawapan kau tu jangan lah kau pusing sana … pusing sini… at last tak kemana…

    Berilah mana2 formula sekalipun tak kiralah e=mc2, y=mx+c, ker…
    tapi yang pentingnya persoalan aku mesti kau jawab.

  30. By using Greek logic, the best Malay brains have been trained by their professors how to prove others wrong. (I am RIGHT, you are WRONG.)

    Then we forgot, the best brains of the Greeks (Socretes, Plato and Aristotles) could not invent the wheel.

    Mari kita belajar berfikir: Thinking beyond YES and NO logic.

  31. “Bangsa Melayu rata-rata masih lemah dan belum cukup cerdik untuk mencapai tahap seperti bangsa dominan kerana kelemahan dalam berfikir”

    jadi jawapan aku tanya Puan Ainon, beliau ada cara utk berfikir dgn betul. atau pon baca shj buku-buku tulisan Pn Ainon dan Abdullah.

    aku melihat ada 2 perkara di sini.
    1. kau menyandarkan bahawa kelemahan org melayu telah sengaja diciptakan oleh Tuhan dan sampai bila2 pun melayu itu begitu.
    2. Pandangan aku pula semua minda dilahirkan sama(semulajadi ada sifat inquiry dlm minda) tetapi faktor persekitaran sama ada merencatkan gelombang ini atau pun menyemarakkan gelombang ini.

    Habis tu selama 700 tahun Bangsa Melayu tak sedar-sedar ker yang gol sufi itu gagal membawa gagasan intelektual.
    Mana dia inisiatif bangsa Melayu Utk sedar akan hal yang demikian?
    jawapan: apa gol penjajah lakukan ke atas umat melayu melalui fizikal dan mental sewaktu tempoh masa itu?

    Kalau sama kenapa dalam 700 tahun bangsa Melayu gagal untuk memajukan dan terfikir tentang perlunya teknologi untuk berubah nasib mereka.
    jawapan: gol melayu telah sedar dari dulu teknologi itu penting. di sinilah spoon feeding berlaku.kita mencedok(belajar) teknologi dr barat tetapi terlupa prinsip2 asas sains.

    jadi aku kira berapa byk dalil yg aku keluarkan sudah tentu kau akan berpegang kpd pendapat kau.

    jadi tepulang jika kau ingin mengatakan sama ada YES or NO.atau thinking beyond YES or NO,hehe..

  32. satu lagi…

    aku biasanya tidak suka berbicara begini.

    pesan Al-Ghazali dlm kitabnya bidayatul hidayah supaya dikurangkan berdebat.

    kita boleh shj berdebat,tetapi perkara yg berkaitan dgn hati ini amat sukar utk dijaga. dan aku mempunyai satu hati utk aku jaga.

    harap jgn tanya aku lagi.

  33. Tradisi berdebat adalah ciptaan Socrates, Plato dan Aristotles. Merekalah yang mencipta istilah-istilah debat seperti hipotesis, tesis, antitesis dan sintesis.

    Ada hadis Nabi yang bermaksud, barang siapa yang pandai mengarang kata-kata bagi berhujjah dengan tujuan membuktikan idea orang lain salah, maka orang itu bukan umat baginda.

  34. siapa pula yang mencabar aku tentang

    DAVID MENGALAHKAN GOLIATH

    siapa menjual. aku membeli.

  35. Maaf jika saya menyampuk, 700 tahun dan tak maju? Sebagaimana kata-kata orang tua-tua kita, kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai. Apa kita terlupa sejarah Sultan dan pembesar-pembesar kita suatu waktu dahulu yang membuka pintu musibah untuk dijajah dan mereka ini tiada kena mengena dengan sufi mahupun sebagai seorang yang soleh. Banyak sejarah dahulu kita yang berlaku menunjukkan bagaimana angkara duniawi yang mana menjadikan hati penuh hasad, dengki, sombong dll yang menghantui orang kitalah yang menyebabkan orang Melayu kebelakang. Kini pun, ia diwarisi generasi kini, lihatlah bagaimana penyakit fitnah-menfitnah antara orang kita.
    Dan satu hal lagi, kerana kebijaksanaan pihak tertentu, kita telah melihat bagaimana dunia ini semakin teruk dilanda kemusnahan.

  36. Saya syorkan, semua penuntut diberi subsidi laptop, jadi semua data, subjek pelajaran dll didownload dalam Cd atau diskete. Mudah, tak berat, nak download semua buku yang ada pun boleh…maaf, hanya suatu syor.

  37. zarzh,

    Jalan salahkan aku.

    Bukan aku yang menyalahkan sufi, tareqat mahupun gol sufi.

    itu bukan dari pandangan aku.

    Lihat sendiri komen2 dalam blog aku tentang siapa yang mula-mula menyalahkan tareqat mahupun sufi.

    Jika mahu berdialog dengan aku,
    sila ke blog aku. Nyatakan pandangan dan ketidak puasan hati kau terhadap sesuatu.

    Aku tidak dapat menerima orang2 yang melontar idea secara “hit and run”.

    Apabila telah hangat, mereka menarik diri di atas sebab-sebab agama.

    Padahal mereka yang mula-mula seperti mengajak aku berdialog.

  38. salam…

    aku berhenti kerana aku kira point masing2 sudah jelas bukan.

    utk berdialog lagi,sukran jazilan a’la husna maa’syaratika ya elhakim. aku tidak berminat.

    cuma,mengenai gol. sufi ini telah aku katakan bahawa ia masih diperingkat editing. pensyarah aku yg menulis dan membuat kajian ttg gol. sufi yg membawa ajaran islam ke alam nusantara. ia mula timbul sewaktu pembentangan mngenai tamadun melayu.tunggu shj keluarannya.

    **********
    sy kira jika pihak sekolah dpt mmberi loker kpd setiap pelajar dr sekolah mungkin beg sudah tidak berat lagi. tapi kebarangkalian utk pihak sekolah memaksa lg murid2 membeli buku tambahan lagi mungkin meningkat,hehe..=P

  39. apa-apalah myself.

    laptop? he..he..he.. ha..ha..ha..ha…

    tak rosak ker laptop tu?

    budak2 bukan macam orang tua.

    terhempas, terpenyek, tertinggal, adalah amalan budak-budak.

    pendapat myself mengenai locker.
    ======================

    Aku sokong pendapat kau myself. Tapi… errrrr…
    bukankah idea locker2 memang sinonim dengan sekolah2 orang putih Amerika dan di barat?

    di Arab pun ada.

    he…he..he.. 2007 – 1957 = ????

    mentaliti orang melayu masih tak terfikir lagi untuk membeli locker bagi kesejahteraan anak-inok mereka.

    Mungkin pemimpin terlalu sayangkan duit. Takut membazir.

    Membazir itu sahabat SYAITAAANNNNN…..

    he..he.he.

  40. Satu idea luar yang cerdik lagi menjimatkan. Fotostat saja bahan pelajaran untuk seminggu, dan bawa helaian fotostat itu untuk pelajaran seminggu. Nota nota handout dan lain lain bahan belajar ringan ringan saja. Satu fail nipis cukup.

  41. El Hakim, minta maaf, saya tak tuduh sdr, cuma yang saya nak tekankan, bukanlah kerana agama, orang kita jadi terbelakang. Kalau kita lihat sejarah pun, rasanya kita boleh menjangka yang Sultan kita dahulu dan pembesar-pembesarnya(bukan semua), adalah lebih suka menghitung gundik-gundik dan juga harta kekayaannya dari menghitung biji tashbih. Mereka inilah yang menyebabkan orang kita kebelakang.
    Tentang Laptop, saya ada dengar Laptop “100 dollar”, jadi dari dibebankan kanak-kanak sekolah mengheret beg mereka, baiklah diberi subsidi Laptop tersebut. Mudahkan.

  42. el-zarzh yg dihormati,

    he..he..he..

    pendapat anda memang betul. pemimpin corrupt memang salah satu faktor.

    antara faktor ZAMAN DAHULU yg lain di Tanah Melayu adalah
    1. pengaruh alam sekeliling. tanah melayu pada masa itu bukannya berteraskan budaya ilmu yang mengajak rakyat pada masa itu untuk berfikir tentang ilmu. (tidak spt di Barat)
    2. Kelemahan daya fikir pada minda orang Melayu itu sendiri.
    3. Tekanan pemimpin melayu yg tidak suka lihat orang bawah lebih pandai daripada mereka.

    Tetapi di Barat pun kes2 tersebut terjadi dengan
    1. Penentangan gereja terhadap ilmu pengetahuan
    2. Raja2 mereka pun ramai yang berpoya2, kejam dan tidak berhati perut.
    3. Corruption dalam masyarakat barat pun ada terjadi.

    Tetapi kesedaran masyarakat barat/bangsa kulit putih thdp ilmu pengetahuan melebihi segala-galanya. Maka revolusi ilmu pengetahun sekaligus revolusi perindustrian tetap terjadi.

    Mereka telahpun maju pada kurun yang ke 16, 17 18, 19 melebihi bangsa2 lain di dunia.

    Lihat di Malaysia, sekarang. Kita dapati keadaan telahpun berubah di mana
    1. Tiada lagi pemimpin Melayu/raja/sultan yang melarang untuk rakyat daripada menimba ilmu pengetahuan sebanyak-banyaknya. (bahkan ada yang menggalakkannya dengan adanya yayasan/pinjaman2 dll)
    2. Masyarakat sekarang terdedah dengan budaya ilmu pengetahuan
    3. Kemajuan bangsa dan masyarakat lain (bangsa cina) yang menjadi persaingan.

    Tetapi yang aku nampak Bangsa melayu rata2 masih ketinggalan dalam bidang ilmu pengetahuan.

    Oleh kerana bukan lagi faktor alam-persekeliling, pendedahan persaingan dengan bangsa2 cina dan asing di Malaysia ini, maka sahlah…

    orang Melayu di Malaysia ini berhadapan dengan masalah yang berkaitan dengan minda mereka sendiri.

    Maknanya OTAK ORANG MELAYU itu sendiri ada masalah.
    Akibat otak tersebut maka
    1. gerak-hati , inisiatif orang Melayu hancus
    2. tidak dan kurang pro-aktif
    3. lemah berfikir, kurang berdaya saing, lesu
    4. tidak fokus, menerewang entah ke mana
    5. sifat bertangguh2
    6. sambil lewa tidak peka tentang bangsa lain maju dan mahu ambil alih Malaysia
    7. dan banyak lagi

    mungkin otak kurang bergeliga, cortex tak cukup tebal, kepala berbentuk pipih dan leper, faktor makanan, kurangnya zat2 taurina, DHA dalam pemakanan,

    atau

    sebab takdir…

    wallahualam

  43. sdr Tomhakim,

    Jangan lupa juga faktor tongkat ajaib setiap 5 tahun. Seraya di seru menjelang pilihanraya ia mujarab mendatangkan keselesaan Melayu. Pembesar Melayu mewujudkan zon selesa (mematikan suis kreatviti untuk berusaha). Bab kreativiti Melayu dalam perniagaan sudah banyak disinggung oleh Puan SifuPTS, bertenggek atas kemudahan tanpa usaha (buat apa usaha, segalanya disediakan diatas silver platter! Hehehehe!

  44. pak rostam,

    ibubapa juga perlu disedarkan bahawa jgn memaksa anak2 mereka mengambil kursus perubatan, kejuruteraan dan farmasi shj sehingga cabang2 bidang sains yg lain dilupakan.

    pelajar2 cemerlang diberikan tempat difakulti perubatan, kejuruteraan dan juga farmasi. jadi apa yg tinggal utk kursus2 spt ilmu fizik, matematik, falsafah. sedangkan ilmu2 inilah pemangkin kpd keagungan sesuatu bangsa.

    ~skrg kita terpaksa berperang dgn minda yg diwariskan oleh penjajah.

  45. Tn. Elrastom,

    he..he..he..

    ya betul. Word kreatifvity itu juga pengting.

    Ada bangsa yang kreatif. Ada bangsa yang tak kreatif.

    Filem2 juga mencerminkan kekreativiti sesuatu bangsa itu.

    Lihatlah bagaimana filem-kita diterima oleh golongan cerdik-pandai itu.

    Cara Melayu berniaga juga berkaitrapat dengan kreativiti yang ada.

    JIka Melayu itu gagal dalam perniagaannya juga melambangkan kreativiti diri mereka di samping sedikit faktor2 lain.

    hmmm..

    kreatif sungguh otak bangsa kita ni…

    bagus..bagus..

    he..he..he..

  46. kalau menyesal jadi Melayu..mengesali ketentuan Allah utk kita..adalah sesuatu yg amat teruk dan buruk sebagai seorang Islam dan juga Melayu. Pemikiran elhakim mempersoalkan kejadian Allah menurut akalnya sendiri adalah sesuatu yg tak elok dan tak baik. Kalau beliau adalah seorang Melayu beliau harus pergi ke kedai cat kereta mengecat kulitnya kepada warna lain..mengetuk kepalanya mengikut kepala org putih.Itulah perumpamaannya betapa rakusnya seoarang Melayu yg hanya berkata2 mencabar tetapi diri sendiri adalah begitu hina.

  47. saya amat tertarik dengan cara perbincangan dalam ruangan ini ,membuka minda .Komen hanafi tu saya rasa kurang tepat sbb dari pandangan saya semua yang terlibat dalam perbincangan bukan menyesali dirinya melayu tetapi sekadar menganalisa bangsa sendiri. tentang hadis rasulullah tentang perdebatan itu ,kalau ada masa tolong semak sama ada ianya benar (maksud saya cuba cari dari mana sumber hadiths itu, bukan ada niat untuk menidakkannya tetapi hanya usaha untuk lebih teliti …….no harm done okay!)

  48. 2 Perihal: 01) Perihal Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, tiada kedengaran yang terkini, namun jenakanya sudahpun bermula di peringkat awalan perancangannya. Natijah usaha ini sudahpun berlawanan Falsafah Pendidikan Negara. Jadi, saksikanlah betapa jauh pesongnya nanti. 02) Perihal seseorang ingin mengakui dirinya Melayu, tiada siapa yang melarangnya, namun berjagalah supaya tidak hidup di dunia ini dengan menjadi Me…layu.

  49. Sekolah di Malaysia, khususnya di Selangor: yang mana fakta dan yang siapa auta. Sila perhatikan petikan “Cover Story”, Friday, March 02 2007, The Malay Mail.

    **It’s rubbish, says Khir
    by WAN SAKINAH A. SABURI
    THE Universiti Kebangsaan Malaysia study is “rubbish”.

    That was Selangor Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo’s response to the study conducted by UKM’s Children and Youth Psychology specialist Dr Khaidzir Ismail which revealed that all the 887 respondents, except for one, confessed to have experienced the “pleasures of the flesh”.**

    Isunya lebih besar, andainya singkapan lebih luas dan mendalam perihal berita ini. Ataukah ini remeh-temeh saja?

  50. Semakin menarik…lagi petikan, dari The Malay Mail, Friday, March 02 2007.

    **The findings are for a training module

    UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia vice-chancellor Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin has defended the findings of the survey done by psychology specialist Dr Khaidzir Ismail.

    “The public has totally misconstrued the way the report was written. People thought that they can generalise the findings.

    “They do not realise that it is incorrect to generalise,” she said to The Malay Mail yesterday.

    She said the way the survey was reported gave the impression that the findings could be generalised on female students as a whole. **

  51. pendapat elhakim sememangnya sangat provokatif. Ianya sangat baik sebagai langkah permulaan untuk menimbulkan self-reflection dan muhasabah diri. Namun, cukuplah sedikit sahaja kerana langkah mengatasinya adalah yang lebih utama.

    Firman Tuhan: “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.”

    Jika kita sanggup berubah, sudah pasti Allah akan membantu kaum melayu ini berjaya. Tingkatkan ketaqwaan kita, tingikan keilmuan kita. Di Israel, ramai ilmuwan mereka memiliki lebih dari satu PhD. Ibnu Sina juga menguasai pelbagai disiplin keilmuan.

    Jika kita mampu menghayati Al Quran dan pelbagai disiplin bagi setiap individu, tentulah kaum ini akan tampil yang terbaik di sisi Allah dan manusia seluruhnya.
    ……………………………………………………………………………..
    Apakah sumbangan kita untuk memperkasakan penddikan. Apakah kelemahan PIPP? Apa cadangan untuk memperbaikinya, rasanya soalan ini lebih relevan untuk kita semua.

  52. Mahukah orang Melayu tahu, sebagaimana mahunya mereka mengetahui suatu perlakuan sepasang pegawai dalam lif baru-baru ini?

    Mampukah orang Melayu membaca karya seorang intelek di kalangan mereka, seperti mampunya mereka mengetahui siapa artis kahwin dengan siapa dan siapa pula bercerai dan berkahwin dengan siapa pula.

    Saya tertarik membaca cetusan pemikiran Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas, kerana tajuk yang dipaparkan dalam Mingguan Malaysia Ahad 1 April 2007 Rencana Muka 9, ialah Memahami Takrif Ilmu.

    Sebelum ini Ilmu tiada di universiti, dan belum ada di kalangan orang di universiti yang telah mentakrifkan ilmu. Harapan say beliau dapat mentakrifkannya.

    Setelah membaca takrif ilmu oleh beliau, ternyata belum tepat. Sila rujuk kolum 2, perenggan 2, baris 8 dari bawah.

    Ternyata, benarlah belum ada orang Melayu yang dapat mentakrif Ilmu dengan tepat.

    Selain daripada Rastom Abdul Rahman, seorang lagi yang bijak di Malaysia, ialah Dr. Ahmad Murad Merican, Director of the Centre for Intellectual History and Malay Thought at the Institute of Knowledge Advancement, Universiti Teknologi Mara.

    Bila saya sebut kepadanya akan perlunya takrif Ilmu, Pengetahuan, dan Knowledge. Katanya, “Hang patut tulis…” Saya sudah pun melakukannya, walaupun saya bukan teraju pusat yang sedemikian itu. Namun saya bukan dari kalangan Orang Me…layu. Cabaran ini untuk orang Melayu khususnya di universiti, termasuk universiti maya, dan lain-lain institusi pendidikan.

    Selagi belum pun ada seorang Melayu yang dapat mentakrifkan Ilmu, belum pun dipasak sebagai teras di Universiti dan seluruh institusi pendidikan di Malaysia, maka jelaslah jenakanya, dan lebih dari itu impak terhadap generasi yang bakal dilahirkan sebagaimana tanggungjawab kementerian berkaitan.

    Jika belum sedar juga, bacalah temubual akhbar yang sama, cetusan nurani Dr. Rusinah Siron, halaman 7, dengan tajuk: Minda Eksekutif Muda Bercelaru.

    Saya belum lagi kedengaran pengumuman rasmi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, namun kejenakaannya telah pun saya ketahui awal, yang bakal membawa lebih banyak celaru dan kecelaruan dalam masyarakat kita kini dan kelak.

  53. Zub,

    Mana sama Dr. Ahmad Murad Merican dengan ana, dia doktorat, sementara ana magisterium pun tidak. Ilmunya mengkhusus, ilmu ana mencabang cabang bersimpang perinang.

  54. OK, memang tak sama, dalam banyak hal dan keperihalan.

    Namun keduanya berada di tahap Intelek di Malaysia. Otak mereka boleh dimanfaatkan.

    Terkini ialah Dr. Ahmad Murad Merican seorang daripada Timbalan Naib Canselor di UiTM. Tidak dijelaskan bahagian apa. Kawan aku yang beritahu, tapi bila aku klik apa sahaja URL UiTM, tak dapat akses. Nanti cuba lagi, InsyaAllah. Andai hang dapat confirm, beritahu aku.

  55. Zub,

    TNC kah NC kah, soalnya kenapa masih tiada ‘web presence’ dalam dunia serba IT? Yang ada pun hang dengan aku saja, mana yang lain lain?

  56. Universiti semakin banyak jumlahnya tak mengapa. Cuma ambillah iktibar dari fakta IPTS Melayu ditutup.

    Tetapi universiti semakin tidak berkedudukan sebagai gedung ilmu. Itu lebih utama isunya.

    Setakat ini tidak ada satu pun universiti di dunia yang menjadikan penemuan ilmu dalam pelaksanaan pendidikannya, melainkan memperolehi pengetahuan atau knowledge sahaja. Atau setakat dapat sijil sehelai kertas.

    Kekadang aku terfikir, bila semua pemimpin nombor satu Universiti bermesyuarat meja bulat atau empat segi, apa lah yang mereka buat ketika kebersamaan begitu?

    Andaikata lawak jenaka barangkali mungkin berlaku, maka bacalah petikan ini dari Utusan Malaysia Online, klik link posting Rastom di atas Universiti semakin banyak!”

    Rencana berjudul Isyarat Pada Kementerian Oleh Datuk Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM):

    “Semasa Dewan Rakyat banyak mengemukakan teguran terhadap kualiti pengajian tinggi dan hal-hal dalaman universiti, mungkin elok juga ahli Dewan berdebat dengan lebih banyak lagi mengenai sistem pengajian tinggi. Sesuatu sistem akan menghasilkan sesuatu yang kesannya lebih panjang berbanding dengan perkara-perkara semasa.

    Soal siswazah tidak pandai berbahasa Inggeris dengan menjadikan Menteri Pengajian Tinggi sebagai sasaran, misalnya, kepada saya walaupun penting, hanyalah perkara semasa yang boleh diselesaikan oleh universiti sendiri, tetapi kepelbagaian sistem yang menyebabkan masa depan pengajian tinggi negara tidak menentu mempunyai bayang yang lebih panjang. Belum ada ahli Dewan, termasuk pembangkang yang mengusik perkara ini nampaknya.”

    Nah! Siswazah tidak pandai berbahasa Inggeris! Berbahasa Melayu pun lintang pukang. Bahasa lain apa pun tidak dikuasai segolongan mereka.

    Hal mudah begini pun tidak ada orang Melayu yang boleh selesaikan. Melainkan hanya tahu membantah sahaja.

    Kepada Rastom, sila kembangkan posting ini kepada:
    Universiti Semakin Banyak dot dot dot nya.
    Isilah kita pada dot dot dot itu macam kita isi ruang kosong waktu mengisi borang. Betapa luas terbuka jerabunya Universiti setakat ini.

  57. Rastom,
    Saudara memang hebat. Congratulations. I guess you have made your web presence felt by small fries (maybe not even that) like me. You and Zubli stand to be corrected – bukan tnc.

    Certainly, much can be said, or not said, about the political, and intellectual of the Melayus. And of those who rule the universities (?). Namun begitu, sesungguhnya, adakah universiti di Malaysia?

    I’ll catch up with you (of the non-virtual kind) when I go up north. Otherwise, kita keep the channels open.

    salam.

  58. Murad, ape cerita?

  59. Wahai penulis-penulis sekelian…..

    Saya hanya melintas diruang ini dan tidak bermaksud menyinggung sesiapa disini.

    Daripada apa yang saya lihat dan baca tulisan semua orang, dapat saya simpulkan disini semua… maksud saya semua orang disini sedar apa yang berlaku disekeliling dan memikirkan kenapa.

    Tetapi apa yang kurang adalah untuk menjawab persoalan bagaimana. Cara semua orang berbicara adalah seperti orang tua-tua dikedai kopi…. tahu semua perkara.. itu ini dan segalanya… dari isu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.. saiz otak bangsa itu dan ini hingga kepada siswazah tak mehir berbahasa inggeris dan berterabur berbahasa melayu.. APA SEMUA NI!!!

    Kita cuma berbicara apa telah berlaku dan yang sedang berlaku. Tidak ada sorang pun yang mengeluarkan idea BAGAIMANA CARA UNTUK MENGATASI!!!

    Kalau setakat nak cakap…semua orang boleh cakap. Jadi NASI TAMBAH nombor satu. Keluarkanlah pendapat dan idea cara mengatasi sesuatu isu…bukan sekadar mengeluh..oh memang dah begitu…. tak boleh diubah.. KITA ZAMAN INI TAK MAHU BEGINI LAGI. We need idea, point of view, suggestion.

    Contoh saya berikan disini.. mengutuk Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. — beg budak sekolah semakin berat. ITU SAHAJA. Cakap macam orang tak de pelajaran. Berilah idea mengatasi masalah ini. Contohnya mewajidkan Pigeon Hole di semua sekolah ke…(tahu ke apa itu pigeon hole? – kalau tak tahu cari sendiri!!)

    Pasti akan ada yang kata..kami dah beri cadangan dah..tak jadi apa-apa pun?! Memang ya… dah bermacam-macam cadangan dan pendapat telah dan pernah diberikan. Tapi ada tak difikirkan sapa yang beri pendapat tu, dimana disalurkan pendapat tu, apa tindakan untuk memastikan pendapat tu sampai kepada pembuat dasar kerajaan.?? Paling kuat cadangan tu diutarakan dalam akhbar. Ada tak usaha kita untuk menulis surat secara rasmi kepada menteri atau mana-mana pembuat dasar. Tulis nama penuh, alamat dan no tel… ada tak?? Atau paling tidak minta dibicarakan dalam parlimen.

    Saya melintas disini dan mungkin tidak akan kembali lagi.. hanya terjumpa blog ni. Tak payah balaslah apa yang telah saya perkatakan. Harapan saya agar segala yang tuan/puan tulis (membuka pekung atau mengeluh dasar yang dicuba dilaksanakan oleh orang lain) sertakan dengan cadangan cara mengatasi..INGATLAH jika kita rasa kita dah patriotik, orang lain juga begitu.. cuba membangunkan negara dan bangsa… bezanya mereka berfikir dan bertindak!!!

    Sekian. Harap maaf sekiranya terkasar bahasa terlanjur kata.

  60. Aeril72,

    Setiap komen di sini adalah terbuka, kerana memang sifatnya blog itu terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin bersuara. Pendapat manusia yang boleh berfikir dengan waras penting dalam hidup manusia bertamaddun, beragama. Adakah saudara fikir dasar dasar yang menjadi pertikaian umum itu pernah dibahaskan sepenuhnya oleh orang yang selayaknya atau ia hanyalah sebentuk arahan yang terpaksa dipatuhi?

    Pernahkah saudara temui apa apa perbincangan antara pihak berkelayakan mengenai dasar memaksa murid murid menggunakan bahasa Inggeris untuk subjek Sains dan Matematik?

    Soalnya sekarang bukan kerana tiada cadangan atau alternatif seperti yang saudara anjurkan. Dasar tersebut dilaksanakan tanpa mempedulikan pendapat para cerdik pandai yang layak seperti para profesor di universiti. Jika para profesor di universiti tidak layak didengari pendapat mereka, negara kita sudah dikira membazir membayar gaji mereka.

  61. Sehubungan dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan – ada benarnya komen di “leave a Reply” di Halwa Romantis ini dimengatakan sebagai “Cakap macam orang tak de pelajaran”.

    Cuba lihat orang yang berpelajaran memberi idea yang bernas seperti ini “Berilah idea mengatasi masalah ini. Contohnya mewajidkan Pigeon Hole di semua sekolah ke…(tahu ke apa itu pigeon hole? – kalau tak tahu cari sendiri!!)”

    Wajid itu sejenis juadah orang Melayu. Mewajidkan, ertinya, menjuadahkan. Pigeon Hole saya dah cari sendiri, iaini lubang sejenis burung…Merpati.

    Sekiranya cadangan ini disebut dalam Parlimen, atau ditulis dalam akhbar, tentunya barangkali mungkin, mantaplah gamaknya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Ye dak Aeril72.

    Betul, Aeril72 memang bijak. Walaupun Aeril72 sendiri belum berani menulis apa sebenarnya Pigeon Hole itu, yang memungkinkan dia kurang pasti. Saya sendiri tak terfikir juadah lubang Merpati ini boleh sampai ke taraf bernilai, berharga, dan bermutu di peringkat kebangsaan, khusus langsung kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

    Memanglah patut cadangan ini dimengatakan dulang yang telah terhasilnya paku serpih.

    Syabas, ada seorang sekurangnya, insan yang ada cadangan bernas untuk Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

    Rastom, kopi satu! Chapathi une…

  62. padanla Aeril mungkin tak kembali lagi..harap-harap Aeril72 takkan kembali lagi..Bestnyer idea pigeon hole ko tu..kenapala selama ni orang tak terfikir pasal pigeon hole tu ek..

  63. Aku tak kisah bangsa aku ni bodoh ke pandai ke. Tapi sebodoh-bodoh orang Melayu ni pun senang sahaja menerima seruan Islam dari bangsa-bangsa lain. Hanya kerana raja masuk Islam, habis anak, cucu, cicitnya pun dalam Islam. “Kami dengar dan kami patuh”.

    Cuba kita perhatikan kata Syaikh Ahmad Zain Al-Fatani mengenai melayu,

    “Iaitu himpunan kaum-kaum Melayuwiyah nisbah kepada Melayu dengan kasrah [baris di bawah bagi huruf] mim atau difathahkan[baris di atas]nya dan dammah[barisan di depan bagi huruf] ya. Mereka itu adalah suatu kelompok atau golongan yang besar daripada manusia. Negeri mereka adalah sesubur-subur negeri di dunia. Ianya terletak di antara negeri Hindi dan China dan kebanyakan dari pulau Waq-Waq .Dan ahli ilmu geografi menganggap sebahagian negeri-negeri mereka sebagai negeri-negeri Indo-China. Penduduk Hejaz menamakan mereka dan golongan-golongan selain mereka dari wilayah itu dengan sebutan ;jawa’ , dan mereka[orang jawa sebenarnya] itu golongan yang menduduki sebuah pulau besar di sana, dan mereka bukan orang Melayu. Dan bahasa mereka [Melayu] adalah bahasa yang paling ringan di kalangan penduduk rantau itu. Maka kerana inilah ianya telah diguna-pakai kebanyakan ahli Hejaz di dalam muamalat dengan golongan-golongan yang tersebut itu [walaupun mereka] mempunyai bahasa-bahasa yang berbeza. Mereka adalah qaum yang bersifat ikhlas, lemah-lembut, lunak, berperibadi baik. Maka setengah daripada keistimewaan mereka sesungguhnya tiada terlihat di negeri mereka dan di negeri lainnya seorangpun daripada mereka menjadi pengemis walaupun mereka bersangatan faqir .Bagi mereka ketertiban di dalam urusan, kehalusan di dalam pertukangan, menerima pembaharuan di dalam perusahaan, menerima pelbagai maklumat dan ilmu berserta dengan terserlah faham mereka di dalamnya. Dan adalah bagi mereka dulunya kerajaan-kerajaan yang besar kemudian dijajah padanya tangan-tangan kerajaan-kerajaan kuffar. Semoga Allah memelihara negeri-negeri muslimin daripada mereka [kuffar itu]”

    Katanya lagi,

    “Alhamdulillah ada maruah pada jenis Melayu terlebih banyak dari setengah-setengah jenis yang lainnya dengan dalil memuliakan mereka itu akan orang dagang yang baik yang datang kepada negeri mereka itu istimewa Ahli al-Hijjaz Dan jika tiada dibalas mereka itu dengan syukur sekalipun dan tiada ada pada mereka itu banyak tipu daya dan tiada ada pada mereka itu menghilangkan air muka dengan meminta bersalahan setengah daripada jenis yang lain”

    Dikritiknya pula,

    “(Dan adapun) ahli Tanah Melayu kita maka tiadalah memperduli mereka itu dengan syaan [urusan] tawarikh hingga jahillah mereka itu akan ehwal segala masa yang telah lalu atas negeri mereka itu daripada masa yang hampir bahkan tiada mengtahui mereka itu akan nama-nama segala nenek moyang mereka itu pada hal belum lalu beberapa lapis yang sedikit (tetapi) ada juga tersampai khabar kepada perhamba bahawasanya ada bagi setengah-setengah negeri mereka itu buku yang disebutkan di dalam setengah-setengah ehwal yang jatuh di dalam masa yang tertentu dikatakan baginya ‘Sejarah Patani’ dan seumpamanya* Dan perhamba dengarkan setengah daripada orang tua-tua mentarikh mereka itu pada ketika berkhabar-khabar pada ‘Tahun Musuh Kedah’ atau kemudian daripada tiga tahun daripada ‘Musuh Patani’ pada hal tiada disuratkan bagi demikian [tahun] musuh-musuh itu akan tarikh yang dapat kita ketahui dan kita perpegangkan dengan dia (Dan adalah) tiap-tiap bangsa yang lain istimewa Arab dan Parsi dan ahli Eropah yang dahulu-dahulu dan yang kemudian-kemudian sangat amat-amati mereka itu dengan pekerjaan tarikh hingga dapat mengetahui mereka yang terkemudian daripada mereka itu akan ehwal yang dahulu-dahulu dengan masa beberapa ribu tahun…”

  64. siapakah yang mewujudkan pipp?

  65. Each and every time I try to access the web-site, this message shows up: “403 Forbidden – You don’t have permission to access / on this server. Additionally, a 500 Internal Server Error error was encountered while trying to use an ErrorDocument to handle the request.” I’ve never encountered a situation like this before; is this through some fault of mine, or maybe there something wrong with the blog itself?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s