Posted by: rastom on: 09/05/2007
Apabila segala teknologi canggih tiba, terhidang untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia adakah kita meneguknya hingga mabuk? (amaran:link ini membawa anda ke persada umat yang ujub dunia) atau kita telah berusaha mengeksploit kecangihan itu untuk mendalami ilmu yang tiada atau belum kita perolehi? Teknologi multimedia ICT punyai multi dimensi. Anda boleh gunakannya untuk menzahirkan sesuatu yang hadhari lagi fantasi. Atau anda ingin menjadi penganjak paradigma, menyampaikan ilmu, berkomunikasi menggunakan media untuk menyampaikan sesuatu seperti yang tedapat di dalam Youtube.
Para karyawan grafik kini beruntung sekali dengan adanya beberapa klip video yang mengajar bagaimana mengeksploit Photoshop untuk pelbagai kegunaan grafik. Untuk yang berminat, silalah ke S I N I .
Entri saya sebelum ini, Tarian Hadhari, sebenarnya bikinan insan yang cukup kreatif dan ia boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk anda terokai teknik mengadun audio dengan video yan berasingan. Pernah dengar Adobe Premiere? Itulah sofwer yang anda perlukan jika anda ingin bermain dengan video. Selamat Mengajak Paradigma!
Din,
Jangan setakat blog saja, Saya ada lagi wawasan lain, nanti saya masukkan entri baru mengenainya, Pasti menarik!
10/05/2007 pada 3:55 pm
Tom,
Wah…blog hang berwajah baru pulak. Aku sendiri tak sempat nak update blog sendiri kerana sibuk mengendalikan web jabatan. Tapi, percayalah Tom, sejak ketagih blog ni, banyak benda baru aku belajar. Dulu orang tak kenal RTM Sri Aman. Kini tidak lagi…aku dah palu gendang seluruh dunia!