Posted by: rastom on: 17/07/2007
Setelah wang rakyat habis berjuta juta ringgit untuk (meraih kekalahan) Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia pun letak jawatan. Dikuti pula teladan Tengku Dollah oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad. Sungguh terpuji amalan ini!
Sementara Tetuan el Hakim bersyarah perihal etimologi Pengecut diblognya, dan sebelum itu perihal orang Malaysia tidak layak bermain bola, apa kata kita mengambil jalan tengah? Lantik saja TG Nik Aziz atau mana mana tokoh pembangkang sebagai kepala untuk bolasepak Malaysia.
Dari segi ekonomi pula, segala usaha yang mencurahkan wang juta jutaan untuk bolasepak ini samalah juga seperti belanja yang kerajaan keluarkan untuk meneruskan talian hayatnya kepada industri automobil nasional (ejaan otomobil yang EON gunakan itu standardkah?). Jika tiada kelebihan komparatif, ada baiknya tidak diteruskan usaha ini, malah elok saja ditumpukan kepada satu bidang sukan yang kita punyai kelebihan komparatif, yakni badminton. Bijakpandai Melayu pernah berpesan, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Atau tumpukan pada sukan Congkak je.
Mak saya yang dah tua sekolah zaman Jepun pun expert kalau main. Tak yah tabur jutaan ringgit.
Tuan Rastom,
Kenapa bola sepak Iraq jauh lebih maju dari kita sedangkan saban hari dihujani peluru dan bom?
Pelik juga, kalau dibaca akhbar seolah olah sudah ranap seluruh Iraq. Ini petanda bahawa suratkhabar langsung tak boleh dipercayai.
Mungkin sebab dia orang kena dribble bola tu sambil mengelak peluru dan bom.
Macamna bolasepak kita nak maju, kebanyakkan pasukan yg bertanding dalam liga Malaysia mewakili haiwan. Bermula dgn singa utara, kenari, harimau kumbang, seladang, gergasi merah, badak, tok gajah, penyu dsbnya. Mananya nak paham arahan juruletih. Haiwanlah katakan.
Itulah pasalnya, asyik meniru gaya Barat, konon namakan maskot binatang untuk pasukan. Pandai meniru yang hampeh, strategi dan tektik tak pandai tiru.
ajet66,
Banyak-banyak komen, komen awak paling menarik!
Saya perempuan… tidak seronok bercakap tentang benda bodoh yang dipanggil “bola” oleh kaum lelaki.
Puan, zaman mendatang jangan terkejut, 90% penonton bolasepak nanti perempuan!
The Koreans asked God when will they win the World Cup.
God said in 100 years.
The Koreans cried.
The Japanese asked God when will Japan win the World Cup.
God said in 200 years.
The Japanese cried.
Malaysians asked God when will we win the World Cup.
God cried.
17/07/2007 pada 10:30 pm
Baginda Elrastom,
ttg HANYA memajukan sukan BADMINTON satu itu, memang terlampau aku memuji ya-amat.
kernanya jika dilihat negara2 yang lebih bersifat logik dalam memberi keutamaan mengikut kecenderungan rakyat jelatanya seperti dajjal-Amerika-syarikat bahawa,
soccer/Bolasepak TIDAK langsung mendapat liputan yang menyeluruh dalam media massa mereka walaupun tahap serta mutu permainan Amerika dalam soccer ini agak membanggakan pada tahap duniawi.
Budget utk sukan soccer ini di Amerika juga adalah antara yang terendah dan mungkin tiada—entahlah.
walaubagaimanapun mereka dapat bermain jauh agak baik berbanding dengan pemain Malaysia yg berbekalkan pecahan-skala budget yang tinggi berbanding mereka.
down to Malaysian soccer,
hidup Kakitangan Awam Melayu!!!! (10x)
heh..heh..