Bukti kukuh akhbar Melayu memariahkan bangsa
Posted by: rastom on: 21/09/2007
Akhirnya hari ini keluar juga cerita Lingam Tape di Utusan Malaysia, selepas satu dunia sudah tahu. Memang patut angka jualan dan edarannya merosot. Cara treatment story tersebut pun dibuat takut takut seperti orang tiada keyakinan diri. Masih lagi mau mengaku sebagai Penyebar Fikiran Rakyat.
Entri kali ini menyorot soal bahasa, kerana kata orang Bahasa Jiwa Bangsa. Kata “memariahkan” bukan perkataan baru. Dari akar kata “paria atau pariah”. Saya gunakan hukum “-pa = -ma” seperti :
pasar jadi memasar
pendek jadi memendek
Contoh ayat:
Untuk memasarkan idea neo-feudalisme Melayu, akhbar akhbar Melayu berusaha sebaik mungkin memendekkan fikiran bangsa dengan mengontotkan cerita cerita benar tetapi menggembur subur cerita cerita karut dan bohong. Itulah usaha memariahkan (atau memariakan bangsa)
Sehingga di lain kesempatan, selamat membaca!
22/09/2007 pada 12:30 am
Aku berfikir rugi membaca Penyebar Fikiran Rakyat kerana fakta di dalamnya menyebabkan otak kita akan letih berfikir.
Betul atau Palsu berita ini.
Memang betullah dan kena dengan namanya.
elhakim,
Khabarnya akhbar ini akan mulai dicetak menggunakan BI sesuai dengan dasar Belajarlah Bahasa Engrish!