Posted by: rastom on: 24/10/2007
Puan SifuPTS: Dulu suka (wordpress), sekarang benci… biasalah tuuu… lelaki!
Mana biasa pula. WordPress memang idaman hatiku, tetapi cara kendalian syarikat hosting WordPress.com sangat terhad. Tetapi WordPress sebagai enjin blog memang boleh dikira open source yang advanced berbanding yang lain – cuma bila ia berdiri di atas domain sendiri. Sekarang di WordPress.com saya ibarat seperti bertunang saja, tak boleh mekap dan godek godek dalamannya. Tetapi bila sudah ijab kabul (di atas domain sendiri) hehehe, cinta selepas kahwin..faham fahamlah hebatnya.
roh elhakim :Betul kata Arwah P. Ramlee..sedangkan lidah lagikan tergigit..
el hakim al melayuwi, WordPress tetap unggul, tetapi kecantikkannya terhad, kerana syarikat WordPress.com tak kasi peluang users menggodek godek ciri ciri kelebihannya. Hidup WordPress!
Siti Hajar: Perempuan tidak akan ikut tour tuan, kecuali dia itu peneman lelaki tua itu dan sudah tentu bukan perempuan itu bukan peneman yang sah di sisi undang-undang.
Turis inbound dari luar negeri biasanya merasa lebih selamat dengan tour orang tua tua. Sebelum ini pernah banyak kali berlaku kejadian sumbang yang disumbangkan oleh para operator muda
…..aha teori Cik Siti benar untuk pelancong tempatan barangkali, tetapi nampaknya Cik Siti (dulu) Nurhaliza sudah memulai satu precedent baru. Hehehe..
emio :tak sompek nak main2 dgn drupal lagi.. EE pun x lepas.. hehehe..
EE macam yang ada di UNIKA? Susah tu, kalau dulu UNIKA guna WordPress, nampak lebih mesra pengguna, tapi sejak di gunakan EE rasa macam blog gomen pula. Mungkin selain daripada tidak mesra pengguna, EE juga tidak mesra admin?
avataraang:aku masih bereksperimen dengan blog lagi..pengunjung yang datang ke blog aku masih x constant lg la..kejap ade,kejap xde..macam chipmore..hehehe
jadi kesimpulannya aku takut dengan adanya domain sendiri akan membawa kerugian kepada diri aku sendiri…
Itulah sebab kena ada niche, satu pengkhususan. Saya pun tengah tercari cari apa niche untuk blog saya. Tentang kerugian tu memang betul..sebab sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian melainkan………(tambah sendiri).
Pembebel:Dier rugi sebab takde blog. Kalo tak, mesti hits gila babeng banyak giler.. Er..
Nanti kita tanya dia dalam mikrograviti boleh bikin blog ka? Balik dari angkasa nanti sebok tempah baju untuk majlis terima bintang pula, mana ada masa tulis blog hehehe..
Tuanku Rastom,
Hahaha! Saya ada mood hendak bergurau pula hari ini…. hahaha!
Bercakap tentang bercinta selepas kahwin, saya pun faham juga. … maksudnya, bercinta selepas kahwin (lagi)… hahaha! Itu yang paling best! Hahaha!
Hahahaha (nasib baik Ramadan habis, gelak diluar kawalan) kalau tidak habis berderai puasa. Puan ada beda yang banyak antara perasa WordPress yang di hoskan percuma di WordPress.com dengan yang seketul kita ambil daripada WordPress.Org kemudian di instalkan sendiri, godek godek sendiri di domain sendiri. Berkenaan klien blog EE yang UNIKA gunakan itu saya terasa macam blog gomen pula, terlalu “pegawai”, skima habis! Hehehehe… Terasa saya macam dari kampong masuk pejabat gomen, buka kasut, masuk jumpa Puan berkaki ayam …
WordPress yang dibayar, boleh juga digodek CSSnya. Kan?
Ya, setakat CSS saja, boleh mekap tapi tak boleh plastic surgery (memasukkan javascript, php script dsb).
24/10/2007 pada 11:22 am
hehe..
jual beli pukal ni..
jawapan setempat untuk soalan tuan :
// Rastom.net masih terkial kial mencari niche, entah apa nak jual?//
ala brader.. jual lagu2 lama.. lagu2 klasik ke…
tuan ada akses kan?
//Apa butiran eksperimentasi ni?//
Haha.. perlu ada ya tuan?
satunya.. imejan asal diperbesarkan..
duanya.. imejan asal digambar lukisankan..
tiganya.. imejan dicetak ke format .swf dari photoshop..
empatnya.. ujian tidur untuk 2 jam sahaja..
hehe.. ada lagi butiran lain yg terpaksa disembunyikan..
emio, memang geliga sungguh otak macam Belalang! Ok, memang ada akses lagu retro, klasik, jazz hehehe nanti nanti kita rangka rangka tengok…bijak bijak! Pasal ekpreimentasi tu memang satu lagi kerja geliga pakai main tekan tekan bagi sofwer buat kerja..kalau dalam Linux boleh buat skrip lagi tapi masalahnya untuk Linux tak ada yang secanggih jenama Adobe CS3. Terpaksa guna GIMP sajala. Kalau masih di kolej ok juga, boleh tumpang sofwer komersil. Ada lagi ujian rahsia selepas tidur 2 jam? Hahahaha!