halwa romantis

Sofwer Open Source yang boleh menandingi sofwer komer$ial

Posted by: rastom on: 26/10/2007

Jika profesion anda memerlukan satu jawapan untuk membangunkan portal untuk sebuah majalah atau akhbar online, kini enjin blog seperti WordPress dengan theme yang dibikin dan dijual Brian Gardner sudah ada. Enjin WordPress percuma tetapi theme Revolution kena bayar upahnya. Satu lagi sofwer Open Source yang sedang saya amat amati ialah Drupal. Keupayaan Drupal sebagai CMS nampaknya boleh menggugat. Cuba lihat bagaimana ia digubah untuk portal akhbar The New York Observer. Butiran untuk melihat apa yang dilakukan ada di SINI. Saya rasa ini lebih canggih dan selesa mata memandang daripada akhbar Utu$an Online, Mstar atau Berita Harian yang menggunakan teknologi swa$ta. Ini satu peluang untuk para webmaster!

4 Respons kepada "Sofwer Open Source yang boleh menandingi sofwer komer$ial"

WordPress telah memenangi Open Source Social Networking CMS Award bagi tahun 2007.
Elgg dan Drupal berkongsi tempat kedua.

Baca di sini: http://photomatt.net/2007/10/29/best-open-source-social-networking-cms/

:)

mudin001, ya saya sudah baca berita itu. Elgg pula nampaknya sesuai untuk kolaborasi, atau satu komuniti yang aktif.

“daripada…akhbar Utu$an Online, Mstar atau Berita Harian yang menggunakan teknologi swa$ta.”

mereka tak mampu atau tak mampu atau keduanya atau tak sampai seru? :)

Duit ada, kreativiti yang kurang. Ini penyakit orang kaya.

salam. yap.. itu REVOLUTION kelihatannya menarik.

DRUPAL.. blum smpat slongkar lg..

Tuan sudah di level mana?

emio, saya masih di peringkat user, belum sampai ke peringkat dev lagila, tapi drupal ni lebih sesuai sebagai portal komuniti, tak sesuai sebagai blog walaupun boleh.

aku ingin berttnya kamo tentang sofwer apa yang di namakan sofwer

Tinggalkan jawapan

Rastom A Rahman

Blog Stats

  • 108,506 hits
free counters