Pantun Nik Aziz

Di pelancaran ECER, MB Kelantan berpantun

Anak Cina memetik selasih
Anyam rotan dibuat timba
Tiada yang indah dalam berkasih
Mimpikan bulan jatuh ke riba

Dan sdr raduan mengingatkan saya satu lagi pantunnya yang menampar halus, kalau yang
ditampar tak terasa, entahlah..

Makan sirih berpinang tidak
Buah keranji dalam perahu
singgah tidak kenang pun tidak
sampai hati buat tak tahu

selamat tinggal pak malau.…..siapa agaknya Pak Malau?

Ucapan aluan ECER

Published by rastom

Panduan bahasa, penulisan terjemahan dan ehwal berkaitan bahasa modern dunia

22 thoughts on “Pantun Nik Aziz

  1. Tuai padi antara masak,
    Jangan nanti layu-layuan;
    Intai kami antara nampak,
    Jangan nanti rindu-rinduan.

  2. Buah jambu disangka kandis,
    Kandis dibeli di tepi jalan;
    Air madu disangka manis,
    Manis lagi senyuman tuan.

  3. ini sesi berbalas pantun atau berjual pantun?

    Tikar pucuk tikar mengkuang,
    Alas nikah raja Melayu;
    Ikan busuk jangan dibuang,
    Buat perencah si daun kayu.

  4. Sdr tertinggal satu pantun lagi, pantun penutup.

    Makan sirih berpinang tidak
    Buah keranji dalam perahu
    singgah tidak kenang pun tidak
    sampai hati buat tak tahu

    selamat tinggal pak malau.

  5. Hahaha! Saya tergelak membaca pantun Tuan Hasbullah Pit!

    Hari malam pergi berburu,
    Merendang ayam dengan jelatik.
    Hati di dalam bagai digaru,
    Memandang janda bertambah cantik.

  6. Tuan Hasbullah Pit (Ini adik beradik Raduan Pit kah?)

    Jelatik itu sejenis burung.

    Maksud pantun itu… dia terpandang jandanya sendiri yang sekarang makin tambah cantik….

  7. Oooo janda sendiri.

    Ingatkan janda rumah sebelah yang anak satu tu…

    Apa orang panggil tu? Jantu? he he…

    Hisssssy! Mana beranak satu, beranak sembilan dipanggil janlan!

  8. buah duku buah kedondong
    udah dulu dong 😀

    Apa dong, pantun pendek sangat…hehehe

  9. kemalang membeli acar
    sungguh jauh bukan kepalang
    percuma saja mempunyai pacar
    kalau tidak rajin sembahyang

    Makan acar di pasar Medan
    daging kugigit rupanya halia
    Memang bertuah empunya badan
    punya pacar pribadi mulia

  10. Pantun ‘Cari Ganti’ Mufti Dibalaih Pemantun Oghang Kampung

    Coretan @ Luahan Oleh zublizainordin

    Dengaq ceghita ada pantun yang dapat perhatian ghamai laa ni. Oghang Kampung pee cek peghiksa tengok, betoi ada. Penuh ngan makna.

    Pada 28 Ogos, 2008, di Blog nya, Minda Mufti, S. S. Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Negeri Perlis, dikarangnya dan terbitlah 4 rangkap pantun. Perincian dan banyak lagi, di sini.

    Tunggu punya tunggu, tak dak yang balaih, di antagha Pak Lah, Anuaq, Najib, atau Ku Li, atau sesiapa yang dok kat keghusi PM, dan siapa yang bakal nak ganti.

    Tak dak yang balaih. Kalau ada habaq mai kat Oghang Kampung, noo.

    Jadi, tak pa, ni pemantun Oghang Kampung coba trai dan jawab ya.

    Pantun 1 Mufti

    kota sarat disimpan tempayan
    zahir berlian disunyi hari
    harta rakyat dijadikan taruhan
    akhir kebencian menjadi api

    Oghang Kampung
    Balaih Pantun 1

    Indah hidupnya di kota saghat
    Berlian banyak dia miliki
    Ghugi pun tiada dia tak ngaku pun jahat
    Kebencian apa pun dia tak peduli

    Pantun 2 Mufti

    gula dan santan diuli roti
    kelapa diparut dimakan sama
    bila kebencian menjadi api
    apa dihasut ditelan semua

    Oghang Kampung
    Balaih Pantun 2

    Ghoti dicanai pekena ngan kaghi
    Makan soghang puih sendighi
    Biaq pee lah benci sampai berapi
    Penghasut dia tingkah bila tiba nanti

    Pantun 3 Mufti

    anak singa di Pulau Tebrau
    anak tebuan seekor lari
    jika negara sudah kacau
    eloklah tuan mengundur diri

    Oghang Kampung
    Balaih Pantun 3

    Di mana pulau ada keghbau balau
    Laghi tebuan dia jeghat nanti
    Biaqlah negagha menjadi kacau
    Mengundur dighi dia pantang sekali

    Pantun 4 Mufti

    pergilah mandi di Titi Tinggi
    jalan tersepak tali pencuci
    carilah ganti berbudi tinggi
    bukan perompak ganti pencuri

    Oghang Kampung
    Balaih Pantun 4

    Ghesort Mewah lebih seghonok dia mandi
    Mata dia cuci jalan dia ghapi
    Biaqlah peghompak biaqlah penchughi
    Janji dibeghi anak menantu dia kelak pengganti

    Ada kawan-kawan pakat sama-sama dok kat kedai kopi Mak Leha kat Cherok nuu, depa satu-satu tanya, siapa dia Mufti dok bidaih.

    Kata kawan nan soghang ni, “macam ku kenal akan dia, tapi di mana ya?”

    Soghang lagi kawan pulak kata, “Luu pikirlah sendiri”. Eishy! Macam Nabil lah pulak dia ni.

    Lepaih itu, Oghang Kampung pun balik ghomah. Bila sampai kat komputer ghiba ni, kelik TranungKite OnLine, maka demikianlah Oghang Kampung balaih pantun Mufti.

    Haghap teghima seadanya ya…

    Lagi, teghima kasih laa noo siapa yang bacha dan komen tulisan Oghang Kampung had dulu nii.

    http://atotalblog.wordpress.com/2008/08/29/a-total-blog-post-19-at-tranungkite-online-leaders-say-kampung-folks-say/

  11. Andai bulan jatu ke riba. Langit tujuh setia mendakap, Intai kasih ke pintu syurga, Bangkit subuh semput mengucap.

    Makan sireh berpinang tidak,
    Kacur hacur di dalam gobek,
    Puan berkaseh mengenang hendak,
    Lebur susur bertalamkan robek.

    aka Calai Au Kaleji
    Mentakab, Pahang DM

Leave a comment