MODENSCHAU IN MALAYSIA: VIEL FARBE, WENIG HAUT

2008 Februari 2
by rastom

modejpg.jpgMajalah berita Jerman Der Spiegel terbaru menyiarkan gambar gambar menarik busana muslimah dengan tajuk MODENSCHAU IN MALAYSIA: VIEL FARBE, WENIG HAUT (pertunjukan fesyen di Malaysia: Warna warni, tutup aurat). Untuk para muslimah, pilihlah mana mana fesyen ini – asalkan jangan fesyen yang menampakkan ‘lesung pipit’ (fesyen pakai seluar nampak bontot).

Fesyen yang ini saya cadangkan untuk Bashirah sebab rupanya seakan akan model tersebut.

7 Respons leave one →
  1. 2008 Februari 2
    bashirah permalink

    Tima Kaseh atas cadangan Abg Mat….

    Lagu TERBARU nie saya tujukan KHAS untuk Abg Mat dan seluruh warga RTM Kedah…..

    Enjoy……………

  2. 2008 Februari 2

    Ya ke tutup aurat tu? Apa definasi aurat? Ustaz Samsuri ambil hampir 1 jam untuk huraikan aurat.

    Kalau macam ni tutup aurat, orang Islam tak boleh maju ke?

    Belum masuk bab tabarruj lagi tu.

    Ooppps! Maaf.

    Mungkin silap forum kot.

  3. 2008 Februari 2

    Aurat adalah “rahsia”.

    Ini pendapat ustazah palsu.

  4. 2008 Februari 2

    Tuan Sheikh Gyrindam Jiwa,

    Tabarruj yakni apa apa perbuatan, perlakuan, pakaian wanita yang boleh menarik perhatian lelaki itu memang satu hal atau topik yang berkaitan. Bila kerajaan Iran mewajibkan setiap wanita yang keluar rumah memakai cador hitam tidak kira muslim atau tidak, riuh satu dunia termasuk dunia Islam (negara orang Islam) mengutuk Iran sebagai menindas wanita. Negara kita yang tidak menekankan unsur unsur tabarruj, cukup hanya menutup dengan bertudung nampaknya sudah gostan kebelakang. Akhirnya ada IPT yang majoriti pelajarnya Melayu menggezetkan bahawa memakai tudung itu tidak wajib. Apakah ini aliran hadhari?

  5. 2008 Februari 2

    Tuanku Elrastomi,

    Ada 2 buah universiti mewajibkan pelajar lelaki memakai nektai! Apa nas yang digunakan bagi membolehkan kewajiban itu?

    Tetapi tidak mewajibkan pelajar perempuan memakai tudung.

    Kata Farouk Afero, “Dunia sudah benjol!”

  6. 2008 Februari 4

    Agama rakyat menurut agama pemimpinnya. Tak gitu?

    Iklan: Galeri pengantin muslimah diusahakan suku sakat saya, http://www.puteris.com. Kerabat-kerabat orang utara jugak.

  7. 2008 Februari 4

    Manusia diberi akal dan fikiran utk berfikir dan membuat keputusan. Pilihlah bagaimana mencorakkan dunia atau akhirat masing-masing.

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS