Posted by: rastom on: 12/02/2008
Benci sungguh saya dengan perkataan koridor. Sejak kebelakangan ini bermacam macam koridor ada. Dulu heboh dengan koridor raya, hasilnya yang raya hanyalah sebuah syarikat monopoli internet yang memberi servis macam tahi. Saya benci perkataan koridor kerana ia diumang umang oleh orang yang berlagak pandai. Macam sudah tandus bahasa Melayu. Saya benci dan meluat perkataan yang ada bunyi seperti “dor” dan “dur” . Tidur, kundur, mundur, dumbledore, mandor, kendur, undur. Benci, benci benci!
tn elrastumi el-adulyadej,
cuba kita analisa wajah2 wanita personaliti tv3, NTV7, rtm1 dan 2 apabila mereka mula menyebut koridor raya multimedia.
sebutan mereka agak konfident dan bersemangat.
apa yang kau rasa?
rasa teruja? sayang ? berahi ? atau semakin menyampah?
he..he..he
Tuan el Hakim el Barakbah el Mutawakkil,
Pengacara TV tv malaysia kalau nak saya analisiskan nanti jadi satu kitab tajul muluk. Apa yang amat ketara ialah persembahan yang over-acting, berlebih lebihan itu menjadi daya tarikan kepada para pengurus yang mengambil mereka. Contoh sederhana pengacara profesional TV luar negara tidak diambil – rupa dan cara sederhana tetapi di muka mereka tepancar wajah perempuan cerdik….cuba cuba cuba perhatikan sekali lagi hehehe
Aku suka idea decentralizekan pembangunan,
dulu asyik2 lembah kelang, lembah kelang lembah kelang,
bagi aku, kalau nak decentralizekan pembangunan, pindahkan sahaja apa yang ada di lembah kelang ke tempat lain.
sudah tentu tempat itu akan maju secara automatik, paling tidak pun maju sedikit.
Tuan Sebol, idea decentralize memang bijak tetapi nampak belang berjalur jalur gemilang bila hampir pilihanraya hehehehe, jangan jadi MML – Melayu Mudah Lupa tau, dah lama dah, 50 tahun dah…
Adumak! Sakit perut aku menahan gelak (saya keseorangan di rumah saat ini….)
El Ustazah Falsu el ummul kutubi,
Apa kata lepas pilihanraya nanti kita buat pula Koridor Buku Melayu!
Salam Pawang Buaya el -Rastom wal boya.
koridor ana tak tau…kari mamak ana tau. itu restoran ALi Bistro manyak sedap dia punya kari kambing. hehehe…tang lemak-lemak yang paling menyelerakan syahwat. Anta patut try.
Ana sanggup bersetuju dengan anta. Itu “Servis macam tahi kambing bulat-bulat”. Koridor Multimedia konon…depa ni gempar jer lebih…akhirnya yang ana tau…koridor multimedia tu ialah…kedai2 komputer yg berlambak yang banyak jual aksesori dari taiwan kat Low Yatt Plaza…yang tak bestnya…sekarang cd software pirate Adobe sudah tarak. Hilang lesap. Ana dari dulu support cd pirate sebab murah giler BAB.
Yang ana tau sekarang koridor mulmedia bermaksud beli Adobe Software yg original dgn harga tak kurang drp RM2500 satu jenis. Hebatkan? muraah tueee…hehehe
err lagi satu…wahai Pawang Rastom, definisi koridor multimedia bagi ana ialah…bila kita bukak itu youtube …sambil tengok tersekat-sekat. Kualiti server tahap cipan. (yg benda ni…kat oversea tak pernah rasa pun)
Bestkan Malaysia? Jampi sikit Pawang RAstom…fuuh…fuuh…pppooodaaah!
Tuan Moderator el Modesto!
Kari kambing jangan disebut, melecur lecur air liur ana. Dalca yang cukup ISO pun sudah memadai, apa lagi kalau ada kari kambing. Kari kambing local ada sikit bisa bisa Tuan, tapi kalau kambing biri biri boleh tahan juga. Dulu ada juga cadang mau buka koridor kambing dan lembu tenusu tapi overhead terlalu tinggi apus kepala, mana boleh tahan, lainlah Tuan Moderator ada connexion dengan Khairydoor, sebut saja berapa juta hehehehe.
jangan benci koridor
bilion trilion sudah lebor
siapa kata PM tidur
dia hanya bertafakur
bermula dari johor
satu negara jadi koridor
khairydor sudah tersohor
jadi bahan penglipor
sugul koridor raya multimedia
koridor ekonomi pula ceria
setelah berdemo di jalanraya
jom berpesta pilihanraya!
Tuan Fudzail! Cantik madah koridor Tuan hahaha dia hanya bertafakur..bukan beruzlah! TAk balik ngundikah atau boikot?
Koridor asalnya hendak membawa maksud pembangunan sekitar 3 tempat, KLCC, Putrajaya dan KLIA, yang secara fizikalnya terhubung dengan jalan raya. Kebiasaan di Malaysia, terkenal sekali dengar pasar-pasar siang, pasar lambak, pasar malamnya. Di kedah dipanggil nat.
Kalau kita terjemah pada bahasa melayu, boleh saja di samakan dengan Pasar Lambak. Jadi Koridor Raya Multimedia menjadi Pasar Lambak Raya Multimedia. Koridor Pembangunan Utara menjadi Pasar Lambak Utara, Pasar Lambak Timur, Pasar Lambak Iskandar.
Nat Pembangunan Utara pun sedap didengar.
Rancangannya mahu balik juga ini seperti 2004, untuk penamaan calun, tetapi mungkin tidak sempat……..belum cukup wang pencen untuk jadi calun…
Kalau mahu bertanding sekarang di kawasan mengundi kena lawan JJ, gergasi politik perdana, (yang juga bukan orang K Rompin).
Lawan Tetap Lawan!
Walaupun Pak Lah kuat tidur… dia belum kendur. Tak caya tanya Jeanne (baca Jin)!
shalom,
hahahaha!
koridor ya? teringat pula saya pada perkataan serambi dan durian…
Dalam bahasa Jawa, bunyi senapang meletup adalah…
Dor! Dor! Dor!
dur yang lain ialah gus dur… hahaha
12/02/2008 pada 4:59 pm
“door” itu gunanya untuk menutup ruang utama di depan rumah supaya mereka2 yang tidak berkenaan, tidak boleh masuk atau menjenguk sesuka hati mereka…
Tuan anakkawi, ya tak ya juga, ada door to door salesman, ada pula ahmad al-door hehehe