Posted by: rastom on: 19/05/2008
Tun Mahathir khabarnya keluar meninggalkan partinya. Keluar dengan harapan semoga ramai yang tidak bersetuju dengan Pak Lah juga akan menurutinya. “Keluar dan jangan masuk parti lain sehingga Pak Lah turun”. Bunyi macam budak budak tetapi ini dikatakan strategi kerana ia tindakan orang veteran parti. Jika orang Melayu masih mudah lupa, tindakan beliau ini mungkin sesuatu yang mengejutkan. Dulu orang Melayu yang mudah lupa amat terkejut dengan strategi mematikan UMNO lama dan beliau wujudkan UMNO Baru. Jangan mudah lupa! Mahathir jadi kuat kerana permainan sentimen Melayu kerana beliau tahu psikologi Melayu sangat sentimental. Apakah tindakannya keluar parti bakal menyaksikan exodus yang bakal memendekkan usia dan sokongan kepada UMNO?
Mahathir bukan Anwar. Beliau kuat dan mulai berkuasa dengan tunjangan jentera jentera kerajaan. Tanpa dokongan aparat kerajaan tindakannya hanyalah mengesani beberapa pihak yang pernah mengaut untung dan kuasa. Malah orang yang pernah diangkatnya sudah mulai berpaling tadah. Tanda tanda menjelang senja sudah kelihatan. Bersiap sedialah!
KEMPEN MAKAN UBI KELEDEK UMNO!!!!
JANGAN BUANG NASIIKKKKK !!!!
Nasi sudah jadi bubur cha cha, mambo, rhumba tango.
Vicious cycle atau kitaran setan….kalau yang menubuhkan UMNO (Baru) sendiri sudah cabut, maka titanic ini mulai karam!
Kitaran IWK ada juga faedah, ini kitaran ular sangat bahaya.
Mudah saja, my dear Dr Rastom d’Watson (elementary, my dear Watson..)
“Bukankah politik itu satu seni serba mungkin?”
Jangan kita orang Melayu jadi mudah lupa. Tun memang orang yang licik, tariannya memang susah ditelah.
“Setiap yang mula akan berakhir…”
Tarian apa Tun persembahkan? Tarian ular nagakah?
ini sarkis sudah jinak..sudah berapa lama mereka berlatih!
RMC – Sarkis Di Raja Malaysia tak pernah habis berlatih. Mana boleh lawan dengan MIC – Malaysian Indian Circus.
20/05/2008 pada 12:21 am
Moga-moga lebih cepatlah Anwar masuk parlimen. Amin!
Bila? Bulan September? Ada kaitan dengan lagu September Shariffah Aini?