Posted by: rastom on: 22/05/2008
Di manakah Tuan belajar bahasa Melayu? Di Madrasah atau di Madras. Guru saya pasti akan menepuk dan melepuk muka saya jika bahasa tuan jadi rujukan. Tuan seorang negarawan ulung, itulah yang mereka katakan. Tuan juga pandai merumuskan dasar dasar yang bersangkut paut dengan aspek kebahasaan tanpa merujuk orang yang ahli. Hari ini saya terbaca bahasa Tuan yang menepuk dulang. (Rujukan Malaysiakini saja , kerana blog Tuan semuanya dilanggani oleh mereka yang melihat Tuan serba sempurna.) Akhirnya blog Tuan jadi begitu rupa – sebagai alat membidas bidas. Apa perlunya seorang yang bertaraf negarawan membidas bidas dan mengungkit ungkit. Apakah perlu saya jelaskan apa yang kita harapkan daripada seseorang yang layak digelar negarawan atau perlu saya bedakan antara negarawan dan/atau negarawang ringgit?
tun patinggi Tuanku elrastom,
Tulisan ni, hang tak takut ka ????
Mahathir masih berkuasa.
SB-SB massih berkeliaran lagi di sana-sini;
p/s: satu lagi tuanku-elrastom telah melukakan perasaan seseorang yang dulunya menjadi pelanggan tetap blog ini. Sejak peristiwa itu, aku tak nampak lagi kelibat ia di sana sini. mana pergi? aku pun tak tahu.
=======GLOSSARY =========
berkuasa = berkuasa dalam blog
SB = siput-babi.
(he..he..he..)
Tuan Padiyappa el Hakim Gnanalingam,
Adapun budaya blog memblog itu telah melahirkan satu bentuk keterbukaan yang amat songsang dengan budaya salam depan tetapi belakang terajang bontot yang tersangatlah mewabak di kalangan orang orang kita. Hatta budaya itulah yang menggerogoti parti Melayu itu sehingga ia menjadi objek lelucon dari Kg Seri Wangi hinggalah membawa ke Ougadougou di Burkina Faso. Jika perasaan seseorang itu terluka, terimalah hakikat bahawa media internet ini, alat yang kita gunakan ini adalah untuk menyatakan apa yang kita amati dan yang kita yakini akan kebenarannya – bukan berdasarkan imaginasi semata mata tetapi nah, fakta. Kebenaran itu menggoncang tanpa memilih darjah, kerabat, pingat atau jawatan di dalam parti.
hehe…
belum habis lagi…
kdg2 boleh diumpakan suatu entry itu satu peluru yg menembusi.
jika byk entry yang diterbitkan maka byklah peluru2 yang menembusi.
kelihatan jua oleh aku akan suatu badan yang ditembusi oleh peluru2 hidup bertubi-tubi.
arakian…hancur luluhlah badan-badan itu.
Sebenarnya itu tak penting.
kerna
terpulanglah ke atas hak masing2 dengan daya keinginan masing2 yang telah ditetapkan.
Yang aku hendak menitiberatkan adalah seperti berikut:
“SOKONGLAH KEMPEN MAKAN UBI-KELEDEK DAN UBI-KAYU IMNO!!!”
dan
“JANGAN BUANG NASIIIIKKKKKKKKKKKKKK!!!!!”
hehe…
23/05/2008 pada 12:32 am
salam. aku baca-baca dulu…
Dipersilakan membaca baca dulu