halwa romantis

Pantun untuk Ezam

Posted by: rastom on: 23/05/2008

Pisau seraut dua tiga
Letak di peti dalam perahu,
Dalam laut boleh di duga
dalam hati siapa tahu.

Anak punai anak merbah
terbang rendah mencari sarang,
Anak sungai lagi berubah
inikan pula hatinya orang.

Anak merbah terlompat-lompat
anak andung ketitiran,
Yang dialah tiada dapat
yang dikendung berciciran.

Raut bilah pembatang taut
kail berada dalam raga,
Tidak sudah seluang melaut
akhirnya balik ke tepi juga.

Notakaki: Tuan  Nagabulat, terima kasih banyak. Usaha Tuan dengan koleksi pantun ini sungguh berfaedah.

13 Respons kepada "Pantun untuk Ezam"

The principles are lost in Ezam’s journey,
That is politics, politics, politics;
Lompat sana, lompat situ, lompat sini,
Sour grapes, sour grapes, sour grapes!

Ezam’s what u’d called eine ueber-ambitious politician who only knows nothing else besides politics.

tanam keledek rapat-rapat
Agar puyuh tak lepas lari.
Ku pinang jawatan Tak dapat2
akanku pergi tukar parti

Kecewanya sa-orang pejuang apabila berjuang tiada menang.
apabila berhenti jadi pejuang, tiba2 pasukan yang dipimpinnya menang.

itulah akibatnya.

TAK DAPEK DEN NAK NOLONGG HAAA….

walauapapaun.. perlu diingat..

KEMPEN MAKAN UBI KELEDEK UMNO!!!
Ezam kini dah hilang sabar
Marahkan Azmin dia keluar
Nampak cerdik lagi pintar
Boleh bersaing dgn Tun Ghaffar

Bodoh bodoh bodoh bodoh
Bodoh bodoh bodoh bodoh
Bodoh bodoh bodoh bodoh
Bodoh bodoh bodoh bodoh

Er. Tu pun kira pantun gak kan? Ehehe.

Affuan, ini dikira pantun ikut laras VK Lingam yakni teori correct-correct-corrrect.

Ezam Mohd Noor, seorang insan yang berpotensi besar dalam kepemimpinan negara. Dia seperti bintang yang cemerlang, gemilang dan terbilang berpolitik di Shah Alam hingga ke seluruh Malaysia. Barangkali mungkin gamaknya, semasa masih muda, ada pendaman cita-cita di hatinya dan dia tahu bagaimana cita-citanya itu dapat dihasilkan menjadi buah yang ranum untuk dirinya. Tak salah. Siapapun boleh begitu. Dalam UMNO, laluannya sudah pun cantik. Tapi dia keluar UMNO untuk menyertai Parti KeADILan, untuk menegakkan satu kebenaran. Okay. Satu pilihan ramai juga yang turut buat. Dia berjuang dalam Gerak demi satu misi padu dan jelas. Bagus. Orang lain pun begitu dengan cara yang lain pula. Dia kembali ke pangkuan UMNO untuk suatu jalan ke puncak suatu pilihan yang selesa. Menarik. Orang lain pun boleh keluar masuk, lompat lompatan. Jadi, apa yang buruknya sehingga dia semacam boleh jadi malang, kecundang, dan lintang-pukang? Samalah peringatan kepada semua pemimpin. Bila berkata siang pandang-pandang, bila berkata malam dengar-dengar. Kemudian, bak kata orang Perak, Kita Kena Kota Apa Yang Kita Kata. Juga, bak kata orang Kedah, Sini kata lagu lain, Sana kata lagu lain pulak. Pemimpin seperti Ezam bila bercakap perihal Integriti, Korupsi, dan seumpama, dengan gaya dan nada berucap pinjaman dari Pak Sheikhnya itu, dilihat ramai dengan ukuran konsistensi. Jika tidak, bloggers mudah mencungkil pendiriannya yang berubah-ubah, dari ukuran 3 Ta, Harta, Tahta, Wanita. Apa macam?

Aku pulak pantun:
Aku dan Rastom Pernah Di Padang,
Lalu Ke Seberang Mencari Buah Setul,
Betapa Sedap Mata Memandang,
Berat Lagi Bahu Memikul.

Satu lagi,
Setelah Di Perlis Ke Kampus Kami Pulang,
Seronok Di Hati Tidak Gatal Punggung,
Betapa Mudah Kata Boleh Menjulang,
Lama Sengsaranya Jiwa Menanggung.

Rastom, hang punya pantun, mana?

Roti canai kuah parpu
cicah dengan roti perata
bila ingat kisah dahulu
rasa menitik si air mata

Kasim Selamat mencucuk mata
Angkara bengang dengan mertua
zaman remaja pernah bersama
Bila dewasa berjumpa semula

syabas!
am learning from all the pantun si-fus.. ;)

[...] Halwa Romantis and some others have composed some pantuns too. Ah, Ezam, such inspiration! [...]

andainya para yb yb parlimen malaysia mempromosikan diri dengan pantun agaknya lebih meriah pilihanraya lepas, gelanggang berpantun ..hehehe ..pasti mereka kalah dengan bloggers..well as always..:)
lead, memang ada yang pandai pantun tapi banyak pantun bodek masa perhimpunan agung.

anak selar si anak ketam,
anak ceti main piano;
mahadet keluar masuklah ezam,
hasrat di hati nak pulihkan amno.

kalau tuan memotong buluh,
tak cukup parang gunalah kapak;
kalau nak tahan gunung yang runtuh,
takkan nak cukup dua telapak.

anak ceti main piano
towkay cina gesek biola
jangan main main dengan umno
nasib tak baik jadi bola

Lawan tetap lawan!
Bunyi tawar kalau keluar dari mulut Ezam. Tak ada umph!

jangan suka hentam keromo
kena dulu usul periksa
anwar dulu pun nak pulih umno
akhirnya lebam sebijik mata

pulau kapas sudah tersohor
kapal labuh siang dan malam
kalau bekas tersangat kotor
orang tak basuh dari dalam

bersekutu bertambah mutu
slogan malaya zaman dahulu
jangan tuan buat tak tahu
ada udang sebalik batu

Pantang Kelantan sebut mempelam
Bunyi seakan macam mencarut
bila bahtera Umno tenggelam
segala khazanah pakat nak rebut

Pencuri di Kedah disebut kawaq
Siang mengantuk malam buat kerja
Sukahati depalah nak masuk ka keluaq
Rakyat yang bijak dok tengok saja

Confirmed! Ezam Mohd Noor telah kembali menyertai UMNO sebagai ahli, setelah sebentar tadi borang keahliannya diserahkan kepada Abdullah Ahmad Badawi, di pejabat PM di Parlimen. Petikan dari The Malaysian Insider: And when someone asked how Umno could take Ezam back as he had been highly critical of the party in the past, the PM said, “Mungkin dia insaf (he has repented).” InsyaAllah esok, sidang media Ezam Mohd Noor. Siapa lagi ada pantun?
Mungkin dia insaf, kesian dia…tsk tssk tsk

Baru aku terbaca pantun hang Rastom. Aku bukanlah seperti Kasim Selamat, tapi pantun mu itu, aku pulak menitik air mata. Syokkan zaman dulu dan zaman kini kita bertemu semula, ibarat Husin Lempoyang, mesti dia jerit, Wow!

Hang dok baca tang mana sampai tak nampak pantun tu? Wow!

[...] Especially there are some pantun on Ezam Mohd Noor at Halwa Romantis Blog. [...]

Tinggalkan jawapan

Rastom A Rahman

Blog Stats

  • 108,506 hits
free counters