Posted by: rastom on: 26/05/2008
Prof Chandramugi: Dulu lagi saya sudah cakap Umno feudalis, tetapi siapa yang peduli?
Prof Kang Kong: Mungkin mereka tak faham Prof, Tuan tulis bahasa terlalu tinggi, bahasa pula bahasa Inggeris. Mana boleh orang Umno faham. Mereka bukan faham makna feudalis, komunis pun mereka fikir yang beruniform dan selalu bawa senapang.
Prof Chandramugi: Mana boleh tulis bahasa Melayu, orang Melayu baca dua muka surat saja setahun, buku saya bukan 2 muka surat tau! Prof mesti faham, PM kita yang banyak jasa dulu pun tulis Malay Dilemma dalam BI. Baru nampak class sikit…
Prof Kang Kong:Tapi, Prof dulu kuat hentam UMNO, kata feudalislah, otak udanglah tapi sejak kebelakangan ni Prof macam beria ia sokong UMNO….ada niat nak jadi ahlikah? Maklumlah, macam slogan kad Amex tu – “Membership has its privileges.”. Prof sekarang pun nampak hidup selesa, tak macam dulu, bergaduh dengan budak budak pembangkang sampai ada cerita Prof mengamuk dalam mesyuarat.
Prof Chandramugi: Dulu saya muda, Prof Kang pun muda, macam macam idealisme kita dulu bukan? Sekarang dah tua tua mau lawan apa lagi?
Prof Kang Kong: Oh, Prof mau masuk cuci feudalisme UMNO dari dalam macam Ezam mau cuci rasuahlah?
Prof Chandramugi: You ni otak geliga sungguhlah Prof Kang. Tak sangka diam diam berisi macam ubi keledek. Patut tukar nama jadi Prof Ubi Keledek lagi cool. Negara kita pun sedang kempen makan ubi keledek. You memang layak dinaikkan pangkat jadi Prof Emeritus, setujukah?
Ahhh….you just keep quiet, don’t say anything. Saya angkat telefon saja. Ingat ya, jangan bising bising.
Ku Siram Budi.
Ku Siram Kasih…Sejati..
Harapkan Subur Murni.
RUPANYA TAK MENJADIIIIIIIIIII………………..
“KEMPEN MAKAN UBI KELEDEK iMNO”
Harapkan subur murni
Rupanya tak menjadi
pasang angan di dalam mimpi
Dah jadi haram di banyak negeri
Itulah ajaran Islam hadhari
tetuan elrastom iguana el-hajj,
memang sah…..
makan nasik sa-orang diri
pilu merawat hati
rela hidup menyindiri
mengikut ezam pergi
pergi yang tak akan kembali
hehe
Tolong sikit! Jangan sebut “profesor emeritus”…. sensitif!
Hehehehe
haha…dah lama xgelak begini no,hahaha
shah, komedi di peringkat tertinggi negara lebih brutal
jgn biar hati MENGUASAI akal fikiran..tp jgn gak biar akal fikiran MEMATIKAN hati…
Kalau akal sihat bagaimana?
27/05/2008 pada 12:44 am
Aku hanya faham perumpamaan yang berbentuk binatang sahaja
Hang terlalu banyak baca cerita George Orwell ni!