Posted by: rastom on: 22/06/2008
Entri ini saya tulis ketika otak saya dipengaruhi dadah. Saya bukannya penagih atau ingin menagih tetapi telah dipaksa oleh Tuan Doktor supaya menghabiskan kesemua dadah yang beliau berikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Selesai sesi rawatan saya pun tunggu hingga nama dipanggil. RM30 saya hulurkan kepada Cik Siti yang tersenyum sambil memberi arahan kepada saya,
Cik S:Encik kena ambil pil ini 2 biji 3 kali sehari selepas makan.
Kerana mood saya dalam keadaan demam begini sukar dikawal..
Maka saya mulai satu sesi soal jawab dengan pembantu ubat itu. Saya dapati hampir kesemua klinik swasta menggunakan khidmat anak anak gadis atau mungkin juga saya yang tidak sedar diri rumah kata pergi kubur kata mari. Bab ini kita bincang di lain kesempatan. Berbalik kepada arahan cara “mengambil” ubat itu tadi.
Saya menjuruskan lagi soalan kepadanya. Daripada wajahnya besar kemungkinan ia keturunan mami combi.
Saya:Tadi adik bilang (loghat Penang untuk “kata”) saya kena ambil ubat ini 2 biji 3 kali sehari. Boleh adik terangkan cara bagaimana mengambil ubat ini.
Cik S: Ah, Encik kena makan.
Saya: Oh ya, makan….saya ingat kena ambil ambil saja…….
Sekadar mahu berseloroh dengan apa yang di dalam BI di sebut SYT (sweet young thing) saya sebenarnya rasa cukup mengantuk (tidak ada niat atau kaitan dengan mana mana Menteri) dan dengan ini menyusun sepuluh jari memohon maaf dipinta kerana telah ghaib sekian lama di atas sebab sebab kesihatan. Wa ma taufiqi illa billah wassalamualaikum.
Catatan: C’est la vie ialah frasa bahasa Perancis yang cukup terkenal. Untuk maknanya yang brutal…bayangkan wajah P Ramlee atau Nordin Ahmad dan sebut denga nada kecewa…”Oh Dunia”!
sepatutnya kaitkan dengan Menteri mana-mana..Menteri tu mungkin sangat terdesak nak buktikan dia masih ada pengikut! Saya memang sokong dan ikut dia. Tapi dalam tidur saja.
jangan makan dadah enche rastom. makanlah falsafah.
dadah = falsafah = pening = aku hibernasi jadi blogger sebulan lebih.
aku melihat pak rastom sekadar bayangan dalam gua…
Hhehe, bagus sekali Tuan Moderator sekarang sudah pandai baca falsafah Kassim Ahmad! mabruk!
Assalamualaikum Tuan Rastom,
Apa khabar? Sihat?
Yeop,
Dari Sintok pergi ke Siam
Singgah sebentar beli buah pala
harimau mengantuk buaya demam
Kucing di dapur fening kepala
Pantai Penarik ke Pantai Kuala Abang
singgah sebentar bertemu Cik Siti
Dadah ditelan terasa bimbang,
lamanya ghaib masih bercuti?
demam lagi ker…?
hehe
tn elrastom,
sudah sampai masanya kiter menggali perigi minyak di belakang rumah…
bagaikan wajib bangkali!!!!
Demam pus-pus!
SEBENARNYA AKU DAH MENYAMPAH betul cerita pasal LIWAT-MELIWAT NI…
MACAM TAK CUKUP AKAL PULAK DISURUH MEMPERCAYAI.
Polis kata jangan………..polis akan beri ruang..polis akan bertindak secara profesional…..percayalah! hehehe
22/06/2008 pada 3:01 pm
tetuan elrastom,
hehe…
Ingatkan tuan telah join Al-arqam tadi.
ghaib tapi masih wujud
Shhhhhh.. tolong jangan sebut apa apa yang bunyi qam qam gitu,,,,,,,