Batu Sisyphus Melayu bergolek lagi

2008 Jun 30
by rastom

Kumpulan pop Chicago (genre fusion-jazz-rock) baru baru ini mengejutkan para peminatnya dengan menerbitkan album yang lain daripada kebiasaannya. Judulnya Chicago XXXII: Stone of Sisyphus. Album yang ke 22 dan merupakan satu satu band yang berjaya merentasi generasi 60-an hingga kini. Daripada zaman hippies woodstock hingga ke era muzik yang pekat pengaruh hip-hop dan Black Music. Syarikat penerbit albumnya yang asal takut dengan tajuk Batu Sisyphus, tidak komersial, maka keluarlah mereka beramai ramai berhijrah ke syarikat lain.

Batu Sisyphus Melayu pula pernah bergolek setelah cuba ditolak naik dalam tahun 1998 dan akhirnya menghempap parti besar Melayu. Watak mitos Yunani ini boleh dilihat sebagai suatu lambang ketuanan Melayu yang ambitious yang mengenepikan logik dalam usahanya menegak ketuanannya tanpa melihat suasana semasa dan beliau akan terus berusaha menolak batu ini hingga kiamat. Para penganut faham Sisyphusiah ini masih ramai yang berada ditampuk kuasa maka tidaklah menghairankan jika usaha kedua menolak batu puaka ini dihidupkan kembali. Tidak mustahil jika cubaan kedua ini bakal menyaksikan bergoleknya batu puaka itu untuk meranapkan samasekali saki baki ahli Sisyphusiah Melayu kuno ini?

8 Respons leave one →
  1. 2008 Jun 30

    Cakap pasai batu ni, teringat pasal batu tempat kita dok mengail kerapu kat Pantai Kok dulu,jadi sejarah kut tempat itu. Tempat elok2 dimusnahkan atas nama pembangunan..depa tak tau yang pasal semula jadi tang tu.. yang orang luar dalam dok mai.

    pasai batu yang hang dok sebut tu, tak tau sape yang nak tergolek atau sape yang menggolek

    Batu Pantai Kok dan pemandangan dari sudut romantika tu dah habis musnah. Nak tau cerita panjang tanyalah dengan Dato Azhar Mansor. Dia dapat lesen besar buka Telaga Harbour di situ.

  2. 2008 Jun 30

    Saya sangat suka membaca entri ini. Sangat suka!
    Saya sangat suka menulis entri ini, suka banget!

  3. 2008 Jun 30

    Kumpulan Chicago, dengan suara Peter Cetera ini memang diminati diawal remaja terutama semasa cinta monyet menjadi eskapisme.
    Manakala Batu Sisyphus Melayu pula telah melewati (bukan liwat) zaman kegemilangan dan biar, dulu, kini hatta selamanya akan menjadi sumpahan sitanggang kerana terlalu melewati (bukan liwat) kelucahan politik.

    Fudzail, hilang Peter Cetera habis seri tetapi ajaib juga, sampai sekarang masih ngetop, cuba bandingkan dengan kumpulan pop ye ye Melayu – habis berkubur.

  4. 2008 Jun 30

    Wah, tuan Rastom al-Kedahi telah berjaya mendekatkan pengalaman lagenda Sisyphus dalam realiti kini..Syabas! Bukan SYABAS ya! hehe….
    Melayu dan mitos berpisah tiada hehehe….hanya parti itu yang bisa kekalkan survival Melayu, takdir Tuhan di mana?

  5. 2008 Julai 1

    guling-guling macam tenggiling
    -sinchan

    golek golek macam Soi Lek.
    -naruto

  6. 2008 Julai 1
    elhakim at-Tawajjuh permalink

    hehe…
    yg pentingnya uang.
    Ajaran Tun Mat Tahir, wujudkan sebanyak mungkin jutawan Melayu dengan apa cara sekalipun.

  7. 2008 Julai 1

    Bukan kah XXXII = 32?
    Betul, tetapi sikit keliru bila mereka sendiri kata 22 (rujuk) Orang Amerika bukannya faham sangat nombor Roman.

  8. 2008 Ogos 4

    Thank you

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS