Posted by: rastom on: 01/07/2008
Pak Lah kata Musa Hasan profesional, ketika sidang akhbar mengenai kes Anwar vs. IGP dan AG. Mengikut hukum bahasa yang digunapakai oleh PDRM, Chief Inspector jadi Cif Inspektor, maka IGP mesti jadi Inspektor Jeneral Polis bukan Ketua Polis Negara. Saya amat meragui akan sebarang kaitan profesionalisme dengan banyak perkara di dalam negara, bukan setakat kerja polis, malah kesemua bidang kerja makan gaji baik swasta, maupun kerajaan. Daripada setinggi tinggi Jusa sampailah kepada tukang kebun dan penjaga stor atau purchaser di dalam jabatan kerajaan. Tahap mulia Yang Arif bisa di corrrect correct correctkan, inikan pula Inspektor Jeneral Polis.
Untuk meyakinkan orangramai samada seseorang itu profesional atau tidak siapakah yang layak? Apakah Pak Lah seorang politikus profesional dalam ertikata berketrampilan membawa kebijakan di dalam rumusan dasar dasarnya? Jika anda yakini akan keprofesionalan Pak Lah, maka anda boleh dengan mudah menerima kenyataannya bahawa Musa Hasan atau Ghani Patail atau towkey towkey media di Malaysia adalah golongan manusia yang profesional. Lihat statistik jenayah, lihat statistik jualan akhbar Melayu, dan jangan lupa statistik pencapaian akademik IPT.
Hakikatnya, tradisi profesionalisme di Malaysia sudah lama berkubur di dalam apa saja profesion.
Guru profesional sudah lama pencen, jurnalis-wartawan-penulis profesional sudah berkarat pena walaupun ada yang berblog tanpa lagi menggunakan pena. Hakim profesional lebih selamat duduk diam. Ulamak profesional lebih selesa jadi pembangkang. Kesatuan Sekerja profesional habis diingkupkan. Apa lagi profesional yang ada di sini selain daripada profesional palsu yang menghuni menara menara tinggi, mewah dan berprestij (termasuk menara gading). Segi profesional apa yang Pak Lah maksudkan?
Jika aku seorang ahli AL-ARQAM,
kemudian aku keluar.
kemudian aku masuk balik
kemudian akuk keluar
kemudian aku masuk balik
keluar
masuk
keluar
masuk..
keluar..
masuk..
keluar..
masuk
dan
terus ditendang keluar,
tidak akan aku akui Musa Hassan itu soerang professional..
emosional, YA.
HEHE
Profesional dalam melingkupkan negara, mudahnya!
Buang masa Tuan el-Rastomi sahaja mengulas apa Pak Lah cakap.
Tolong cepat siapkan projek terjemahan Sherlock Holmes itu!
alamak..Sifu dah marah!
baca kenyataan bersumpah terkini Pak Rastom! Meletup!
02/07/2008 pada 12:27 am
Agaknya Pak Lah bermaksud profesional itu ialah buat ikut cakap Boss.
Musa Hassan profesional. Musa Hassan akan buat ikut apa Boss dia cakap.
Pak Lah ialah Boss kepada Musa Hassan.
Pak Lah untung jadi PM, sebab PM ni tak de Boss.
Eh, ye ke?