negara stabil, aman dan selamat

2008 Julai 4
by rastom

Pak Lah:Negara tidak berada dalam keadaan darurat. Kerajaan ini sebuah kerajaan yang stabil, percayalah..

Saya: Baiklah Pak Lah, saya percaya. Serahkan kerja polis kepada polis, kerja hakim kepada hakim yang arif, bijaksana lagi profesional. Selamat malam…..semoga Pak Lah dan Timbalan dan ahli kabinet yang stabil itu tidur nyenyak malam ini di ulit mimpi mimpi indah.

6 Respons leave one →
  1. 2008 Julai 4
    elhakim fil dunya kechoo roo permalink

    BERTUAH MALAYSIA!!!
    ho ho ho

  2. 2008 Julai 4

    mimpi di malam hari, berangan lagi di siang hari.
    kita ikat perut makan roti, depa bergolek senang hati.
    elmaaniq. sekarang saya setiap kali isi minyak petrol penuh tangki rasa macam nak demam, ratussss terbang.

  3. 2008 Julai 5

    Tuan El-Rastomi,

    Saya sudah muak.

    Saya sudah tak tahan, muntah sampai satu baldi.

  4. 2008 Julai 6

    inilah satu-satu dialog yang dapat menewaskan ‘The Republic’. Padat. penuh dengan nilai estetika dan berintergriti.

    Dengan tercetusnya dialog ini, maka secara automatik dan romantiknya…gagasan plato tidak lagi berguna.

    PTS patut mengambil inisiatif menjadi publisher pertama yang menerbitkan karya Agung ini.

    heheheheeee..Zzzzzz….

    Jangan suruh Pak Lah junjung Koran ya, nanti zzzzzzzz, Koran terpelanting berdosa tau.

  5. 2008 Julai 6

    Tuan Moderator Indie Story,

    Karya Agung?

    Cisy!

    Betulkan ejaan! AGONG bukan AGUNG!

  6. 2008 Julai 8

    Pak Lah bercakap benar, seperti biasa, (kenyit!) sememangnya pada pandangannya negara stabil aman dan selamat. Tak syok kah kita jika Pak Lah memerentah 50 tahun lagi…
    Tuan Prof Zubli, kenapakah kebelakangan ini saya rasa semacam tiada langsung inspirasi untuk berfikir? Apakah iklim politik sekarang memandulkan otak kita?

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS