Posted by: rastom on: 20/08/2008
Astaghafirullah! Ennui sungguh! Muak teramat bangetlah sehari dua ini dengan berita semasa. Akta DNA kata Pak Lah,
……baik untuk kita dan untuk masa depan kerana ia akan menjadi satu pendekatan penting dalam usaha pihak berkuasa untuk meningkatkan keberkesanan tindakan membasmi jenayah
Akta itu akta ini, macam macam akta kita ada. Kebetulan pula akta ini setaraf dengan Sumpah Saiful, yakni secara kebetulan (SS). Singkatan SS ini kalau di zaman Hitler merujuk kepada satu grup elit Gestapo, digeruni oleh para tentera Jerman tak kira apa pangkat mereka. Sumpah Saiful khabarnya tidak ada kena mengena dengan pilihanraya Permatang Pauh (PP). Maka begitu jugalah, secara kebetulan dan tidak ada kena mengena dengan kes Anwar Ibrahim. Drama dan filem Melayu yang sudah berkurun tidak saya tontoni punyai banyak elemen elemen yang kebetulan. plot yang sudah boleh kita ramalkan apa kesudahannya.
Maka secara lazimnya plot dan jalan cerita yang sama juga kita dapat ikuti pada hari penamaan calon baru baru ini. Dulu di Alor Setar, entah pilihanraya 2004 saya pun tak pasti, timbul kisah Abe Jak dikatakan menyelak kain mendedahkan kelakiannya kepada seorang puteri Umno. Kes selesai begitu saja. Yang terbaru pula kes meraba. Saya amat bersimpati dengan para petugas pilihanraya BN yang sering saja menjadi mangsa raba, selak kain , caci-maki, tohmah, fitnah, pukul kepala sampai berdarah dan banyak lagi kerja jahat parti parti bukan BN. Badigol sungguh! Adakah patut Puteri Umno yang bersopan santun, lembut, ayu lagi menawan itu diperlakukan begitu. Sungguh kurang sopan!
Notakaki: Akhbar akhbar Melayu rupa rupanya masih belum belajar dari kesilapan mereka semasa pilihanraya 8 hb Mac yang lalu. Benarlah adanya cerita legenda Yunani, Sang Raja Sisyphus itu tidak kunjung hentinya membuat kerja kerja yang sia sia menolak batu ke atas bukit.
dear tetuan elzubli ,
aku rasa sebelum sesiapa ambil sampel aku,
elok check dulu di sebuah hotel di port dickson pada
1. tilam
2. cadar.
tahun 90′an dulu.
hehe…
di sini ada seseorang yang sudah bising kes Ziana-Zain dahulu. orang jabatan agama katanya.
Rekod dan butirannya ada pada Majlis agama islam negeri sembilan.
hehe.. tak taulah betul ker tidak. aku hanya mendengar borak-borak-kosong saja di kedai kopi.
kalau borak-borak berisi pun tak jadi apa. sebab khabarnya orang-ke-2 dlm negara bakal jadi orang-ke-1 dalam Malaysia ni.
haha.!
Laaa… Cerita selak kain lagi!!
saya belum ceritakan bagaimana puteri umno raba saya?
owh.. sungguh menyayat hati. kuikuikui
tuan restom,
KERAJAAN PENIPU NI MENIPU LAGI!!!!
HARGA PETROL KITA MASIH TIDAK BERGANJAK SELEPAS SEPT 2008. DAN DIJANGKA TERUS KEKAL HINGGA AKHIR TAHUN.
PTUUUUUUUUUUUUUUIIIIII !!!!!!!!
KHARRKKK!!! ptuiiiiiiiiiiiii !!!!
Tuan el Hakim el Ramlang Porigirudin
Baik baik sikit meludah….pengikut Dr Lim Keng Yaik kah? Hehehe…janganlah teramat sangat menaruh harapan minyak turun, kalau minyak turunpun, biasannya harga barang lain TIDAK akan turun.
tun elrastom,
tak sedap hati bila harga siling diumumkan sehingga 31 Dec.
macam ada tricky di situ.
teringat harga siling ayam. bila ada harga siling kebanyakan peniaga semua gunakan harga siling nak kekalkan pada paras paling tinggi.
bukannya apa,
aku cuma takut jika harga petrol pun ikut harga siling ayam juga.
kalau turun pun cuma 4-sen. haha..
PM kata turun juga tu sebagai syarat.
kharrk pttuuii`~
hehe..
Mana ada perkataan “kharrk pttuuii” di dalam kamus Scrabble. Kalau ada, bukan senang pula nak cari dua r, dua t, u dan i hehhehe..skip giliranlah, bagi orang lain jalan….
dengar2 ada orang yang alamat IC di Sabah tapi mengundi di permatang pauh.
aku tak pelik.
dalam pemerintahan BN. macam2 boleh terjadi.
almarhaum.
SAH
naik RM0.80 sen.
turun RM0.15 sen.
naik cara mendadak
turun jua cara mendadak.
ngok ngek sungguh.
hehe…
apaapapun kerajaan ini betul-betul menempah almarhum.
kdg2 terhibur kerna rasa agak kelakar. sarkis!
haha…
tun elrastom, kalau nak tahu P.ramlee terlebih dahulu melabelkan bahawa UMNO ini memang bahan lawak yang dipanggil ‘SARKIS’
ALIF, MIM, NUN, WAU. tapi
disebut Sarkis !!!
lihat bukti http://www.youtube.com/watch?v=B9qAQW8rQT8
cepat gak ek elhakim update penurunan harga minyak…amek dr bernama.com la tu…kan? org dah turunkan patut2 ucapla alhamdulillah @ ohh dah turun..em
jgn marah ek
el-bashirah,
Nak ucap t/kasih ??????
haha..!
awk nak ucap timakasih ker pada pencuri yang mencuri
seringgit. Lepas tu dia pulangkan 10sen kat awak ????
memang awak mangsa yang tak beretika…
chit…! porah!
pakcik hakim…pak cik la yg tak beretika..sbb terlalu banyak cas negatif dalam badan…nak salahkan org lain plak
elbashirah,
macam manalah aku tak negatif. dah PM kesayangan awak dan parti awak yang dah nak karammm tu bagi kuasa bateri pada aku.
chittt porrah!!!
20/08/2008 pada 4:30 am
Orang Kachak!
Pasai apa Lah, depa cukup syiok nak hendak sampel DNA terbaru AI?
Sampel DNA hang dah bagi belum?
Aku mungkin bagi jikalau tomhakim bagi.
Dia hakim, aku loyar jer. Loyar buruk.