Posted by: rastom on: 30/08/2008
Rakyat itu selalu diam
Ia pencatat tidak pernah lupa
Rakyat itu seperti ular sawa
Melingkar dengan berat badan dan
Diam dalam keheningan sendiri
Pancainderanya tajam
Kuat intuisinya dengan akal budi
Lalu jangan sekali-kali melukakannya
Jangan melukakannya berkali-kali
Kerana sekali ia bangkit
Rosaklah segala apa-apa.
Terima kasih kepada Azizi Abdullah, saya ucapkan selamat MERDEKA kepada semua dan khusus untuk para muslimin sama samalah kita menyambut bulan puasa…Marhaban Ya Ramadhan Syahrul Mubarak!
Ampun dan maaf dipinta sebelum Ramadhan mengetuk pintu.
Teringat sambal sotong kita pekena pagi-pagi kat Pekan Kuah sebelum pi kerja.
Dengan member yang tak mau order makan selagi orang tak tanya dan lepas tu cakap sama macam orang lain.
Buka pose kat masjid Kuah.
the memories linger on.
Selamat bersahur, ya Tuanku el-Rastomi!
rakyat itu seperti ular sawa.
ular sawa itu seperti misai VC Uitm.
haha!
31/08/2008 pada 10:46 am
Tapi setahu saya ular sawa ni dia tak bekerja. Bila dah kenyang tidur melengkau je… Bila lapar, orang pun dimakannya. Janji makan.
Yalah tu, bila bangkit nak merosakkan je. Sumbangannya apa? Menghapuskan tikus di sawah bendang. Tapi sebenarnya bukan tikus je.