halwa romantis

Cis! Bedebah mana yang sekat anwaribrahimblog.com!

Posted by: rastom on: 06/09/2008

Memang dasar pengecut! Beberapa hari lalu blog Sang Raja Petra kena sekat. Kelmarin saya cuba layari anwaribrahimblog.com sudah tidak boleh! Janganlah ingat semua manusia di Malaysia ini bodoh. Sekat sekat begitu bukan tidak ada cara untuk saya ke blog itu, masih ada caranya, cuma saya bengang dengan sikap pengecut dan mungkir janji kerajaan tatkala terhegeh hegeh bangunkan MSC. Super Corridor konon…..porrrah!

Dengar bunyi 16 September habis gam sana gam sini. Tak cukup dengan gam blog, buat pula rombongan Kelab BBC (ahli parlimen BN) ke Australia/New Zealand. Puasa saya sudah agak kurang dua tiga hari ini kerana mencarut (di dalam hati).

29 Respons kepada "Cis! Bedebah mana yang sekat anwaribrahimblog.com!"

Tak kena sekat pun?

DNS Jaring, ada kalau boleh resolv ada kala tak boleh

DNS cap ayamlah kalau domain tu pun tak boleh resolve! Lainlah kalau domain rastom.net atau sebolku.com…Apa punya tuuurrr!

heheheh..takpe nanti saya kasi update..:)

Puasa hang, masih majoriti, jika dapat dua per tiga.

Kecuali hang join BN-BBC overseas trip…

Sabar Bro… Jaga puasa anda. 916 akan tiba jua… kita tunggu, doa dan lihat aje..

hmmm…

aiseh.

ada org tu buat lasabela plak masa ramadhan ni.

bapaklah sedapnya makan angin sampai ker taiwan bulan-bulan puasa ni…

rakyat jugak yang N-G-A-N-G-A.

Ye ker pergi Taiwan, Australia segala? Makan angin? Patutlah dok asyik kentut dalam parlimen!

Hmmm teringat aku citer kengkawan pergi South Africa anjuran DPMM – Katanya rombongan Perdagangan tapi pergi makan angin. Seminggu – All paid for!

Aku pun nak join pergi makan angin FREE ni….ada sesiapa tau kat mana boleh join?

Anyway – Blog Anwar tu bukan kena block kot, kengkadang traffic jam because I think ramai sangat yang log especially nak tunggu bukak poser. So cool……

bagi chan lah depa jalan…
esok mungkin rezeki kita pulak..
Semoga apa yang kita buat senantiasa dalam keredhaan Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w. hendaknya. Amin Ya Rahman ya Rohim

Jangan mencarut. Jaga thiqah!

Beruk! Eh, ter’mencarut lah pula. :D

tuan rastom,

mana menghilang? takkan dah keluar iktikaf kot, baru malam ke 9.

TUAN ELRASTOM, IKUT PEGI TAIWAN.

JEaLouS KATANYER…

elhakim & bumilangit, saya demo bantah pemecatan Ahmad Ismail, mana boleh pecat sebelum dibicara…apa punya undang undang, kalau ikut neraca tuduh menuduh apa hal dengan tuduhan salahguna kuasa dan wang terhdap el Badawi? Siapa nak pecat dia?

tuan elrastum el najibullah.

tiada rasakah bahawa pemecatan itu seolah2 tampak macam sandiwara.

mana ada orang kena pecat, berkali-kali memuji-muja si-pemecatnya.

hehe

Tuan algojo el hakim, jangan buat tak tau, dia puji pemecat ada kira kira, tengok siapa yang sudah kena ISA.

tuan rastom,

englight kan kami tentang cerita ISA ni!

bumilangit, ini undang undang gelap, mana bisa di enlighten dong……nantilah bila turun ilham bolehlah…biasanya waktu tengah malam. Untuk tidak mengecewakan, rumusannya..khusus untuk regim Pak Lelah terkandung di dalam slogannya, Cemerlang, Gemilang, Terbilang. Akhirnya bila gagal (orang Cina Hokkien) boleh tambah lagi satu frasa untuk mencantikkan slogan Pak Lelah tu…bunyinya ISAlang.
(Lang= orang)

Tuan Rastom,

Apa punya tur la. Betul kata tuan tempoh hari pun saya tak dapat access blog anwar…tapi duduk di sini bukanlah susah mana untuk saya dpt berita, insyaAllah.

Dulu kawan2 punya la marah..sampai begini bunyinya

A : KJ bla bla bla
B : Apsal kau mencarut?
A : Bila aku mencarut?
B : Tadi kau sebut KJ?
A : Hah?

Begitulah cerita marah2 kawan saya..

Amacam Yob, 16 September jadi ke?

Biasalah Yob abang putra, bila nak balik sini. Jangan jangan sudah kena serbuk di sana hah! !6 September ..entahlah, tapi yang pasti disanalah kemeriahannya bukan di sini (mungkin belum lagi)…buat aku cemburu!

Tuan Prof Amin Ahmad, itu bukan lagi suatu lelucon malah mainan bahasa tahap tinggi – dua huruf itu ada semacam ’semantic noise’. Bisa keluar perlbagai tafsir, KJ yang mana? K Jaafar/K.Jeffri/ kerajantan/Khir johari/ kamarudin jaafar/ atau kadir jasin hahahaha! <——gelak kuat, harap tak batal puasa.

September 6, 2008.

Emmm, mana lagi 10.

Hahahahaha…

Ooo bulan posa tak ada selak-selak ke?

Ya, mainan bahasa tahap tinggi..

KJ mana lagi jika bukan menantu kesayangan PM kita! :)

Zub, belum lagi da…..tapi sudah banyak kukutip butiran riwayat itu dari buku buku e.g William Roff., mengenai nasionalisme Melayu – yang menariknya, buku itu terjemahan ke BM oleh Ahmad Boestamam.

hoo… kena cari buku ni!

bumilangit, satu lagi yang tidak kurang menarik, cari biografi Mustapha Hussein. (Salah satu cebisan untuk melengkapi jigsaw puzzle sejarah)

Apa pasal anwaribrahimblog.com kena sekat jer, hang tak ada posting baru?

Hang blow kat sapa neh?

Zub, aku blow dengan Sudins!

hehehe….hang la tolol…

Tinggalkan jawapan

Rastom A Rahman

Blog Stats

  • 108,005 hits
free counters