Posted by: rastom on: 15/10/2008
Dari satu segi cerpen Chamil saya setuju memang berjaya. Ia berjaya mengocakkan trankuiliti. Bukan dari segi sasteranya kerana hanya yang bodoh tuli dan pekak sahaja yang tidak akan mengesani kaitannya dengan peristiwa politik semasa. Chawil bukan sasterawan, dia reporter tua yang meraih banyak faedah daripada status quo a.ka. UMNO. Maka atas dasar kebebasan berkarya saya setujulah dengan Dinsman. Implikasi daripada penerimaan Dinsman itu amat luas dan Chamil serta Utusan dan pendokong akhbar itu juga mestilah bersedia untuk menerima apa apa karya yang bernada kritikal terhadap mereka (jika mereka benar mengungguli kebebasan berkarya).
Dalam perkembangan yang berkaitan seorang blogger yang juga mantan editor akhbar, Rockybru mempertahankan Utusan Malaysia daripada disaman 30 juta atas dasar kebebasan bersuara sungguh menggelirukan. Sejak bilakah Utusan Malaysia bebas bersuara dan memperjuangkan kebebasan bersuara? Tanda tanda akan berakhirnya hegemoni Utusan sebagai akhbar yang berpengaruh sudah semakin jelas. Yang tidak pernah bercerpen sudah mula berkarya. Berkaryalah kamu untuk memperbodohkan bangsa!
sebab itulah dipanggil Utusan Meloya..
16/10/2008 pada 2:18 am
Cerpen Lah kamu sebelum kamu dicerpenkan.
Mujur bukan cerpan, Rastom…