Teknologi kampong vs teknologi R&D
bumilangit melemparkan soalan kepada saya di laman Facebook, lama tak dengar cerita, ada projek baru ka?.
Memang ada, projek baru fasa pertama dan hasilnya boleh tahan. Fasa kedua akan bermula dengan sasaran untuk membesarkan output yang kemetot mengikut teknik teknik terkini.

Cabai yang merah dihasilkan dengan teknik terkini Mardi, yang hijau kemetot itu teknologi sendiri. Kaedah orang kampong. Dengan adanya bahan yang mencabar seperti cabai/lada/cili yang merah panjang lagi menggiurkan itu bermulah satu lagi projek (bukan projek BN) untuk menghasilkan cabai yang lebih panjang daripada apa yang bisa dihasilkan oleh Mardi.

Ada beberapa teknik yang digunapakai sekarang seperti fertigasi yang sesetengah beranggapan sebagai mengarut dan membuang masa. Belum cuba belum tahulah. Jom kita HIJAUkan bumi!
Bacaan relevan: Dasar Bumi Hijau (Hishamuddin Rais)











ya Tuhan!
encik rastom telah berjaya meng-mutant-kan cili dengan pen!
patut tulisan tuan pedas2 belaka!
Itu yang aku pun hairan.
Macam mana Mardi tidak dapat menghasilkan tanaman cili hasilnya keluar pen. Atau pemetik api.
Agar tulisan kita lebih pedasnya atau berapi pula…
TUAN
jangan tak tahu, pen pilot g2 yang disebelah cili kementot itupun ada klon tipu menipu. hati hati bila beli.
……zzzz
Jangan heboh.
nanti cili yang besar itu akan berkadar terus dengan harganya.
di malaysia ini tiada apa yang murah.
hehe..
Nasib baik dia cakap pasal cili…
apakah projek seterusnya pula ialah “mencilikan” mulut seseorang?
Jom tanam cili banyak2~
Buat guna untuk masakan sendiri.
Kalau ada lebih, boleh dijual di pasar-pasar.
Kalau ada lebih, boleh dicili mulut2 orang yg patut dicili mulutnya~ Hehe.
yeop, tunjukkanlah caranyer..bolehlah teman belajar menanamnye
depan rumah…fertigasi apa bender..patut keluar cabai gergasi…nanti hang email kat akulah
Yo lah Mardi tu nak nolong bonar org kito ni. Kwn ader mimpi ngeri dgn Mardi (dlm hal cili). Minta tolong, jwpan = tak dpt den nak nolong….
Tak sangka, teknologi zaman sekarang dah boleh mengeluarkan pen dari pokok cili
as’lam…saya baru mencuburi bidang pertigasi,tapi cara manual…
saya mohon sesiapa yang berpengalaman tentang pertigasi..Soalannya.saya tanam cabai kecil dan cabai besar,tapi cabai burung,yang saya tanam pada mulanya,segar tapi apabila umur dalam lingkungan 3 bulan daunnya kerinting..kenapanye..
PELUANG BISNES BARU : SEMINAR POTENSI PERNIAGAAN TANAMAN HIDROKULTUR 1-2 OGOS 2009 Lawati http://infohidrokultur.wordpress.com/