Debat tidak berfaedah kata Najib

2009 Jun 30
by rastom

Kenyataan yang amat mengecewakan daripada PM baru kita seperti yang dilaporkan akhbar akhbar hari ini. Tradisi berdebat, berhujah dengan fakta di dalam seseubah masyarakat madani/sivil/beradab telah terbukti memberi banyak faedah. Kemanakah halatuju negara ini di dalam era globalisasi yang prasyarat keterlibatan adalah sifat keterbukaan jika debat dilihat tidak berfaedah?

Hasil perdebatanlah yang membuahkan teknologi IT. Lihat sejarah evolusi internet (ARPA/DARPA). Orang Perancis berdebat untuk memertabatkan bahasa mereka lalu menubuhkan L’Académie française. Di dalam perbicaraan peguam berdebat mengemukakan bukti-bukti untuk menyelesaikan sesuatu kes.

Selama 50 tahun lebih kita mengekalkan tradisi ‘debat tidak berdaedah”, nah lihat apa yang kita hasilkan. Kita mulakan projek bahlol/samdol bikin kereta sendiri yang akhirnya bermasalah. Kita perkenalkan PPSMI tanpa debat dengan para ilmuan bahasa, hari ini sudah jelas hasilnya adalah lebih banyak kekekliruan. Kepada yang ingin terus dibuai mimpi dan takut menghadapi cabaran berdebat dan ditegur serta dikritik, silakanlah. Pemimpin yang berani berdebat adalah pemimpin yang bersedia menghadapi cabaran abad 21 yang lebih terbuka.

3 Respons leave one →
  1. 2009 Julai 2
    elhakim permalink

    teringat Harakahdaily yg menyatakan… episod telanjang-menelanjangi akan bermula.

    siapa yang tiada seurat benang, maka dialah yang kalah.

    hehe…

  2. 2009 Julai 5

    saya setuju tn rastom!

  3. 2009 Julai 7

    tradisi angguk-angguk, geleng-geleng itulah yang berfaedah.

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS