Pol Mahathir Ukur Siapa Bodoh 2

2009 Julai 10
by rastom

Sudah tersebar seantero pelusuk ruang siber akan poll yang Mahathir paparkan di laman blog nya untuk mengukur sokongan terhadap langkah kerajaan memansuhkan PPSMI. Sudah jelas lagi terang dengan adanya poll itu membuktikan betapa bodohnya Mahathir kerana percaya akan keabsahan poll yang tidak kalis spam dan penipuan itu.

Poll yang kononnya memungut pendapat orang ramai tersebut terbuka kepada penipuan. Ia tidak representatif dan mudah di spam oleh sesiapa saja.

Anda atau sesiapa saja boleh berulang ulang mengundi untuk memilih YA atau TIDAK dengan menghapuskan cookies daripada PC anda. Sekiranya anda menggunakan Mozilla Firefox, cookies boleh dihapuskan dengan menekan Tools kemudian puilih Clear Private Data…nah dengan mengulang proses ini anda boleh menambah jumlah undian, pilihlah samada mau Mahathir kalah atau menang.

Apa yang jelas di sini ialah Mahathir di usia yang tua masih beranggapan dia manusia serba tahu. Bab pendidikan yang luas kaitannya dengan psikologi dan sosial juga termaktub di dalam bidang penguasaanya sehingga beliau terlalu yakin dengan formula PPSMInya. Nah sekarang di dalam bab komputer dan aplikasi pun beliau haqqul yaqin akan penguasaannya. (Saya mengesayakki beliau mendapat bantuan daripada seseorang yang bertindak sebagai penasihat ITnya, dan seseorang inilah yang kerjanya spamming undi untuk memenangi bosnya.

Orang yang belajar kaedah kajilidik secara saintifik (walaupun belajar di dalam bahasa Melayu seperti saya tidak akan mudah diperbodohkan dengan kaedah kajilidik Poll Bahlol Mahathir ini). Yang lucunya ialah orang yang fanatik BI dan Anglophile terlalu mudah diperbodohkannya. Nauzubillahiminzalik!

11 Respons leave one →
  1. 2009 Julai 10

    :D

    Tumpang sengih Pak Rastom. Dengar angin bawa khabar, entah betul entah tidak, pilihanraya juga hendak di atas taliankan.

    Memang hantu!

  2. 2009 Julai 11
    Führer permalink

    Haiya….saya yang dulu belajar sains dalam BM pun tahu konsep delte cookies dan spamming polls kenapa penyokong PPSMI mudah tertipu?Mungkin mereka cuma hafal istilah sahaja tetapi tak tahu konsep.Hahahaha

  3. 2009 Julai 11

    jangan gitu tuan rastom. sian che det. dah nak pejam mata ni, nak buat la satu kejutan lagi. haha.

  4. 2009 Julai 11

    Pungutan suara yg dianjurkan di chedet.com tidak menggambarkan ia mewakili semua rakyat Malaysia. Hanya sesiapa yg mempunyai capaian internet sahaja yg ambil bahagian, bagaimana pula masyarakat kampung??. Jika kita tengok pada ilustrasi pencapaian peperiksaan subjek berkenaan semenjak PPSMI bermula nyata ia amat membimbangkan dan gagal. Tujuan PPSMI bukan utk memahirkan BI dikalangan pelajar, mcmana nak mahir klu tenaga pengajar pun tak mahir!. Jadi penekanan subjek BI memang patut ditambah. Yang paling pokok adalah ilmu yg hendak disampaikan, ilmu akan jadi ilmiah bila ia sampai ke sasarannya. Untuk itu sistem pengajaran mesti yg mudah dan difahami semua.

  5. 2009 Julai 11
    kamalzack permalink

    Biar nampak sejuta yang undi tidak. Akan nampak ketidakabsahan pol Mahathir. Konon seorang doktor yang empirikal.

    • 2009 Julai 11
      Führer permalink

      Seorang doktor yang empirikal tidak semestinya seorang pakar komputer/internet yang empirikal.

  6. 2009 Julai 12
    halimi permalink

    Who cares about his stupid poll? Problem dengan dia ni, dia ingat dia punya opinion ni orang kisah sangat. Masa time dia dulu, dia ingat orang suka sangat ke policy dia? Dia tak bagi orang bersuara mcm sekarang. Semua dia cakap mesti ikut. Dah pencen pun dia ingat orang kena ikut dia. Pi surau lagi baik. At least tuhan boleh audit dia.

  7. 2009 Julai 23

    Hakikatnya Tuan Rastom, semua undian atas talian adalah begitu. Che Det ke, Harakah ke, Utusan ke, kita hangguk je le…

  8. 2009 Julai 23
    elhakim permalink

    esok mahathir cakap pilihanraya elok dibuat online. lebih syumul, telus dan beretika…

    dia boleh jadi PM semula lepas tu.

  9. 2009 Julai 31
    elhakim permalink

    mana tuan tanah ni? tak nak perbaharui cukaikah ?

  10. 2009 Julai 31

    Ke mana..? Afer csyerither..?

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS