Demo kepala lembu dan celik IT

2009 September 6
by rastom

algojolembuSaya amat yakin bahawa para demonstran dan algojo perancangnya masih tidak faham sepenuhnya pengertian celik IT. Celik IT bukan setakat melambakkan blogosphere dengan laman web, blog dan sebagainya yang sarat bahan cedok, retorik dan propaganda. Celik IT juga bermaksud sedar bahawa setiap perbuatan, perlakuan di tempat awam, apalagi yang berbau politik sentiasa dipantau, serta dirakam untuk tontonan ramai.

Insiden yang seumpamanya pernah berlaku melibatkan seorang tokoh pemuda UMNO yang gambarnya menuding jari kemuka seorang seseorang sambil mengugut untuk membakar bangunan Dewan Perniagaan China Selangor telah berjaya digunakan sebagai bahan kempen pilihanraya untuk kerusi Parlimen Kulim- Bandar Baru. Akibatnya beliau tewas. Gambar itu memberikan mesej yang cukup jelas kepada pengundi.

Di dalam kes demo kepala lembu, adalah dijangkakan impaknya akan lebih berpotensi kerana ia telah dirakamvideokan. Nah, cuba bayangkan pelbagai kemungkinan video tersebut diperkayakan dengan pelbagai teknik editing dan sfx yang canggih?

Usaha SKMM/MCMC untuk menarik balik video tersebut tidak akan mampu menghapuskan kewujudannya – ia masih bebas terapung di youtube, melainkan SKMM mampu membeli dan menguasai youtube (yang tak mungkin terjadi).

Beringat-ingatlah sikit. Celik IT bukan hanya soal teknik, adab susila di depan khalayak juga perlu celik seceli celiknya.

Entri relevan terdahulu:
Bila bahlol mengurus media baru
Video DUN Perak bernilai emas

12 Respons leave one →
  1. 2009 September 6
    elhakim permalink

    itulah padah bila pakai songkok tinggi. otak terpeluwap x mampu nak berfikir. darah tersekat ke otak.

    • 2009 September 9
      bashirah permalink

      kapasiti penerimaan & penggunaan otak manusia tak der kena mengena gan songkok mahupun ketayap en. el el el..ape name en ek…lupe plak..hik2
      tapi sbb daya kemahiran befikir dn ilmu yg dimiliki..

      p/s: buku teks sains dulu pelik gak ek, mesti jarang2 jilid edisi terbaru tak…

  2. 2009 September 7
    donmny permalink

    tuan,

    sangat sependapat, itulah juga yang bermain difikiran ini.

  3. 2009 September 7

    tuan,

    sangat sependapat, itulah juga yang bermain difikiran ini, kenapa begitu sekali ‘kecerdikkan’ mereka.

    • 2009 September 9
      bashirah permalink

      Sbb diorg suka guna nama islam untuk menghalalkn cara diorg, so sampai ke tahap tu la ‘kecerdikan’ diorg En Donmny…

      hehehe

  4. 2009 September 9
    elhakim permalink

    Bnyklah hang elbasyirah…

    errr.. satu lagi…. muka Shahidan dah tak terpampang kat Kangaq.

    nampak cun Kangaq la ni.
    hehe…

    • 2009 September 10
      bashirah permalink

      ha tau tak per…majlis perbandaran kangar dah lama buang gambar dia sbb nk letak gambar saya plak…huhu

      al-maklumla..nak raye la katakn, kena le letak gambo cun2 sket leh promosi kad hari raya pattern baru…hahaha

  5. 2009 September 13
    bangmat permalink

    Nak tanya Basyirah, pasai apa Perlis dipanggil Darus Sunah? Tuan Haji Shahidan Kasim bagi nama ka?

    • 2009 September 14
      bashirah permalink

      lawa blog…hehehe

      tu jer yg mampu komen….)

  6. 2009 September 15

    Wah nak raya tukar baju baru ye. Tuan rumah pun jarang-jarang balik rumah, sampai nampak macam ada moderator baru plak, he he… Dunia, dunia…

    Salaam Ramadhan & Salam Eidul Fitr.

    • 2009 September 25
      bashirah permalink

      erkkk…saya tak der kaitan gan dunia blog En Rastom ni la Gurindam Jiwa….sy guna kemudahan link BALAS yang disediakan jer…

      bukan salah saya…..huwaaaaaa…

      p/s: el-hakim cepat mintak maaf sempena pintu taubat masih tebuka di hari raya nie..insyaAllah sy akn maafkan…cepat….

      hehe

  7. 2009 September 22
    elhakim permalink

    hehe…

    moderator tu semestinya elbasyiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiraaaaaa…..

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS