halwa segar dan basi

Halwa mata telinga dan minda ada tarikh luputnya. Yang segar saya temui, segar kerana menepati semangat zaman, ada unsur menongkah arus ialah tulisan Nor Raha Radzuan dan Hasnah Hussin, “Mahasiswa Gagal Kuasai Bahasa Inggeris“.Tidak pula saya bersetuju 100 peratus. Saya musykil mungkin kerana tiada persiapan diri akademik perihal mengajar bahasa tetapi ada sesuatu runtunan jiwa mengatakan kaedah mengajar bahasa Inggeris seperti yang dijelaskan oleh penulis-pensyarah berdua ini memang tidak kena.

“Oleh itu dicadangkan supaya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, pengajar atau guru bahasa Inggeris tidak boleh terlalu menekankan aspek tatabahasa.”

“Langkah kedua yang perlu diambil kira ialah pengajar atau guru bahasa itu mestilah memperbanyakkan aktiviti pertuturan. Dalam aspek pengajaran bahasa tidak kira apa bahasa sekalipun, memerlukan lebih banyak latihan dalam bentuk perbualan bukannya menekankan aspek tatabahasa semata-mata.”

  • Intinya: kurangkan tatabahasa, banyakkan latihtubi pertuturan.

Dimana agaknya pembahagian skill bahasa sebagai alat bantu menggali ilmu kalau fokus hanya untuk pandai bercakap? Orang Cina dan India Malaysia mahir bertutur bahasa ibunda mereka tetapi tidak ramai yang boleh membaca menulis.  Di Amerika ramai penutur bahasa Inggeris yang tiada latihan ilmiah sementara di Jepun ramai penyelidik profesional yang tergagap bila speaking tetapi mahir membaca dan menulis.

Walau bagaimanapun tulisan ini amat saya hargai. Dulu lain, jangan pertikai dasar! Akibatnya rosak kerjaya!

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Idris Aman membentangkan kertas kerja Bahasa dan Kuasa: Analisis Wacana Barisan Nasional Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-11……… (apa yang baru perskpektifnya saya tidak nampak).

Bahasa surat layang juga diteroponghalusi untuk diberi markah tinggi sebagai alat yang persuasif. Saya cadangkan di seminar tahun depan elok juga dijemput Prof. Madya Filem Slapstick untuk membentangkan analisis kajiannya terhadap kesan positif filem terbarunya Nana Tanjung Rambutan.

6 thoughts on “halwa segar dan basi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s