Implikasi Teknologi Iqra kepada penerbit dan penulis

Puan Ainon Mohd menggariskan beberapa persoalan implikasi teknologi Sony Reader kepada penerbit dari pelbagai sudut. Setakat ini belum ada mana mana penerbit tempatan yang ceburi bidang ini. Penerbit luarnegeri yang aktif menerbitkan ebook antara lain ialah O’Reilly yang melakar niche khusus buku buku techno komputer. Memang wajar hal ini dilihat sebagai amat relevan dalam rangka usaha membina bahasa Melayu moden – bahu membahu dengan setiap perkembangan teknologi.

Sambutan dingin pengguna terhadap penggunaan teknologi Reader sebelum ini asasnya berpusat kepada faktor “kemudahan” atau ciri mesra-pengguna alat alat tersebut. Alat Sony Reader ini pun tidak terkecuali, dengan harga US400 (geleng kepala) dan persepsi umum yang negatif, Sony cuba merintis sesuatu yang baru. Mungkin dalam proses seterusnya produk ini mampu menanggulangi segala aspek negatif yang dikaitkan dengan pengggunaan Reader untuk membaca. Ini semangat orang berniaga. Langkah menjadi leader dalam sesuatu sektor.

Implikasi mendatang kepada PTS, mengikut perhatian Puan Ainon (sudah tentu juga terkena kepada penerbit lain) antara lain:

  • Dari sudut marketing, bagaimanakah PTS dapat mengambil peluang daripada teknologi SBR bagi melesenkan buku-buku terbitan PTS kepada pembekal buku-buku Sony.
  • Bagaimanakah cara PTS dapat menjadikan data buku-buku terbitannya supaya dapat dibeli dengan mudah melalui internet sehingga pembeli SBR walau di benua mana pun dapat membaca buku-buku PTS.

SBR punyai upaya membaca fail fail PDF. Ini tidak sukar dilakukan kerana data manuskrip sedia ada boleh dengan mudah dijadikan PDF.

  • Dari sudut penyediaan data, bagaimanakah PTS dapat menyediakan manuskrip dalam format data yang kompatibel dengan SBR itu.

Seperti diatas. Selain PDF ada format lain termasuk yang dibikin Sony sendiri.

  • Dari sudut legal, bagaimanakah terma-terma pelesenan dan struktur royalti antara PTS-Sony dan antara PTS-Penulis.

Sebagai promosi teknologi didapati harga potongan diberikan kepada pembeli ebook. Saya petik Engadget.com The online book store will launch with about 10,000 titles, with each book available for approximately 20-25% below regular retail price for the physical copy.

  • Berdepan dengan perang falsafah antara aliran bisnes ‘jual, jual, jual’ dan aliran ‘beri, beri, beri’, bagaimanakah sikap penerbit dan penulis?

Jualan buku dalam apa bentuk sekalipun tidak begitu dikesani dengan perang falsafah jual-jual vs. beri-beri . Kerja menulis, berkarya kreatif tidak sama dengan kerja menghasilkan sofwer dimana kerja orang terdahulu diperbaikki seperti tikus baikki labu. Sebab itu timbul konsep Open Source Software, tidak timbul Open Source Book (kecuali novel Shit 🙂 ) Agaknya yang bakal terkesan ialah teknik pemasaran.

  • Mungkinkah kita mengambil sikap meniru google, wikipedia, gutenberg dan banyak lagi, di mana mereka memberikan secara percuma produk-produk mereka kepada seluruh manusia?

Ya jika PTS umpamanya menghasilkan sesuatu umpamanya seperti sofwer kamus English-Malay (kerana inti bahanya ialah bahasa sedangkan bahasa bukan ciptaan PTS bukan?) Tetapi tidak terpakai untuk buku buku kreatif lainnya. Gutenberg memberi percuma bahan yang sudah luput hakcipta, sementara Wikipedia pula adalah teknologi mewaqafkan ilmu (pelbagai) dengan penglibatan sukarela dan entri entrinya pula tidak tuntas dan terbuka kepada revision sepanjang masa. Ringkasnya, bisnis buku seperti yang dijalankan PTS dan lain lain tetap berjalan seperti biasa tetapi jika mereka ingin lebih menonjol, dengan mewujudkan satu wikipedia khusus untuk sesuatu tajuk atau bidang maka itu cukup bermakna untuk goodwill bines mereka. Andaikan PTS mengwikipediakan segala petua (fatwa?) penerbitan, penulisan yang terkandung di UNIKA PTS, saya kira ia sudah mendahului penerbit lain dan bisa menjadi rujukan wajib untuk penggiat bidang ini di alam Melayu. Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s