Azhar Mansor : Pelayaran Yang Belum Selesai

DatukAzhar Mansor kawan lama saya dari darjah satu, dulu sekolah Kangar English School sekarang seudah ubah nama jadi Sekolah Seri Indera. Kali terakhir saya jumpa ‘At (timangan dikalangan yang rapat) ialah sekitar tahun 1993 saat Langkawi sebok dibangunkan. Maka saya menjemput beliau sebagai tetamu untuk ditemubual di Radio Pelancongan Langkawi. Ketika itu beliau tidak dikenali. Masa itu beliau bekerja untuk sebuah NGO yang dikenali sebagai Warisan – fungsinya mempromosi Langkawi. Orangnya pendiam, tak banyak cakap, tetapi bercita cita tinggi. Beliau orang yang paling rapat dengan saya semasa di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar. Sama sama tinggal di Asrama. Sama sama terjun ke kolam renang Kedah Club (satu satunya kolam renang ketika itu), dan sama sama berkawad ke Mesjid Zahir untuk solat Jumaat.

Hari ini, namanya terkenal lagi dalam suluhan negatif. Saya tidak percaya sosek sosek cerita beliau murtad kerana Islam mengajar kita menapis setiap khabar berita yang dibawakan orang. Ilmu komunikasi juga menekankan kesahihan sumber.

Cuma saya terkilan dan tertanya tanya kenapa beliau tidak mempergunakan media dengan sebaik mungkin. Jangan takut dengan media. Kalau tak cukup siaran dari media arus perdana, buat saja blog begini dan terangkan hal sebenarnya. Tegaskan kepada wartawan pada sidang akhbar dengan JELAS dan LANTANG, SAYA MASIH ISLAM!

Kepada muslimin-muslimat sekelian, isu pegangan seseorang itu amat berat jika dipermain mainkan dan dihebahkan. Permainan SMS untuk memilih Mawi sebagai hero Akademi Fantasia memang dibolehkan (walaupun merugikan duit sendiri) tetapi untuk menyebarkan hal hal yang boleh merosakkan reputasi seseorang itu adalah suatu kemungkaran.

Terbaru: Azhar Mansor akhirnya bersuara

13 thoughts on “Azhar Mansor : Pelayaran Yang Belum Selesai

  1. Masa di stesen lama dekat rumah/pejabat En Sulaiman yang ada anak dara dok tengok kat hang tu. Bukan, kesamahan belum lagi…Maddie’s era. Hang takkan ingat sepertimana orgramai di pulau tak tau pun kewujudan dia sebelum Dr. M dan media angkat dia naik.

  2. memang. dalam Islam ucapan dua kalimah shahadah itu mesti dari mulut sendiri, ertinya mulut orang lain cakap tak boleh pakai. mesti ucap sendiri. kalau di depan tok kadi, mana boleh tok kadi yang cakap “nikah dia aku terima”? boleh kah? nanti tak pasal pasal tok kadi yang dapat,🙂

  3. aku kekadang terpedaya juga dgn fitnah- fitnah di suratkhabar… cuma bila ada orang mempertikai isu yg sensitif mengenai aku… seperti mempertikaikan agama aku…sudah tentu aku akan memperjuangkan diri aku habis habisan… mungkin perkara lain kita boleh berdiam diri.. tetapi bab bab agama ini(murtad) wajib kita pertahankan…..

  4. Sebenarnya pun dato’ azhar seorang yang cerdik bodoh. bukan bodoh cerdik. Itu jer..Nak kata bodoh macam (K) untuk kambing, tapi ada janggut. Nak kata bodoh macam (K) kucing, tapi ada misai. nak kata bodoh macam (K) untuk khinzir, langsung tak mungkin, sebab ada janggut dan ada misai. Lain la kalau takdak janggut dan misai, macam manusia, ya..manusia-manusia yang tak suka ciptaan tuhan tu, percaya la jugak aku.

    Tapi bagus ada pihak yang menegur, bertindak. Kalau kat Yala dah mati kena tembak ngan gerila dah. Kita nak harap orang politih, bukan zaman Natrah dulu. La ni terjun dalam politik, nawaitu secepat mana nak jadi kaya, berbekalkan kebolehan berhipokrit, bermuka-muka dan pandai mengambil kesempatan. Makanya bila ada isu sebesar ini, apa barang la..bagi mereka, tarak untung. Setakat bersuara untuk jadi hero mulut dan sebagai platform untuk menarik perwakilan lain dan betapa jati dirinya aku terhadap agama bangsaku.
    Hampehh…Mereka juga ramai yang kategori tiada janggut dan tiada misai…bukan mengata, mengingatkan je..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s