Retorik dan Tong Tong Kosong

Tun Mahathir yang pernah dianggap revolusioner dalam pemerintahannya pun gagal merumuskan sesuatu yang baru lagi berkesan dalam soal ekonomi Melayu. Mengikut ukuran dan pertimbangan dari orang UMNO, tiada lagi insan yang sehebatnya sekarang.  Secara logiknya kalau Mahathir tak boleh, apakah lain orang boleh?

Kita bakal diperdengarkan dengan ngobrolan baru lagi kreatif (dibaca: retorik)menjelang Perhimpunan Agung UMNO Ke-57. Kali ini sudah ada RFID (pengenalan ahli guna gelombang radio). Kreatif sungguh, tetapi belum tentu relevan. Persiapan pentas, segala pyroteknik, penuh adat istiadat gilang gemilang laksana kata Shakespeare, “full of sound and fury, signifying nothing “….

Contoh contoh retorik saya petik dari Utusan Malaysia, kata Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad:

  • Tanpa UMNO, orang Melayu akan susah.
  • Tanpa UMNO, orang Melayu tiada harapan.
  • Tanpa UMNO, orang Melayu tiada tempat bergantung.
  • UMNO adalah parti paling tua di dunia yang masih memerintah negara

Dan hari ini juga ada Konvensyen Agenda Melayu. Antara pembentang kertas kerja – Presiden Universiti Islam Antarabangsa, Tan Sri Sanusi Junid. Masih relevankah dia?

Umno Johor pula bakal buat kejutan. Menolak meritokrasi dan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Pastinya hangat, dan harap ia tak sehangat hangat tahi ayam. Sejurus kemudian tersiar pula satu tulisan di dalam Utusan, Kekalkan Kesinambungan Sistem Pendidikan Negara. Perang sudah bermula!

2 thoughts on “Retorik dan Tong Tong Kosong

  1. Barangkali Rastom setuju, lagu gini tak seceria jazz.

    Apa yang telah diarah, siapa yang kena arah, dan arah mana tuju pendidikan di Malaysia…?

    Rupanya ada sudah apa yang dinamakan Pelan Induk Kementerian Pelajaran.

    Apa?

    …yang menjurus kepada menyediakan pelajar sebagai insan ‘celik minda’.

    Jelas sekali ramai yang sudah tidak baca atau ikut lantaran barangkali telah menyimpang daripada Falsafah Pendidikan Negara kita.

    Ini ibarat kereta yang rosak serba-serbi, luar dan dalam, depan sampai belakang, atas sampai bawah…tak dimasukkan ke dalam bengkel kereta, sebaliknya hantar bawah pokok cat semula spoiler depan sahaja.

    Aduhai…

    Transformasi Pendidikan ialah hasilnya holistik.

    Seandainya tidak…macam biasalah…100 tahun gamaknya kerosakan berterusan yang kita sabari untuk membetulkannya.

    Memang ada yang patut sangat bertaraf lesson aje bukan education.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s