altantuya: fakta vs auta

Masalah. Dalam kes jenayah profil tinggi kerjanya cukup sukar. Pihak yang terlibat secara langsung dalam kerja siasatan tentulah pihak polis. Yang dikatakan masalah awal tadi ialah kerana sifatnya berada di tingkat profil tinggi – melibatkan pihak yang berada di tempat tinggi tinggi, sedangkan kita nun jauh dibawah. Lebih mudah selesaikan kes jenayah profil rendah, misalnya kes curi ayam, curi motor kapcai dan sebagainya. Bagaimana orang kecil kecil boleh faham kes jenayah orang besar -besar? Mudah saja. Gunakan akal logik.

1.Altantuya orang luar negeri, nun di Mongolia. Orang kecil mana ada peluang ke luar negeri? Tiket feri ke Langkawi pun sudah rasa terlalu mahal. Jadi tentulah orang besar yang selalu keluar negeri, mesyuarat begitu begini. Orang berduit.

2. Altantuya ada nama Islam. Apa maknanya? Ertinya, orang yang terlibat dengannya itu juga beragama Islam. Contohnya Jika saya bercinta dengan Angelina Jolie, bercinta giler kata orang tentulah Angelina akan ubah namanya jadi Azizah Jolie Abdullah kerana ingin bersama saya sehidup semati, lautan api sanggup direnangi. Jadi kesimpulan kita, yang bercinta berkasih sayang dengan Altantuya tentunya orang Islam dan di Malaysia ramai yang Melayu pula.

3. Oleh kerana jenayah ini dikatakan berprofil tinggi, ertinya ia melibatkan orang yang lebih tinggi kedudukannya dari kebanyakkan orang yakni rakyat jembel lagi marhaen seperti kita. Kuasa mereka lebih, wang pun banyak. Dalam negara yang demokrasinya cukup ideal, maksud Kedaulatan Undang Undang itu membawa erti kuasa Undang Undang mengatasi wang ringgit dan kuasa. Kes ini boleh kita buat satu ujikaji dan penilaian sejauh mana jentera demokrasi negara kita mampu menunjukkan sejauh mana Undang Undang itu berdaulat. Undang Undang yang relevan untuk kes ini menurut Peguam yang pintar lagi digeruni, Datuk Muhammad Shafee Abdullah ialah:

Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah
Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan
Seksyen 302 kanun yang sama kerana menculik, mengurung dan membunuh.

4. Polis menahan reman enam orang berhubung pembunuhan Altantuya. Selain penganalisis politik yang diwakili oleh Datuk Muhammad Shafee, turut ditahan ialah tiga pegawai polis dan dua penyiasat persendirian.

Itulah antara faktanya dan yang autanya nanti pasti keluar, tunggulah jika kes ini dibicarakan di mahkamah.

Seterusnya kita akan ketahui nanti samada orang orang yang direman polis itu akan didakwa atau dibebaskan. Jika di dakwa, kes ini masuk mahkamah. Di mahkamah nanti satu lagi episod akan bermula. Suratkhabar akan laris lebih dari biasa, melainkan jika anda seperti saya hanya membaca versi internet.

20 thoughts on “altantuya: fakta vs auta

  1. Yeop,
    hari2 biasa dapat paper free the sun, dah stop langgan skhabar kat rumah, pi cutilah, outstationlah, suratkhabar kadang2 mai jugak..haru..
    hari2 baca online macam-macam…

  2. holyorder, zalisa,

    Ya, yang penting jangan “create” facts. Dari fakta yang ada saja kita buat kesimpulan. Ini kes profil tinggi kan? hehehe. Yang menarik lagi hangat ialah sekarang ini siasatan di hala ke mana? Kepada pengulas? media? blog? atau kepada orang atau orang orang yang terlibat secara langsung?🙂

  3. memang dah lama buang akhbar sejak zaman reformasi dulu. baca pun sekadar mendapatkan fakta dan membandingkannya dengan berita dari laman siber. berita semua tolak tepi.

    mujur langit kita terbuka. jadi semuanya terbukalah

  4. Adakah beza kedaulatan undang-undang, dan undang-undang berdaulat…?

    Ada satu filem, Hero – Sean Connery. Kena penjara ialah belia kulit hitam. Oleh kerana pakatan dalam penjara, dan bijaknya hero selaku pensyarah bidang undang-undang. Bebas.

    Kemudian yang bebas itu membalas dendam menculik isteri dan anaknya, supaya dibunuh.

    Mujur hero berjaya, dan ahli keluarganya selamat.

    Tambahan, Perry Mason pernah tunjukkan pengkisahan kebijaksanaannya berhujjah dan disertai kredibilitinya sebagai peguam ternama, kes yang memang melepasi tahap keraguan bersalah, namun bebas.

    Apapun undang-undang rekaan manusia, dapatkah menandingi undang-undang ketetapan Allah.

  5. Sheikh Zub, tahukah Tuan bahawa Shakespeare itu jika dicongak congak dengan lidah asalnya orang Arab – Sheikhzubir? Oleh kerana lidah Inggeris kurang luwes maka berlaku korupsi fonetik jadi Shakespeare?

    Beda antara keduanya cuma pada susunan saja, “ke – an” pada daulat menjadikannya katanama.

    Mahkamah dunia ya Sheikh, banyak lompong sagunya. Kepakaran Karpal dan sekarang Shafee ialah meneropong dimana ada lompong. Yang mendakwa biasa terlepas pandang bab prosedural, borang itu ini. Silap isi borang bisa menjatuhkan status haram kepada yang dulunya halal. Keadilan mahkamah dunia secara idealnya hanya “berusaha” ke arah itu, samada sampai atau tidak wallahua’lam. Kena panggil Justin Vas kalau dia masih ada!

  6. Aku hidup di dunia ini hampir 50 tahun. Belum pernah aku berada di tanahairku ini, kisah paling menyayat hati seperti yang berlaku kepadanya.

    Aku tidak pernah tahu siapa dia. Aku tidak kenal dia. Tetapi, dia dibom. Dibom, Rastom. Sedangkan orang yang bergelar nelayan bom ikan pun aku kondem, inikan pula pengebom seorang wanita sepertinya, dan dia yang datang bertandang ke negara ini, sebelum pun riuh rendah kita nak bersopan-santun, menyambut 2007 Tahun Melawat Malaysia.

    Bertahun aku belajar dan mengajar komunikasi, inilah pembunuhan paling kejam, yang sungguh jelas fakta daripada auta.

    Masa aku tulis, Leave a Reply ini dulu, halwa romantis, lihat di atas, banyak soalan dari jawapan. Kini, aku search engine, informasi yang dipaparkan meningkat dengan banyaknya saban minit. Aku juga dapatkan informasi dari pelbagai sumber lain. Sehingga kini, soalan semakin sikit, dan jawapan semakin banyak. Tak perlu Lt. Colombo, aka Peter Falk, untuk kes ini.

    Sabit, kes sedang dalam perbicaraan dan mahkamah kuhormat. Jadi, tak boleh cerita panjang dan mendalam.

    Pun begitu, Atuk aku hanyalah penghibur di atas pentas, digelar orang di zamannya, Mat Lawak. Tapi, ketika diribaannya, dia pernah berkata, lebih kurang gini, “sepandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”. Dia kata ni Rastom, ketika sahabat sekerjayamu, Karam Singh Walia, masih sekolah rendah lagi.

    Aku yakin dan aku percaya, “Yang haq pasti tegak, dan yang bathil pasti tenggelam. Pasti terbenam.”

    Semoga, aku sendiri ambil iktibar dari kejadian ngeri ini.
    Fakta, Auta, dan Jantan 3 Ta.

  7. Sekiranya dia islam. Al-Fatihah untuknya. Dan yang paling sedih, seorang islam sanggup berbuat seperti seorang yahudi dengan meletupkan mayat orang lain. Tak sangka ada orang islam yang lebih kejam dari yahudi.

  8. Barangkali Rastom masih ingat JV – bukan Joint-Venture, tetapi Justin Vas.

    Itulah ketikanya hanya, ada yang sudi dedahkan Ad Venicondium, Ad populum…dan kemudian kami berdua tak ambil pengkhususan Ad vertising.

    Satu yang menarik dalam kuliahnya ialah pukul borong.
    Contoh: Ikan cencaru (dulu kat kampus kami sebut ikan jaket). OK, Ikan cencaru tak sedap. Cencaru ialah sejenis ikan. Jadi semua ikan tak sedap.

    Orang mahir pemikiran lateral, dan logik atau manthiq, sukalah perihal gini.

    Jadi kisahnya, sewaktu di Amerika Syarikat dulu, adalah satu rancangan popular – 60 Minutes.

    Pungutan suara – bila ditanya sampel orang Amerika Syarikat, pendapat umumnya ialah semua orang Rusia jahat. Krew dihantar ke sana. Tinjauan seminggu disorot menjadi 10 minit. Lalu disiarkan sebagai sebahagian rancangan tersebut. Kesimpulannya, ciri baik buruk orang Amerika Syarikat ada persamaan dengan orang Rusia.

    Di antara pukul borong yang digemari sejak dulu hingga kini ialah:
    Semua Muslim adalah pengganas.
    Semua orang Melayu ialah Islam.
    Semua orang Cha ya nun alif ialah Kafir
    Semua Yahudi kejam

    Barangkali Rastom boleh cari kata dasar Yahudi, tulislah khat Arabnya ya, dan kenapa Allah sebut petunjuk.

    InsyaAllah, saya bakal nyatakan gerakan 300 Khazars dalam mencorak The New World Order.

    Pembaling batu sembunyi tangan, yang wujud bagaikan Jawi itu Arabik. Padahal bukan.

    Tidak diketahui akan perkaitan kematian Altantuya dengan gerakan tersebut, namun kematian Saddam Hussein, jelas perkaitannya.

    Kedua insan yang telah kembali ke hadrat Allah, biarlah Allah Yang Penentu akan Islam tidaknya mereka. Sekadar nak sedekah Al-Fatihah, beri sajalah, supaya kelak usahlah kita terkedu di Yaum-mid-Din. Apa yang kita sangka kan di luar jangka.

  9. Ada udang disebalik mee. Takut ada orang besar terlibat(terlalu besar). Ke mana hala tuju sistem kehakiman malaysia

  10. Wahai bujang lapok, mana ada udang di sebalik mee. Barangkali ada udang galah di sebalik sechop-stick mee.

    Jika pelajar sekolah rendah menentukan hala tuju sistem kehakiman malaysia, itu sudah kira pelek walau pun benar.

    Jadi hakim lah yang menentukan hala tuju sistem kehakiman malaysia. Tak kan pemandu teksi pulak kan? Walau pun mereka mulia. Biarlah hakim. Jika tidak, akan tiba masa dan ketika badan ini tidak lagi dihor mati.

    Keadilan pasti tegak, kebathilan pasti tumbang. Itulah mahkamah Ilahi.

    Rastom barangkali masih ingat, ada yang mempersoalkan kes selesai begitu efisyen di Iran sewaktu Khomeini memimpin awal 1980an. Namun, Rastom beritahu saya, oleh kerana terlalu banyak kes yang tertunda, tertunggak, ditunda dan ditunggak, maka orang pun dah lupa dan tulang pun dah reput, banyak bukti boleh terhilang, dan macam-macam auta pun ada, maka ketika itu mahkamah di Iran beroperasi siang dan malam. Banyak kes selesai.

    Di tempat lain, perlu diketahui pukul berapa Tuan itu masuk berkhidmat, waktu makan berapa kali dan berapa lama, dan balik dari berkhidmat pukul berapa. Maka ketahuilah kita betapa yang berlaku seperti di Iran tidak mungkin berlaku di tempat lain. Termasuk yang ada mee dan udang galah.

    Tanpa menghina sebarang mahkamah di mana juga, kes Altantuya di antara fakta dan auta, semacam ada mee lebih besar daripada udang galah.

    Pun begitu, orang Melayu ada pemerhatiannya: Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh pasti terjerat.

    Allah juga yang Maha Mengetahui.

  11. Rastom,

    Menurut laporan sebuah akhbar tempatan hari ini ada wajah dan citra Altantuya Shariibu di You Tube. Hang boleh buat voice over dak, guna mixer halwa telinga tu. Kalau tak cukup karan, hang tau mana nak ambik. Bahasa Jerman daa. Terjemah yang ni, migrane hilang punya. Cari kat sini:

  12. zub, file dari youtube selalunya orang link saja, load/upload bermakna memindahkan file tesebut secara pukal – letihlah server – pun demikian tak menjadi untuk kita membuat link ke sana tanpa melanggar hakcipta. Nanti sat, kkibod aku dengan monitor la ni dah semakin geylong. Sat ada sat tarak. Semua tu minta duit belaka….

  13. Memang betul. Saya dan famili pernah dan sedang mengalami situasi ini. Tak tau nak percaya pd siapa. takut pulak nak cakap lebih-lebih. nanti kena reman pulak….naya kena tido lokap. org besar boleh selamat dr undang2, kita org kecil… AKU SEMUT MERAH…….

  14. Pada saya hanya satu nak cakap dan nak pesan pada semua yang buat tak betul, ingatlah engkau mati juga, mudah2an akan datang yang teraniaya memberikan ampun damn membawa segelas air untukmu dalam neraka…

    jai, kalau semua mau beringat begini, alhamdulillah aman Malaysia sampai kiamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s