Mari Membaca

Hari ini saya mengajak anda membaca secara kreatif. Ada cara lainkah membaca? Qiraat al Quran ada pelbagai variasi. Bahasa Jepun ada pelbagai teknik menulis dan membaca. Tulisan jawi pula lalui pelbagai transformasi , inikan pula tulisan rumi. Untuk sesi belajar membaca yang saya maksudkan ini kerjanya cukup mudah. Anda cuma perlukan masukkan perkataan “pemimpin” sebelum atau di hadapan mana mana perkataan Melayu yang anda temui. Silakan, dan seterusnya nyatakan samada terdapat perbedaan makna atau apa?

Umno garis lima teras pacu minda ^ Melayu.

KUALA LUMPUR: Umno bertekad untuk memacu minda ^ Melayu dalam membina generasi mengamalkan budaya cemerlang melalui lima teras utama supaya umat ^ Melayu bukan saja menjadi bangsa yang maju, malah dapat bersaing di gelanggang dunia.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, berkata lima teras bagi memacu minda ^ Melayu ke tahap optimum itu ialah pemantapan kepemimpinan transformasi (superbombastik!), bekerja sebagai satu pasukan, menjayakan agenda ^Melayu, mempertahankan akidah dan memacu minda generasi muda.

Jika anda masih berminat meneruskan teknik membaca ini silakan ke laman versi asalnya.

One thought on “Mari Membaca

  1. Pak Rastom,

    Ucapan pemimpin di Malaysia malas didengar oleh orang awam kerana meleret dan superbombastik. Sebab tu ramai orang tido bila peminpin bercakap.

    tapi, saya celik mata besar bila Bush nak berucap, sebab ucapannya ringkas, tepat dan sampai pada orang yang mendengarnya. tak sampai 400 patah perkataan pun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s