Mengapa Kami Bantah!

Mengapa Kami BantahAda apa dengan buku ini? Kenapa dan siapa membantah? Kenapa begitu berani membantah? Apa yang tak kena?

Untuk mengetahui dengan terperinci bab bantah membantah ini, bacalah buku ini. Buku berkonsepkan Open Book pertama di Malaysia. Bantahan dari para ilmuan tidak sama dengan hujah para politikus. Darjat manusia tinggi dengan adanya ilmu, tingkatkan darjat kemanusiaan anda dan lawatilah Kongres Bahasa untuk membaca buku tersebut.

11 thoughts on “Mengapa Kami Bantah!

  1. Kehidupan berdasarkan kebebasan untuk mengasihi kebaikan akan menjulangkan keistimewaan manisnya dakapan jiwa yag menyaluti minda tatkala berbicara.
    Tidak ada ketakutan tidak juga mahu penumpahan keringat banjir oleh impahan kolam-kolam merah kerana
    mutiara yang bersabda adalah dari kemilau cahaya langit tujuh petala erat jalin umbi dek akar lapis bumi jua tujuh petala.
    Menumbuh semangat untuk berpegang kata :

    ” Kerana sesungguhnya ini bukanlah buta pemandangan/penglihatan melainkan buta hati yang ada di dalam dada.”

  2. KENAPA KAMI BANTAH
    Tidak Sesuai dan Tidak Wajar
    Dalam Konteks Malaysia Maju

    Setelah membaca tulisan Dato’ Zainal Abidin bin Abdul Wahid
    Ketua Kumpulan Prihatin, agak sukar untuk saya menyokong penafian beliau, mahu pun saya menyertai usaha bantahan kumpulan yang diketuainya.

    Hujjah Pertama:
    Jika seseorang ketua dan menulis dengan menyebut rambutan, langsat, tempoyak…dan kemudian berkata, ini bukan perihal buah. Agak sukar untuk menyokong penafian itu melain secara membuta tuli.

    Fikiran saya masih waras.

    Begitu juga telah dirakamkan dalam buku berkenaan, Dato’ Zainal Abidin bin Abdul Wahid telah menulis dengan menyebut Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, nasib dan masa depan kaum Melayu di Malaysia, Datuk Dr. Ling Liong Sik, Dong Jia Zong (Grakan Pendidikan Cina), 55% Bumiputera dan 45% bukan Bumiputera, kemudian menulis penafian, kita bukan ada perkauman.

    Agak sukar untuk menyokong penafian beliau itu. Di tambah dengan apakah perlu beliau sebut, 13 Mei 1969? Ngeri untuk menyertai kumpulan ini walaupun prihatin.

    Hujjah Kedua:
    Adalah tidak wajar doa seorang murid yang berbunyi, “Wahai Pemeliharaku, jadikanlah aku dapat nombor satu dalam peperiksaan darjah empat tahun ini, dengan menjadikan semua murid lain dalam darjah ini gagal”.

    Begitulah juga, bila Dato’ Zainal Abidin bin Abdul Wahid nyatakan, kami sedar dan insaf terhadap nasib dan masa depan kaum Melayu di Malaysia.

    Apalah yang susah sangat. Majulah kaum Melayu, siapa yang larang? Tetapi bukanlah dengan hadirnya harapan supaya lain-lain kaum statik, mundur, atau tidak maju.

    Hujjah ketiga:
    Adakah kaum Melayu dipinggirkan oleh kaum lain, ataukah mereka sendiri yang meminggirkan kaumnya sendiri, hanya kerana kaum ini tidak memahami konsep perubahan sebagaimana yang telah Allah tetapkan.

    Ada tiga contoh yang ingin saya kemukakan.

    Contoh pertama: kedai runcit di Seksyen 6, Shah Alam. Ada tiga kedai, Melayu, Cina, dan India. Sila ke sana bila kelapangan masa, dan saksikan sendiri, kedai mana yang tutup, kedai mana yang masih kekal, dan kedai mana yang maju.

    Contoh kedua: Pekan Kupang, Baling, Kedah. Deretan kedai Cina menawar khidmat kepada penduduk tempatan. Usaha tutup jalan ke situ, dan pembukaan Pekan baru Kupang berhampiran, telah pun dilangsungkan. Akhirnya jalan yang nak ditutup dibuka semula, pekan baru itu pula yang tutup.

    Contoh ketiga: Perhatikan mahasiswa Melayu dan mahasiswa lain-lain kaum. Saya sebagai Pensyarah, memerhatikan betapa dahaganya mereka kepada pengetahuan, terutama bila mereka sedar pensyarah sudi kongsi pengetahuan tanpa bias dan prejudis bangsa. Sedangkan, ukur lah berapa panjang keluh dan kesah, mereka yang diberikan satu tugasan tambahan, demi inginkan mereka maju.

    Banyaklah lagi contoh. Apa yang telah disebut cukuplah untuk sesiapa pun yang waras bertambah yakin tidak ada usaha meminggirkan sesiapa. Samalah seperti graduan lulusan universiti yang sudah bekerja dan selainnya masih menganggur. Kegentaran wujud bila sesebuah organisasi kukuh kerana etika kerja, mutu kerja, dan bukti hasil yang menguntungkan. Ambillah kalau berani graduan yang nak makan gaji buta di organisasi anda.

    Hujjah Keempat: Kuasa dan Keadilan
    Pemimpin utama Melayu, Parti teras Melayu, Pentadbiran Negara Melayu. Tiadakan mungkin mereka selama ini tidak memajukan orang Melayu di kalangan penduduk dan rakyat negara ini. Namun, tidak boleh pula mereka memajukan orang Melayu sahaja, kerana hebatnya negara ini adalah kerana berbilang kaum.

    Sedarlah bahawa ukuran insan sebenarnya, pada saya, ialah potensi dan performans, bukan ikut nisbah penduduk dan komposisi kaum. Ini perlu dilihat dalam konteks menjadi Malaysia unggul di persada global.

    Hujjah Kelima: Bahasa pengantar.
    Perjuangan semua bukanlah perjuangan satu bahasa. Orang Melayu memperjuangkan Bahasa Melayu. Orang Cina memperjuangkan Mandarin. Sebaiknya, Perjuangan bahasa adalah perjuangan menguasai semua bahasa di dunia.

    Isu bahasa penghantar pendidikan sains dan matematik ditukar pula ke bahasa Inggeris, yang diusahakan oleh Dato’ Zainal Abidin bin Abdul Wahid, dan kumpulannya,pada saya bukanlah satu perjuangan yang bermakna, dan bukanlah bererti sangat jika disokong atau dibantah.

    Hujjah keenam: Strategi
    Contohnya dua pekebun, tanam pokok yang manghasilkan keperluan harian. Kemudian kedua-dua merebut peluang ladang supaya tanam pisang untuk eksport. Pekebun pertama, meratakan seluruh ladang, dan tanam pisang sahaja. Pekebun kedua mengekalkan tanaman sedia ada, di samping memajukan ladang baru.

    Jadi, apa yang disebut oleh Dato’ Zainal Abidin bin Abdul Wahid, sehubungan dengan Kolej Tunku Abdul Rahman, Institut Perguruan Sultan Idris, dan Institut Teknologi MARA. Jelas bahawa bijak strategi, berbanding kalah strategi.

    Hujjah ketujuh: Sejarah.
    Apa yang disebut oleh Dato’ Zainal Abidin bin Abdul Wahid, adalah benar kerana pada masa itu, atuk nenek kita lahir di tanahair ini. Atuk nenek orang lain difaktor tarik dan tolak, lalu berhijrah mahupun mendatang semacam pelarian ke sini.

    Tetapi, hari ini adalah sejarah masa depan, yang mana, Muhammad Arif Abdullah, Tan Chong Lai, Muniandi, dan lain-lain lagi, adalah anak kelahiran Malaysia.

    Hujjah kelapan: Persepakatan.
    Mengenai persepakatan yang disebut oleh Dato’ Zainal Abidin bin Abdul Wahid, silalah rujuk kepada hal yang mudah tapi bernilai untuk direnungkan.

    Restoren Makan. 10 Mamak seorang keluar RM 1,000, pendapatan harian RM 10,000. Kini sudah ada 10 Restoren. Persepakatankah itu?

    Saya beri satu nama penganjur yang juga pengelola, sekiranya ada pihak yang perlukannya, Orang Melayu masih taraf digerai, dan bebila sahaja sedia berasak singsing lengan, walaupun berniaga di pasar malam.

    Persepakatan? Adeh!

    Setakat ini dulu, InsyaAllah bersambung…

    Walaupun apa persepsi anda terhadap hujjah yang saya bentangkan di sini, mesej saya senang sahaja. Orang Melayu perlu bangkit dan memajukan diri, keluarga dan kaumnya sendiri. Berpindahlah daripada pemikiran keadilan pemerentah yang kecil di dunia kepada keadilan Allah, pemerentahan yang besar di alamraya ini.

    Daripada bersikap dan bersifat membantah apa yang telah terlaksana, adalah lebih baik kita menyokong kemajuan kaum Melayu yang serba-serbi layu.

    Zubli Zainordin

  3. Berita laporan oleh Norfatimah Ahmad, Mohamed Farid Noh, Norbaizura Zaini dan Azrul Affandi Sobry, “Naib Canselor akui ada pensyarah tak mahir Bahasa Ingeris,” ada kaitan dengan usaha pejuang Bahasa Melayu umumnya, dan tokoh yang berkenaan usaha “Mengapa Kami Bantah! Penggunaan Bahasa Inggeris bagi Mengajar Sains dan Matematik”. Sedari dahulu hingga kini.

    Hal yang terjadi hari ini telah saya jangkakan berlakunya sejak 1983 lagi. Rastom tahu hal ini, betapa ada pensyarah kami sendiri sewaktu di kampus dahulu, sememangnya tidak mahir berbahasa Inggeris. Khususnya mereka dari kalangan pensyarah lulusan Universitas di Indonesia, dan Universiti lokal yang mempelopori bahasa Melayu.

    Sepanjang 100 tahun lagi, masalah ini akan bergolek dan bergolak dengan lebih teruk lagi. Ingatlah pesanan saya ini, yang dirakamkan di sini.

    Jadi demi bangsa dan negara, teruskanlah perjuangan yang anda perjuangkan sekarang untuk mendaulatkan, memartabatkan, dan memperkasakan bahasa Melayu. Bantahlah sebarang usaha lain yang berlawanan dengan perjuangan anda itu.

    Kesan perjuanganmu itu, akan 100 tahun pun belum tentu jenerasi mendatang dapat selesaikan herotnya.

    Buat masa ini tidak banyak yang boleh dibantu untuk memajukan pensyarah yang tidak mahir dalam bahasa Inggeris. Walaupun ada pendekatan seperti Enersco English, Suggestopedia, yang mampu menjadikan individu mahir bercakap dalam bahasa Inggeris, mampu menulis dengan berkesan dalam Bahasa Inggeris, dan mampu berfikir dalam bahasa Inggeris. Khabarnya, mimpi pun boleh juga dalam bahasa Inggeris. Kalau itu bukan hasratnya, boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris pun memadai demi kejayaan dan kemajuan mahasiswa masa kini. Tetapi buat apa semua itu, apa yang penting, bantahlah supaya selain bahasa Melayu tidak dominan di universiti dan seluruh institusi pendidikan.

    Jika sesebuah Kementerian hanya setakat lesson sahaja dan bukan pendidikan, maka sukar untuk pantau program IPTA nak mantapkan bahasa global ini, khususnya yang nyata bermula di peringkat sekolah lagi. Untuk sementara waktu, kita katakan sajalah kita akan pantau. Pun berapa ramaikah pegawai pemantau yang mahir bahasa Inggeris dan tahu memantau. Lagi pun kerja memantau senang, dan mampu menangkis kebisingan orang ramai di kalangan rakyat. Namun, mungkinkah satu lawak lagi akan terjadi bila pemantau dan yang dipantau, 2 Kali 5 juga. “Hantam saja lah Labu, I also are not know what the sepatah haram you teach-teach.” Jawabnya. “Jaga imej daa, lapor je yang baik, what I are teach-teach kat sini you say good dah lah, people is do not know, yang ramai dalam kuliah ini, if they is jadi pengganggur later when they keluar kampus, lantak lah. Both us of also get gaji bulanan what”.

    Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bakal mengakui dan menerima hakikat tidak lama lagi akan lebih ramai dan meningkatnya jumlah pensyarah yang kurang mahir menggunakan bahasa Inggeris. Tapi apakan daya, hal ini tidak dapat dibaiki lagi buat masa ini. Kita hanya mampu kata pantau dan follow-up. Biarkanlah. Sabarlah sahaja. Apa yang penting kita bantah.

    Memang hal ini belum membimbangkan, pada masa kini. Jadi bila sudah teruk dan mencemaskan, barulah kita fikirkan untuk tempoh yang kita lengahkan lama, 10 tahun ke, apa yang mungkin barangkali kita akan ambil untuk mula mencari jalan menyelesaikan perihal pensyarah yang tak mahir bahasa Inggeris ini. Kalau boleh kita carilah jalan ringkas, jalan yang tidak betul, dan jalan yang tidak berkesan. Sementara itu, kita terus bantah.

    Sebaiknya anda sorok dahulu hasil penemuan kajian ini dari pengetahuan orang ramai. Senyapkan. Anda katakanlah hasil kajian ini memakan masa bertahun-tahun dari pengkaji untuk sampai ke pangkuan Menteri. Apa yang sebenarnya anda tahu, anda selesaikan perlahan-lahan, selama 10 tahun ke, atau 100 tahun ke. Haa, kemudian barulah anda dedahkan hal yang sebenarnya.

    Janganlah ada di kalangan kita yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris. Jika boleh pensyarah dan pelajar dari kalangan orang Melayu, biarkanlah mereka tidak tahu langsung berbahasa Inggeris, bahasa penjajah ini. Itulah sebab mengapa anda perlu bantah.

    Banyak negara yang rakyatnya tidak tahu berbahasa Inggerispun boleh maju juga di peringkat global. Sebab itulah
    anda perlu bantah.

    Bantahlah sebarang usaha untuk menghantar pensyarah yang dikenal pasti itu daripada mengikuti kursus dan latihan intensif bagi memantapkan penguasaan bahasa. Peruntukan yang sebanyak itu, wangnya boleh disalurkan untuk meringankan bebanan rakyat pengguna tol, yang harganya bakal naik tidak lama lagi. Tak tahu berbahasa Inggeris pun, boleh lalu lepas tol. Dengan itu anda bantahlah.

    Usaha membantah berpuluh tahun dahulu, hasilnya pensyarah baru yang masih muda adalah golongan dikenal pasti kurang mahir menggunakan bahasa Inggeris. Jika bantahan ini berterusan, maka pensyarah baru jadi lama, dan pensyarah baru diambil pula bekerja di universiti, maka memang tidak ada sesiapa pun di kalangan orang Melayu selepas itu yang mampu berbahasa Inggeris. Maka bantahlah secara berterusan.

    Sememangnya usahlah pensyarah terbabit disalahkan kerana mereka terhasil daripada sistem pendidikan sedia ada yang lebih menekankan bahasa Melayu. Jadi bantahlah juga sebarang usaha untuk memajukan sistem pendidikan berdasarkan prejudis bangsa dan nasionalisme. Biarlah sistem pendidikan yang ada sekarang kekal 100 tahun lagi. Walau pun kita tahu 1001 kelemahannya. Anda usahalah untuk kekal
    supaya layunya Me…layu, membolehkan kita bersabar.

    Maka anda bantahlah secara sesungguh dan berterusan. Kelak orang Melayu akan ditimpa kemengkalan yang 100 tahun pun belum tentu dapat ditangani dan diselesaikan. Marilah kita bersabar ketika ini jika orang Melayu mundur. atau orang Melayu bertambah layu. Biarkanlah. Kita hanya mampu bersabar. Bersabarlah ya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s