Murtad: Sanggup menjadi paria di negeri sendiri

Akhbar BBC mengisahkan seorang Melayu yang murtad, dengan nama samarannya Maria, menceritakan kesulitan hidupnya setelah bertukar agama. Ini bukan cerita khabar angin seperti SMS yang menuduh orang murtad. Anda boleh terus ke laman tersebut dan baca apa yang dilaporkan oleh BBC Radio 4’s Crossing Continents. Pihak gereja tidak mahu mengeluarkan sebarang dokumen atas sebab sebab tertentu dan tidak akan membela beliau jika pihak berkuasa bertindak.

My church says if the authorities come, they are not going to stand up for me. I have to stand up for myself

Di penghujung cerita, saya temui sebabnya kenapa sanggup murtad, walaupun menjadi paria dalam masyarakatnya,

For Maria there is a lot at stake. She has a boyfriend who is also a Christian and knows she is too.The couple want to get married.

Sayang selasih hamba lurutkan…………..

Satu kisah lain yang wajar mengajar Maria erti pegangan Islamnya ialah kisah Keith Ellison, wakil rakyat Muslim pertama USA. Dalam temubualnya dengan hos CNN Glenn Beck:

BECK: Izinkan saya bertanya sesuatu yang agak luarbiasa?

ELLISON: Silakan

BECK: OK. Jangan marah, saya kenal orang Islam.Saya suka mereka.Saya pernah ke mesjid. Memang saya tidak percaya iIslam itu agama jahat…….Dengan pengakuan saya itu inilah soalan saya//////Tuan seorang ahli Demokrat …soalnya, Bolehkah Tuan buktikan yang Tuan tidak bersekongkol dengan musuh musuh kami..’ Dan sudah tentu Tuan tidak terlibat dengan mereka. Bukan saya menuduh Tuan seorang musuh tetapi, itulah yang saya rasai, dan saya rasa ramai orang Amerika pun demikian.

ELLISON: Baiklah, dengar sini, rakyat di Daerah Kelima Kongres yakin saya sayangkan negara ini. Tiada yang lebih patriotik dari saya. Maka Tuan tahu, saya tak perlu membuktikan apa apa kepada Tuan.

BECK: Ok, saya faham. Saya pun tak menyuruh Tuan buktikannya. ….dan saya rasa ini cukup bagus, menarik, satu petanda bahawa Tuan…er boleh jadi ikon untuk membuktikan kepada Eropah caranya Tuan berintegrasi di dalam sesebuah negara.

Siapa tahu, Islam bakal menyerlah di negara luar dari zon negara Islam?
Tersilapkah Ayatullah Khomeini bila mengeluarkan fatwa terhadap Salman Rushdie? Terkini, beliau bersama pelakon Rowan Atkinson (Mr Bean) yang punyai ramai peminat di Malaysia bergurau senda begini:

I said that I had once written a sentence in which I said it was hard to take seriously a religion whose believers spent so much time with their bottoms higher than their heads.

Dan Mr Bean pula dalam sebuah komedinya memberikan suara latar kepada satu klip video yang memaparkan jemaah sedang ruku’ dengan kata-kata:

And the search goes on for the Ayatollah’s contact lens

Anda tidak percaya? Sila baca di FrontPageMag.

25 thoughts on “Murtad: Sanggup menjadi paria di negeri sendiri

  1. Tuan Rastom,

    Marilah kita analisis peta taburan bahasa dan agama.

    Di mana-mana sahaja apabila bahasa-bahasa Inggeris, Sepanyol, Portugis, Peranchis, Jerman dan Belanda diterima pakai sebagai bahasa rasmi, maka di situlah agama Kristian berjaya bertapak di kalangan rakyat negara itu.

    Di kalangan orang Cina dan India negara kita ini, mereka yang masuk Kristian adalah mereka yang menuturkan bahasa Inggeris.

    Di Indonesia, mereka yang masuk Kristian adalah mereka yang menuturkan bahasa Belanda.

    Cuba tengok di kalangan orang Melayu yang murtad masuk Kristian, macam si Maria itu, mereka menuturkan bahasa Inggeris.

    Malah di kalangan ulamak kita pun kita dapat lihat ulamak2 yang fasih menuturkan bahasa Inggeris (ditambah pula jika mereka memegang PhD dari UK dan USA) pola pikir mereka berbeda (lebih mudah berkompromi kepada logik pragmatisme) daripada ulamak2 yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

    Saya tidak mengatakan semua yang fasih berbahasa Inggeris lebih terbuka kepada pengaruh Kristian, sebaliknya yang terpengaruh itu memang fasih bahasa Inggeris.

    Cina dan India yang bodoh bahasa Inggeris tidak masuk Kristian, mereka kekal dengan agama nenek moyang mereka. Mana-mana yang masuk Kristian memang fasih Inggeris.

  2. Puan SifuPTS,

    Pelik! Dulu orang tua heboh konflik hantar anak mengaji sekolah orang putih kerana takut jadi Krisitian tetapi tiada langsung yang jadi Kristian, sekarang tiada sekolah orang putih, cuma “sekolah kebangsaan”, tetapi sudah heboh murtad. Adakah “sekolah kebangsaan” ini puncanya?

  3. Tuan Rastom,

    Tentang isu murtad ini, kita tidak ada data profail individu2 yang murtad, jadi sukar hendak buat generalisasi.

    Setiap individu mendapat 2 pendidikan, satu di rumah, satu di sekolah.

    Sekolah kebangsaan tidak menjalankan kerja-kerja mengkristiankan budak2 Cina dan India. Ia juga tidak menjalankan kerja-kerja memurtadkan budak2 Melayu.

    Saya adalah produk sekolah aliran Inggeris. Memang zaman saya dihantar ke sekolah Inggeris dulu, orang2 kampung menganggap ibu bapa saya silap, sebab mereka menganggap saya dihantar ke sekolah Kristian.

    Sebagai seorang produk sekolah Inggeris, saya menjadi pemain dan sekaligus saksi kepada impak pendidikan Inggeris ke atas psyche budak-budak Melayu kampung yang mengikuti pendidikan Inggeris pada zaman saya.

    Isu “jadi Kristian” ini bukan soal murtad 100% masuk Kristian, tetapi isu “the degree of Christian influence”.

    Nota:

    1. Para pejuang bahasa Melayu yang memperjuangkan tulisan rumi bagi menggantikan tulisan jawi adalah mereka yang berpendidikan Inggeris. Jangan terkejut, Za’ba juga tidak menentang penggantian jawi ke rumi!

    2. Pakar-pakar linguistik yang berjuang membuang sistem ejaan bagi bunyi2 Arab (dulu kathi, sekarang kadi; dulu hadith, sekarang hadis) adalah mereka yang berpendidikan Inggeris. Alasan yang mereka kemukakan itu adalah bunyi-bunyi Arab itu bukan bunyi2 Melayu.

    Mereka tolak bunyi2 Arab yang sudah lebi 400 tahun diserap oleh Bahasa Melayu, sebaliknya mereka terima pula bunyi2 pinjaman daripada bahasa Inggeris dalam sistem ejaan baru (1972) yang mereka cipta itu.

    Perjuangan pakar2 linguistik berpendidikan Inggeris itu ditentang sehingga hari ini oleh Persatuan Ulamak Malaysia. Mereka mengatakan Bahasa Melayu yang dikatakan oleh pakar2 linguistik itu adalah Bahasa Melayu Jakun, yakni Bahasa Melayu sebelum kedatangan Islam! (Ini hujah Presiden PUM, Prof. Madya Abd. Ghani Shamsudin pada Kongres Bahasa ke-6.)

  4. Asalam, saya rasa masaalah murtad ini berpunca bilamana umat meninggallkan usaha berpesan-pesan sesamanya. Bayangkan, kalau anak kita begitu terikut-ikut hingga memakai rantai leher yang ada salib, dan kita tidak menegurnya, tentulah makin terasa bebas-lepas dia, begitulah dengan perkara-perkara seterusnya… umat harus sentiasa berpesan sesama Islam, bukan atas dasar benci atau nak mengumpat dll, tetapi atas dasar kasih-sayang dan melindungi sesama umat.
    Tentang bahasa Arab yang diMelayukan, pernah suatu hari, saya diminta oleh kawan-kawan Arab saya untuk berdoa, saya menolak kerana saya pun bukanlah tahu doa panjang-panjang, tetapi diaorang suruh juga, dalam bahasa tempatan. Jadi saya pun mula berdoa, tiba-tiba bila saya berdoa, “Ya Allah, kami mensyukuri nikmatMu”, salah seorang dari kawan Arab saya menegur, dia beritahu, bukan “nikmat”, tetapi “nikhmat”. Ayat “nikmat”sebagaimana yang kita belajar dan biasa sebut diMalaysia, itu maknanya bala. Segan saya.

  5. Hello. Isu murtad sebenarnya pandangan seseorang individu itu. Secara dasarnya, kita dapat menyatakan bahawa kebebasan seseorang untuk keluar daripada sesebuah agama. bagi saya, seseorang yang keluar agama Islam atau pun Kristian sebenarnya tidak memahami sendiri agama yang mereka anuti. Mereka tidak pernah cuba mengenal siapa itu Tuhan. Apabila mereka berputus-asa untuk mengenal Tuhan maka, mereka akan murtad. Mencari Tuhan yang mereka sendiri masih was-was lagi. di dunia ini Tuhan hanyalah satu. terpulang kepada seseorang individu untuk mentafsir siapa Tuhan bagi mereka kerana Tuhan bagi agama Islam dan Kristian adalah sama. Semoga isu murtad tidak diperbesarkan lagi. Amen….

  6. terkadang “Tuhan” yang dicari makin dicari makin tdk dikenal..mereka menjadi bingung dan menjadi pak turut sahaja.Asalkan beragama.Akibatnya pegangan bercapur aduk dengan adat budaya sehingga sukar dicari dasar dari kepercayaan kitab masing2.Tak kenal maka tak cinta…makin dikemal semakin dicinta begitu la kiranya…

  7. Asslammualaikum…dalam isu murtad ini…ada pelbagai perkara yang boleh menyebabkannya berlaku…namun..sebagai hamba ALLAH SWT saya sangat bersyukur dengan nikmat dan iman dalam ISLAM agama terakhir. Nikmat Islam itu ada pada insan muslim dan muslimah…tidak mustahil nikmat itu akan diuji oleh Allah Yang Maha Kaya…andai kita mampu melepasi ujian, kita akan mendapat kenikmatan yang lebih besar dari Allah..andai sebaliknya…tersesatlah dari jalan lurus ALLAH. Bukankah dunia ini hanya pentas ujian bagi menusia untuk mendapatkan keredhaan ALLAH Yang Maha Agung?? Semoga lebih baik dari sebelumnya…wassalam.

  8. heh.. aku suka yang ni… dah ramai pun yang nak jadi paria kat tanah sendiri ni… lupa agaknya ‘mereka’ itu…

  9. Dengan Kalimah bismilahirahmanirahim.. Saya membaca isu melayu murtad ini dan merasa sudah sampailah masanya kita mengakui yang silap itu adalah kita..kerana tidak mendalami agama kita sendiri cukup dengan belajar solat 5 waktu puasa dan pergi umrah dan haji lepas tu untuk perempuan bertudung lintup dan lelaki berkopiah dan berjubah…maka sempurnalah islam itu di pandangan orang melayu,sedang islam itu ialah penghayatan..membawa roh islam itu dalam diri menjiwainya sehingga terasa tuhan itu ada memerhatikan kita dimana-mana saja kita berada..sekiranya melayu murtad ini dapat merasai kehadiran tuhan di dalam hatinya dan merasa betapa kasih sayangnya adakah mereka itu akan murtad atas isu-isu seperti mencari cinta lelaki murtad kerana merasa tuhan tidak mendengar doa mereka dan murtad kerana banyak bercakap bahasa inggeris,saya minta janganlah kita salahkan bahasa itu tapi lihatlah dalam diri kita sendiri yang sudah tiada roh islamnya…hilang jati dirinya. Sekiranya seorang insan tahu ikatannya dengan tuhan dan sedar pula yang perjalanannya di alam yang fana ini adalah ujian maka dia akan mencari dirinya dan pencarian itu akan menemukan dirinya dengan tuhannya…dan sedarlah dia yang dia itu hamba dan tujuan dia di alam yang fana ini…tanpa kesedaran begini manusia mudah lupa diri menjadi gila mengejar hawa nafsunya dan paling teruk hatinya menjadi buta,maka tiada berguna amalan yang zahir spt solat sekiranya hati telah buta kerana dia tidak dapat merasa nikmat solat itu tidak merasa ketika tuhan melimpahkan nur pada dirinya..tidak hairan jika melayu mudah murtad..tuan-tuan yang budiman fikir-fikirlah sudah lama anak bangsa hilang dirinya yang batin dan sudah lama jiwa kita ini tidak mendapat makanannya iaitu zikir pada allah dan mengingati dia setipa masa…melayu akan mudah murtad sekiranya tiada pengisian dalaman tidak kira lah betapa soleh dan solehah dia kelihatan pada pandangan mata zahir kita…
    mulakanlah dengan muhasabah diri kerna 60% masalah adalah bermula dari diri sendiri..perharikan diri kita yang didalam perhatikan apa yang anak-ank kita baca dan tonton perhatikan apa yang kita sibukkan dari pagi ke malam maka tuan-tuan akan mendapat jawapannya kenapa melayu mudah murtad

  10. Sedih saya mendengar kes murtad.Bolehkan kita
    sama-sama membendungnya.Tak usah terlalu banyak menyalah antara satu sama lain.Perkara penting cari jalan penyelesaian dan uji keberkesanan jalan tersebut.Marilah sama-sama kita memandai dan memahirkan bangsa kita.Moga kita berjaya..

  11. Assalammu’alaikum,
    Saya sedikit terganggu dengan komen mengatakan Tuhan bagi agama Islam dan kristian adalah sama.
    Saya terpanggil untuk menyatakan, jelas lagi terang, sama sekali tidak sama!

  12. Itulah sebabnya ramai ulamak masuk gelanggang politik sekarang ini, tak lain tak bukan kerana mahu mempertahankan mertabat agama Islam, kerana dengan adanya kuasa, barulah mereka menggubal atau mengatur program tertentu untuk menrealisasikan hasrat itu. Tapi mereka ini dicemuh & diperlekehkan kononnya mereka gila kuasa.

    Pemerintah yg ada pandang isu murtad ini perkara remeh, dari dulu… kini & selama2nya; jadi bagaimana nak membendung penyakit ini?

    Hanya orang Islam yang peka & berkomitedlah sepatutnya wajib melakukan sesuatu utk mengatasi masalah ini.

    spike_thru
    (nama samaran)

  13. ORANG2 YANG MURTAD ITU KASIHAN, KASIHAN, KASIHAN, MEREKA TAK KENAL AKAN DIRINYA SENDIRI……..NEVERMIND TUHAN YANG MAHA ESA.
    SUBHANALLAH………

  14. salam..apa kah hak kita nak menafikan hak seseorang itu untuk mendapatkan sesuatu yang dia rasakan benar bagi dirinya?salah atau tepat pilihanya dia yang akan menanggungnya di akhirat..mahukah kita orang lain yg menentukan hidup kita?tentu tidak bukan?jadi biarlah mereka memilih jalan hidup mereka sendiri..jalan hidup yg mereka rasakan benar bagi mereka..kehidupan di akhirat adalah pilihan masing-masing..renung-renungkanlah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s