Reaksi pembaca Cina: Perhimpunan Agung UMNO

Reaksi pembaca akhbar Sin Chew terhadap perbahasan yang menyentuh isu isu perkauman menarik perhatian. Ada baiknya dilihat apa yang ditegurnya dari segi kesungguhan berusaha menjayakan bisnes. Katanya….
Usah diteruskan perbalahan ini. Tiada siapa di Malaysia yang mencabar hak hak Melayu atau Islam.

Sebaliknya, semua rakyat Malaysia yang waras (termasuk bukan Melayu) mengharapkan orang Melayu dapat memperbaikki hidup mereka secepat mungkin. Juga, orang bukan Islam inginkan kejayaan Islam Hadhari Pak Lah.

Orang bukan Melayu faham bahawa penduduk negara ini 60% Melayu dan 65% Muslim. Jika Melayu/Muslim ketinggalan dalam arus pembangunan, seluruh negara juga terkesan.

Makanya , bukan saja orang bukan Melayu perlu hentikan niat buruk atau mengambil kesempatan dari keadaan ini sebaliknya mereka juga akan berusaha membantu orang Melayu dalam usaha mereka.

Teman saya seorang peniaga yang berjaya. Ramai yang ingin melabur dalam bisnesnya.
Untuk membantu rakannya yang Melayu, beliau tawarkan hak francais secara percuma malah turut memberi dana untuk membina perniagaan. Niatnya ikhlas, dan tidak mengharapkan balasan. Cuma harapkan rakannya itu berjaya. Dia mau buktikan yang orang Melayu juga boleh berjaya dan boleh bekerjasama dengan yang bukan Melayu.

Malang. Projek itu gagal. Bisnes mereka yang beliau bantu kesemuanya rugi. Banyak sebab kenapa berlaku kerugian itu – salah urustadbir.

Sebaliknya bisnes orang Melayu yang tidak menerima apa apa bantuan pula yang terus berkembang. Tuan punya bisnes itu usahakan sendiri modalnya dan bertungkus lumus membangunkan bisnesnya. Beliau satu satunya francaisi yang berjaya diantara mereka.

Apa kesimpulannya disini ialah kejayaan adalah milik orang Melayu yang bekerja keras. Masalahnya jika segala galanya dihidangkan dengan cuma cuma, mereka tidak tahu menilai apa yang diberikan.

Menggunakan wang bisnes untuk membeli kereta mewah. Memabazir masa bermain golf dan berdating. Pengurusan lemah dan kurang faham soal pemasaran. Simpankira bercamuk. Kakitangan yang patah semangat. Tipu wang syarikat.

Amalan begini lambat laun akan merosakkan bisnes, Peluang yang diturunkan dari langit juga akan lesap begitu saja.

Sama halnya juga jika seorang Cina yang punyai mentaliti generasi kedua yang hanya tahu meminta itu ini tanpa bekerja tidak akan menghasilkan apa apa. Tidak kira tinggi mana kedudukannya atau berapa banyak keutamaan yang diberikan kepadanya dia tak akan berjaya.
Jaya mundur tidak bergantung kepada bangsa atau agama; tidak ada kaitan samada orang itu Melayu atau bukan. Yang penting ialah sikap, latihan dan semangat.

Oleh itu, banyak yang dibahaskan didalam Perhimpunan Pemuda Umno dan Perhimpunan Agung mengenai memlihara hak istimewa ekuiti bumiputera tidak bermakna langsung.
Jika kita terus menerus berbincang tanpa menjurus kepada masalah sebenar yang menggagalkan Melayu, kemajuan negara kita akan terbantut.

Memang akan terasa lega melepaskan geram dengan meletakkan kesalahan kepada orang lain tetapi adakah ini akan membuahkan apa apa hasil? Akhirnya orang yang dikambinghitamkan akan lebam dan tertanya tanya apakah wajar bekerjasama lagi nanti, sementara yang memukul pula rasa terubat kedukaannya. Memang, selepas beberapa hari nanti semangat yang membuak buak itu akan beransur hilang dan masalah yang sebenar tidak pula dapat diselesaikan,

Ucapan tunggak 12 oleh Pak Lah dan Najib lebih rasional dan melihat jauh ke hadapan dan tidak berlegar sekitar isu isu etnik yang tak bermakna. Pemuda Umno dan Umno seeloknya mengikuti pimpinan mereka dan usahlah cuba mencari pengaruh dengan gimik politik.

Tay Tian Yan/Sin Chew Daily

8 thoughts on “Reaksi pembaca Cina: Perhimpunan Agung UMNO

  1. Seandainya saya berikan pilihan bunga yang segar dan bunga yang layu.

    Mana satu pilihan anda?

    Sekiranya kata ada kesan ke atas diri individu, sepertimana amalan affirmation atau coganjaya, maka pilihlah nama yang baik.

    Melayu ialah “layu” dengan penambahan “me”.

    Sudah tibakah masa dan ketikanya Bangsa ini dikenali dunia sebagai Melayu Baru, kemudian “Melebar”.

    Menegak, Melaku, Memaju…berbagai lagi, tetapi kenapa Melayu? Bangsa Melayu.

    Kalau Melayu namanya
    Barangkali beginikah kelayuannya

    *Menggunakan wang bisnes untuk membeli kereta mewah. Membazir masa bermain golf dan berdating. Pengurusan lemah dan kurang faham soal pemasaran. Simpankira bercamuk. Kakitangan yang patah semangat. Tipu wang syarikat.*

  2. Tuan Rastom,

    Sewaktu saya mula buka bisnes 20 tahun dulu, alangkah susahnya mencari ruang untuk buka bilik pejabat buat saya dan setiausaha saya. (Saya buat training waktu itu jadi cuma perlu ruang buat letak 2 biji meja dan 1 rak simpan fail sahaja.)

    Saya ditolong oleh seorang peguam Cina yang memberikan ruang di lantai yang disewanya tingkat 4 rumah kedai, Jln. Mahameru KL. Sewa RM400 sebulan.

    Semasa saya memerlukan khidmat peguam utuk mendrafkan kontrak, saya dibantu oleh sebuah syarikat guaman Cina. Kosnya 2 ribu. Dia benarkan saya ansur RM200 sebulan!

    Semasa saya memulakan bisnes penerbitan, saya dibantu oleh 2 pencetak Cina yang sanggup mencetak buku2 PTS dengan kredit 3 bulan tanpa apa-apa cagaran!

    Siapa kata Cina tidak mahu membantu usahawan Melayu?

    Tapi kalau usahawan itu usahawan yang tenggek tiket politik, memanglah tidak ada siapa yang ikhlas mahu bantu. Usahawan tenggek politik itu sebenarnya memperalatkan Cina, itu Cina pun tahu! Melayu itu hendak duit senang. Kerja susah diserahkan kepada Cina. Cina bukan bodoh. Kalau itu ‘game’ yang Melayu main, itulah game yang Cina main kepada Melayu itu.

  3. Ya Sheikh Zubli!

    Ana faham Melayu itu asalnya Melaju kerana huruf Y dan J sering berlaku korupsi sebutan. Dulu ini bangsa sangat laju dalam pelayaran persis lumba F-1 dilautan. Korupsi sebutan berlaku bila ada trend entah dari mana atau kemalasan seperti mana generasi sekarang sebutnya “akum” saja untuk assalamualaikum.

  4. PuanSifuPTS,

    Saya yang cuma biasa jual nasi lemak di tepi jalan pun ada nampak logika bisnes. Cuma skala saja berbeda, prinsip sama. Tapi dengan luahan pengalaman laksana realiti show Puan itu bertambah tambahlah kejap dan padu jadinya.

  5. Puan Zalisa,

    Isu Cina tolong ataupun tidak tolong Melayu ada saya sebut pada bab khas dalam buku saya yang berjudul “MEMULAKAN BISNES SENDIRI”.

    Buku itu menerangkan macam-macam perkara yang menyebabkan bisnes kita lingkup. Beberapa orang yang membeli dan membaca buku itu memberitahu saya selepas tamat membacanya mereka tidak jadi berhenti kerja kerana hendak buka bisnes.

    Semua yang saya tulis dalam buku itu benar-benar berlaku, bukan cerita olok-olok.

    En. Arief, presiden PTS sekarang, berguru kepada beberapa orang, antara individu yang menjadi mentornya adalah 2 orang penerbit Cina yang sudah menjadi jutawan dengan menerbitkan buku-buku dalam bahasa Melayu.

    Jadi, tuduhan bahawa Cina tidak mahu tolong Melayu berjaya dalam bisnes adalah skrip basi orang politik yang mengaku bisnesman, padahal mereka hanyalah pengemis projek kerajaan.

    Tanyalah mana-mana Melayu (termasuk Jawa) yang berniaga dengan tidak mencampuradukkan politik dengan bisnes, mereka akan menceritakan versi masing-masing bagaimana mereka terhutang budi kepada sokongan peniaga Cina.

    Sehingga hari ini saya tetap masih terus menerima sokongan Cina. POPULAR adalah milik Cina Singapura, tetapi POPULAR aktif mempromosi buku2 PTS dalam kedai-kedainya. Pengurus2 tertinggi MPH adalah Cina belaka, tetapi MPH sangat aktif mempromosi buku-buku PTS dalam kedai-kedainya. Demikian juga Kinokuniya dan Borders.

    Orang bisnes kena tolong orang bisnes. Itu adalah rule of the game. Kalau kedai buku tidak tolong penerbit, kedai mahu jual apa? Kalau penerbit mati, pencetak hendak cetak apa?

    Tuan Rastom, lain kali, jangan buka TV apabila ada perhimpunan agung politik. Tulis buku lebih baik.

  6. Puan SifuPTS,

    TV dirumah sudah lama tiada terima siaran Malaysia! Semua siaran dari TV Thailand kuasai ruang udara. Cerita ini pun saya terjemahkan dari luahan hati pembaca akhbar tersebut. (versi BI internet). DApat juga modal menulis blog dari akhbar Cina 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s