Tip untuk berjaya sebagai penulis

ZubliTuan Zubli Zainordin sudah berjaya dalam pelbagai bidang komunikasi. Menulis, bersyarah, dalam banyak genre dan juga seorang pakar motivasi. Saya temui beliau semula setelah sekian lama terpisah dialam siber menerusi Forum PTS.

Dengan gaya santai anda pasti terpukau serta bersemangat untuk menjadi seorang penulis. Ikut apa nasihat orang yang berpengalaman:

Sedari awal usia masih sekitar 8 tahun, saya sudah memang suka membaca. Terutama baca buku. Bermacam buku yang saya baca. Sehingga sekarang saya masih membaca buku. Kini komitmen saya ialah membaca sepanjang hayat. Tumpuan saya ialah kepada buku berkaitan Kejayaan Total di dunia kini dan di dunia kelak.

Pada mulanya, tidak pernah terfikir nak karang buku, atau nak jadi pengarang buku. Kemudian buku pertama saya berjaya diterbitkan.

Begini ceritanya…(Jeng, jeng, jeng) Saya muncul dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia. Setiap minggu satu topik. Sungguh menarik sekali. Namun, ada satu minggu, topik yang diberikan kurang menarik. Pun begitu, persembahan disampaikan juga supaya menarik.

Di setiap hujung rancangan ada sesi soal-jawab; penonton bertanya dan konsultan menjawab. Panggilan pertama, “Boleh tanya soalan topik minggu lepas?”. Saya kata, sekiranya penerbit izinkan silakanlah. Penggilan kedua, “Tadi soalan di luar topik. Boleh saya tanya begitu?”. Jawapan saya sama. Panggilan ketiga, begitu juga. Haa, panggilan keempat inilah detik mulanya. “Encik Zubli, saya ikuti slot rancangan ini setiap minggu. Dari tadi saya tengok Encik boleh jawab pelbagai soalan dengan tepat. Saya pernah ikuti ceramah Encik di beberapa tempat, saya dapati, you are very consistent. Lagi pun Encik banyak idea. Kenapa Encik tak tulis buku?”.
Selepas rancangan tersebut, saya jumpa kawan. Sambil minum, katanya, “betul kata perempuan tadi itu. Masa kau masih hidup, tulislah buku. Bila kau dah tak ada nanti, buku yang kau tulis tetap jadi bacaan generasi akan datang. Kau tengok Hamka, beliau dah tak ada, tapi bukunya masih dibaca orang”.

Jadi timbullah niat di hati saya nak tulis buku. Tapi saya nak tulis pasal apa ya? Saya pun lihat sekeliling, saya dapati tak ramai orang yang bahagia. Sedangkan saya telah pun temui rahsianya. Baik rasanya andai saya kongsi rahsia ini dengan orang lain.

Semasa itu tidak ada panduan pun. Saya lalui leliku penulisan secara bersendirian. Maka, dengan izin-Nya juga, terbitlah buku berjudul “Rahsia Menjadi Insan Bahagia”. Tahun 1994, ISBN 983-9787-01-2. Jualannya laris. Sehingga tiada stok lagi. InsyaAllah, ada penerbit yang berminat untuk ulang cetakannya.

Maka, di atas sebab itulah, kini saya berperanan menggalakkan pula orang lain untuk karang buku. Samalah seperti orang lain galakkan saya dahulu untuk tulis buku. Bezanya, kali ini saya siapkan panduan karang buku, dari A sampai Z. Dari niat hinggalah buku dijual di pasaran.

Saya ialah Pengarang buku, “Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang”, dan saya juga ialah Konsultan, “Projek Karang Buku Nasional”. Maklumat lanjut di http://www.projekkarangbuku.blogspot.com/

Sekiranya anda belum pernah karang buku, atau anda sedang karang buku, atau anda telah karang buku, dapatkan khidmat panduan percuma dari saya. zubli.s.ebook@gmail.com

InsyaAllah, bagaimana kelak rasanya bila anda capai kejayaan menghasilkan buku pertama karya anda yang diterbitkan?

Jom!
zubli.s.ebook@gmail.com
http://www.projekkarangbuku.blogspot.com/
http://www.bukuonline.org/
Zubli Zainordin

7 thoughts on “Tip untuk berjaya sebagai penulis

  1. Apa khabaq En Yusli la ni,
    Last jumpak kat kws sekitar office I, berdekatan
    Puduraya – kata ada programme kat Pahang.
    Harap segala projek2 dia kan berjaya.
    Cuma lama x jumpa satelaittt jer,

    Tom madu hiang, liar ker bela nyer.

    Roger

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s