Lakaran Semula Jaringan Bahasa

Satu tulisan futuristik-tekno-linguistik melihat senario bahasa berdepan dengan teknologi internet. Sejauh mana bahasa Melayu bersedia? Ikutilah terjemahan santai dari karya asli yang di tulis tahun 1999 oleh Clay Shirky

Abad ke 21 akan berwajah abad ke 19 kerana internet. Kajian yang dilakukan sejurus selepas krisis kewangan Asia (Beyond The Crisis – Asia’s Challenge for Recovery. ” Dentsu Institute for Human Studies) mendapati rakyat negara Asia yang tahu BI (bukan sekadar fasih bercakap seperti yang diinginkan di negara kita saya kira) lebih cenderong menggunakan internet daripada mereka yang tidak tahu. Kajian dilakukan di Tokyo, Beijing, Seoul, Bangkok, Singapura dan Jakarta, mendapati mereka yang tahu BI dicongak antara dua dan empat kali lebih cenderong untuk menggunakan internet daripada mereka yang tidak faham BI………

Di dalam setiap negeri isu ini sudah lama dibahaskan dibawah tajuk jurang kemiskinan – tetapi jika dibawa jurang ini diperingkat internasional satu senario baru sedang berlaku – internet dilihat sedang melakarkan Empayar British mengikut acuan Amerika dan BI berperanan laksana tentera lautnya.
Bukan soal jargon teknikal internet seperti TCP/IP — isunya, di dalam ekonomi bersandarkan maklumat, protokol utamanya ialah bahasa, yang bertulis dan yang diucap. Di abad ini, perjanjian dagang melibatkan pergerakan barangan antara sempadan: ASEAN, EU, OAS, NAFTA.

Untuk abad mendatang bila negara lebih banyak berdagang informasi berbanding barangan fizikal, definisi jarak bertukar dari sudut geografis ke sudut linguistik: dua negara dianggap berjiran jika mereka punyai persamaan bahasa. Peta dunia dilakar semula mengikut dasar ini: peniaga di London lebih rapat dengan rakan mereka di New York bukan di Frankfurt, juruprogram di Sydney lebih rapat dengan rakan mereka di Vancouver, bukan di Taipei. Ini bukan sahaja melibatkan pengguna BI. Di dalam internet, Lisbon lagi dekat dengan Rio bukan Vienna, Dakar berjiran dengan Paris bukan Nairobi.

Peta linguistik ini cukup penting dalam kajian ekonomi – seperti yang sarankan kajian Dentsu, sejauh mana sesebuah negara itu dapat menerobos masuk ke dalam “jaringan bahasa,” terutama sekali jaringan BI, akan menentukan statusnya di dalam ekonomi abad 21. Jaringan bahasa ini bukan saja membina jalinan baru, ia juga merobohkan jalinan sedia ada. Jerman bakal menjadi sebuah pulau walaupun punyai keutuhan ekonomi. Belgium bakal terbahagia dua – satu ke Perancis, satu lagi ke Belanda. Dunia Muslim bakal menyaksikan jalinan semakin padu di antara kawasan yang menggunakan bahasa Arab – Iraq, Syria, Mesir – dan semakin kurang pula hubungannya dengan negara yang tidak menggunakan bahasa Arab.

(Sofwer penterjemah memperlihatkan juga biasnya – kerana besarnya biaya membina sofwer tersebut, cuma bahasa bahasa yang punyai jutaan penutur sahaja yang berjaya – bahasa standard Inggeris, Perancis, Portugis, Sepanyol, Itali dan Jerman) Dan kerana adanya pelbagai piawaian dalam jaringan maka akan terbentuk pula pagar sempadan (gateways). Pagar pagar ini – di Hong Kong, Brussels, New York dan Delhi – bakal menjadi pusat ekonomi di abad 21 kerana disanalah berlaku pertindihan bahasa bahasa di abad ke 19.

Sesiapapun boleh berhujah menafikan senario tersebut – perlu apa Zaman Empayar dihidupkan semula, kenapa negara negara yang tidak mengekspot bahasa mereka secara paksa perlu terkesan, kenapa BI perlu jadi bahasa resmi kedua di abad ke 21 – kesemua itu tidak relevan. Dari pengalaman selama 30 tahun internet beroperasi – setiap kali sesuatu protokol diperlukan demi kelangsungannya internet – ia akan diperolehi dengan apa cara sekalipun. Apa yang amat diperlukan oleh ekonomi internet sekarang ini ialah satu piawaian bahasa. Sepuluh tahun mendatang, kita akan saksikan bagaimana bahasa bahasa dunia akan terbahagi dua – satu yang sedia memasukki jaringan akan berkembang dan yang satu lagi yang tidak bersedia akan mengecut – seperti mana berlaku di abad yang lalu – pengeskportan bahasa melakar peta untuk abad seterusnya.

8 thoughts on “Lakaran Semula Jaringan Bahasa

  1. Tuan Rastom,

    Saya sangat mudah “tergoda” oleh analisis2 yang belum pernah saya dengar ataupun baca, seperti analisis peta bahasa lawan peta politik, dalam artikel ini.

    Walau apa analisis sekalipun, ia tetap menggambarkan paradigma2 si penganalisis. Mereka yang mahukan BI kekal menjadi modal ekonomi tetap mencari-cari data yang dapat dikaitkan dengan kemahuan itu.

    Benarkah ekonomi negara yang menguasai BI berkembang lebih sihat daripada yang tidak?

    FORTUNE terbaru (Nov) menggunakan judul cover depan “MADE IN VIETNAM: Asia’s second-fastest-growing economy takes the global stage.”

    Apakah Vietnam negara BI?

    Bagaimanakah ekonomi “The sick Man of Asia” – Filipina – masih mengekalkan kedudukannya sebagai pengekspot pembantu rumah no. 1 (perempuan2 itu boleh bercakap broken English).

    Bagaimanakah ekonomi India, di mana daripada 1 bilion rakyatnya, hanya 20 juta yang fasih BI, mengapa ia tidak sekaya Cina?

    Cubalah kira di dalam rumah kita, ada berapa barangan yang diimpot dari India, bandingkan dengan bilangan barangan bikinan Jepun, Korea, Taiwan, Cina dan Thailand.

    Kita orang intelek mudah tergoda oleh kata-kata intelek lain. Idea-idea yang intelek mudah kita terima sebagai lebih benar daripada data-data konkrit.

  2. Puan SifuPTS,

    Saya baca penulis ini dengan segala anglosentriknya. Saya baca juga dipenghujungnya ada sedikit rasionalisasi dari bias bahasa ibundanya, dimana dinyatakan kesediaan bahasa bahasa dunia (ditujukan kepada pekerja bahasa tentunya) untuk memasukki “jaringan”, tentunya juga merujuk kepada weltanschauungen digital. Saya teringat nasihat Puan supaya menulis guna bahasa Tinggi demi “masa depan”. Termasuk dalam perkiraan “jaringan” ini juga segala kegiatan MIMOS, perkamusan dan persediaan bahasa Melayu ke alam digital. Mana mungkin “kita orang intelek mudah tergoda dengan ucapan intelek lain” dapat bertahan jika masih ada intelek yang boleh teropong susuk susuk yang nampak saja ghairah tetapi akhirnya yang ditemui cuma tempel-tempelan silikon. Yang asli juga jadi pilihan…bersambung dilain siaran 🙂

  3. Tuan Rastom,

    Bercakap tentang MIMOS, CEO baru yang menggantikan Dato’ Dr. Tengku Azman Sharifuddin, telah membuang projek teknologi linguistik!

    Berita ini sangat mengejutkan kami yang terlibat menyokong projek itu.

    Inilah persepsi teknokrat berpendidikan BI. Mereka yakin BI adalah pelita Aladin bagi semua ekonomi nasional dunia.

  4. Puan Ainon,

    Masyaallah! Bunuh semangat sungguh! Walau bagaimanapun, mengutip dari pengalaman aktivis Open Source dan sofwer-sokongan yang ada, tiada satu pun usaha mereka yang dijana oleh mana mana badan kerajaan, semuanya dari grup khusus menekuni bidang mereka. Seperti yang pernah saya katakan dalam entri yang lepas, dunia internet dan yang berkaitan bukan bidangnya untuk “kerajaan”, seperti mana bidang niaga yang dimasukki kerajaan banyak yang tumpas.

  5. Menarik, banyak yang dapat saya belajar dari sdr Rustam. Software dalam bahasa Melayu ada ke? Selalunya pening kepala kita nak baca “Term of use” yang berjela-jela untuk sesuatu software yang nak di”download”kan dan pangkah “Except” aje, tak tahulah apa yang dia nak..

  6. sdr zarzh,

    Hendak dikata tiada, ada, tapi tak banyak. Jika dibandingkan dengan Indonesia, kita kalah. Sekarang inillah masanya para ahli IT Melayu usaha perbanyakkan sofwer dalam bahasa Melayu, malangnya seperti dilaporkan SifuPTS, MIMOS baru saja hentikan satu projek yang berkaitan.

  7. Bercerita perihal bahasa memang mengasyikan. Pak Rastom apa benar bahasa adalah makhluk kedua dicipta oleh Allah swt.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s