muftia menggugat!

Ijma’ ulama (wanita) baru berlangsung di Amerika. Khabarnya mereka mewakili 25 negara. Agendanya untuk menampilkan suara wanita yang selama ini dibisukan oleh para ahl fiqh lelaki. Berita ini bertujuan sebagai persiapan mental untuk orang Malaysia kerana tidak mustahil akan sampai juga idea ini ke sini. Nah, kita bakal punyai pegawai muftia bahu membahu bersama mufti lelaki!

4 thoughts on “muftia menggugat!

  1. Zainah Anwar (Tiada kena mengena dengan Anwar Ibrahim!) hadir dalam ijma’ itu, pastilah idea muftia ini akan ditulis dan disiarkan dalam NST tidak lama lagi. Tunggu dan baca….

  2. Apa sebenarnya peranan mufti? Perlukah ada institusi ini? Mampukah mereka melaksanakan tugas mengatasi gaji? Kenapa keluhannya bernaung di bawah raja di dunia? Apakah nas yang digunakan? Di mana mufti bila tersepit di antara menyatakan menegakkan hukum Allah dan kepenting politik bangsa? Bagaimana bila orang biasa boleh buktikan sesuatu fatwa bercanggah dengan ketetapan Allah…? Apa hukuman bila penduduk dan rakyat tidak mahu patuh kepada fatwa keluaran mufti kerana mahu menjadi hamba hanya kepada Allah, mengikuti sunnatullah yang tetap dan tidak berubah sepanjang zaman dari awal hingga ke akhir? Apa yang Saudara Rastom kemukakan di sini adalah kepelekan orang mencari alternatif kerana persepsi mereka terhadap para mufti yang barangkali tegak kerana sokongan pengikut, bukan kerana kebenaran. Rasa hormat mereka kepada mufti sudah tiada, bila mufti tidak lagi bercakap benar. Sila rujuk arkib info perihal Muzium Negara dan Pameran Dari Kubur. Kenapa setelah diharamkan, pameran itu berlangsung dengan jayanya? Setelah diketahui siapa tokoh yang terbabit, ketika itu, rujuklah Al-Quran Surah 10 Ayat 90. Kitab ini cuba dicorotkan mereka dalam menentukan halal dan haram. Tetapi Ayat Allah yang haq tetap tegak. Mereka yang terbabit terkedu kerana sumber secondary yang tidak berasas. Jika mufti tidak mendahulukan Kitab Allah, abeh tu camno? Jika mereka tidak kembali ke landasan yang betul, usah terkejut suatu hari nanti bukan sahaja muftia, mufti-auw pun boleh bentuk pasukan sendiri mengeluarkan fatweiuw. Semoga Allah ampunkan saya.

  3. Golongan ini sebenarnya adalah pendokong gerakan feminisme barat yang cuba berselindung di bawah nama Islam. Mereka beriman dengan Deklarasi Hak Asasi manusia juga terpesona dengan budaya dan cara hidup barat. Hak-hak wanita lalu dilihat dari sudut pandang barat. Lalu cubalah dicari hujah-hujah dalam Islam, walaupun lemah untuk menyokong tindakan mereka.

    Sedangkan hak dan kedudukan wanita di sisi islam sangat berlainan. Konse maruah dan kemuliaan di sisi Islam amat berbeza dgn cara pandang barat.

    Pengalaman saya `berguru’ dgn Amina Wadud yg mengasaskan Sister In Islam, membuktikan bahawa golongan ini juga ketandusan ilmu Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s