Jom! Karang Buku Sekarang

Satu lagi projek membangunkan bakat kepengarangan telah diusahakan oleh rakan lama saya yang sentiasa aktif menulis – Zubli Zainordin. Perihal kecemerlangan beliau sudah termaktub di dalam beberapa blog yang beliau usahakan. Entri beliau yang panjang ada di dalam komen.

Saya percaya ada segi segi pengalaman baru yang boleh anda kutip dari projek yang beliau sedang usahakan di Projek Karang Buku.

Kata Zubli:

Walaupun wang adalah lebih kepada memenuhi keperluan fizikal, buku adalah lebih kepada santapan minda. Ganjarannya ialah walaupun pengarang buku telah kembali kerahmatullah, namun selagi bukunya diterbitkan, dan selagi ada orang membacanya, selagi itulah harapan memperolehi berkat, rahmat dan redha Allah, adalah berterusan.

2 thoughts on “Jom! Karang Buku Sekarang

  1. Di Malaysia, tidak ramai pengarang buku yang Rastom Abdul Rahman boleh tabek hormat.

    Itu pemerhatian saya dan rakan sekuliah sewaktu di kampus dahulu. Bagi kami beliau adalah standard sebagai pembaca buku bermutu lagi berfaedah.

    Rastom Abdul Rahman kami perhatikan banyak membaca buku karya agung pengarang ternama di luar negara. Menurut rakan kami, Mirza Mohd Tariq Beg, walaupun rakan lain sibuk membaca buku teks sebagai persiapan untuk peperiksaan subjek Communication Law contohnya, Rastom Abdul Rahman masih asyik membaca buku tulisan Imam Besar di negara lain seperti Iran dan Indonesia, yang mencorak kefahaman mendalam mengenai Islam, melalui buku karya mereka.

    Di kedudukan manakah kini Malaysia dalam penghasilan buku yang bertaraf karya agung, dan berapa ramaikah pengarang di Malaysia yang sampai ke taraf penghasilan buku bermutu lagi berfaedah.

    Dari aspek kualiti, usaha Puan Ainon Mohd di PTS, pada saya, sememangnya amat membanggakan lagi melegakan. Sekalung tahniah diucapkan kepada beliau dan warga PTS Publications & Distributions Sdn. Bhd.

    Namun, dari aspek kuantiti, usaha beliau dan rakan penerbit yang sewaktu dengannya masih jauh jurang jumlahnya, untuk meletakkan Malaysia di persada antarabangsa sehubungan dengan pengarang dan karangan buku.

    Di Malaysia, saya sendiri turut memainkan peranan sebagai PM. Ya…Pemaju Masyarakat, dan pada masa kini, saya sedang mempelawa individu di kalangan penduduk dan rakyat Malaysia supaya karang buku. Khususnya buku umum bacaan awam. Disebut juga oleh lain-lain orang sebagai bukan-fiksyen. Dengan motto kepengarangan melalui teladan, saya sendiri karang buku, Jom! Karang Buku Sekarang Bukan Karang. Semacam buku teks motivasi Projek Karang Buku Nasional.

    Ini kisah lokal, atau setempat.

    Di peringkat global, atau sejagat, terdapat usaha yang menarik dalam meramaikan pengarang unggul dan membanyakkan karya agung.

    Saya sendiri merebut peluang ini. Kini saya menyertai aras yang mencabar untuk tahun 2007 dan tahun seterusnya.

    Cabaran ini tidak datang dengan rela dari orang lain atau secara langsung datang dari luar. Cabaran ini muncul dari diri sendiri, atau datang dari dalam.

    Cabaran begini menjadi mungkin kerana saya melayari alam siber, dan terdapat beberapa komuniti pengarang buku yang jelas terbukti sungguh murni usaha mereka.

    Tiga daripadanya yang menarik perhatian saya ialah, pertama: bagaimana komuniti buku mempopularkan buku di alam buku, kedua: bagaimana karang buku dengan pantas, dan ketiga: bagaimana karang buku yang unggul.

    Komuniti pertama, di antara pencetus ideanya ialah Khairusy Syakirin Has-Yun Hasim, di bukuonline.org.

    Komuniti kedua, di antara yang terkenal ialah Jim Edwards, bagaimana karang buku dalam masa 7 hari sahaja.

    Komuniti ketiga, di antara yang unggul ialah Andrea Rains Waggener, bagaimana karang buku terunggul.

    Berdasarkan gerakan tiga komuniti ini, saya sendiri proaktif dan mengambil inisiatir untuk karang satu buku berdasarkan 10 faktor berikut:
    01) Saya sebagai pengarang menaruh harapan melalui karangan buku ini, hanya berkat, rahmat dan redha Allah juga yang saya pohon.
    02) Buku ini saya pilih untuk dikarang dalam Bahasa Inggeris.
    (Ini adalah sesudah buku karya saya telah pun terbit dalam bahasa kita. Tambahan pula saya ada sedikit penguasaan Bahasa Arab, dan Tamil untuk karangan buku di masa hadapan, InsyaAllah).
    03) Buku ini untuk pasaran antarabangsa.
    03) Buku ini berkaitan bidang besar iaini kehidupan.
    05) Buku ini memilih subjek yang relevan iaini manusia.
    06) Buku ini memilih topik yang menarik iaini kebahagiaan.
    07) Buku ini memilih judul yang tidak pernah dicetak sebelum ini walau di mana pun pelusuk dan rantau di dunia ini.
    08) Buku ini memilih susunan tajuk yang padat (sekitar 8 bab sahaja)
    09) Buku ini kandungannya adalah fakta menyeluruh dokumentasi topik yang dipilih. Pendekatan buang yang keruh ambil yang jernih.
    10) Buku ini dijangka memanfaatkan sekitar 1 juta warga dan masyarakat dunia.

    Berdasarkan itu semua, InsyaAllah, bakal terbit satu buku karya saya,
    Alive and Living Your Life Now In TOTAL HAPPINESS

    Walau pun saya tidak mengharap sebarang tabek hormat dari Rastom Abdul Rahman ataupun sesiapa di mukabumi ini. Keutamaan saya sehubungan hal ini ialah kepuasan yang pernah dan bakal saya rasai. Cabaran begini hanya pengarangnya sahaja yang dapat merasakannya setelah buku karangannya diterbitkan.

    Begitu juga kepuasan yang bakal anda rasai bila anda menyahut cabaran menjadi pengarang dan anda karang minima sebuah buku, sebagai satu daripada pelbagai usaha yang memenuhi tuntutan, “tidak Aku jadikan manusia dan jin melainkan mengabdikan diri kepada-Ku”.

  2. Saya tabik hormat juga sebab Tuan ada keberanian yang tiada pada saya. Memang betul saya ada banyak membacam tapi Tuan lebih banyak menulis, saya cuma berblog blogan saja. Pun demikian, tahniah kerana muncul di blog ini – banyak lagi yang romantis dalam lipatan sejarah kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s