Melayu mesti begitu begini

Dulu ada seruan supaya Melayu mesti kurang ajar. Mesti pandang ke Timur, mesti glokal, mesti, mesti, mesti. Hari ini Melayu mesti kiasu. Semuanya mengajak Melayu melihat keluar dan mencari penyelesaian dari luar. Dulu ada buku Revolusi Mental, Delima Melayu yang ditulis asal dalam bahasa Inggeris untuk Melayu mengubah sikap. Akhirnya pengarang itu menangis terisak isak merintih kerana gagal. Kenapa? tunggu jawapannya. Penyelesaian tuntas ada!

6 thoughts on “Melayu mesti begitu begini

  1. Tuan Rastom,

    Ini masalah orang Melayu yang rendah self-esteemnya. (Saya Jawa, ya!)

    Salah satu ciri tingkah laku orang yang rendah esteemnya adalah dia mahu menjadi orang lain. Dia malu menjadi dirinya sendiri.

    Dia mahu menjadi orang lain. Disebabkan dunia sekarang didominasi oleh kulit putih, dia mahu jadi orang putih. Dia merahkan rambutnya. Dia menggunakan nama-nama orang putih. Dia menunjuk2kan dia pun pandai cakap orang putih.

    Teringat saya….. dulu sewaktu orang Jawa miskin dan mundur, keturunan Jawa malu menjadi Jawa! Mereka mengaku mereka Melayu. Bersusah payah mereka belajar menghilangkan bunyi2 fonetik Jawa apabila bercakap Melayu.

    Sekarang…. sesudah banyak tokoh Jawa naik, esteem Jawa2 lain pun naik. Barulah Jawa2 itu mengaku mereka Jawa (bukan Melayu).

  2. Ya Sheikh Zubli,

    Mesej ini ditujukan bukan sahaja kepada Melayu, juga kepada bukan Melayu. Sebelum jauh menyimpang, semua kena semak balik apa dia arkanul watan yang dikatakan Malaysia dibina atas dasar apa, apa dasar yang telah termaktub berkaitan bahasa dan budaya. Segala tuntutan tuntutan dari kesemua pihak memalu gendang perkauman, dokumen resmi negara tidak dirujuk. Apa nilai Perlembagaan sekarang? Sudah tidak relevan?

  3. “Wahai Ahlil Muzit”,
    (Teringat Mak Dara daa…)

    Rastom,

    Begini sajalah…

    Orang Melayu, andai diakui atau tidak diakuinya, sememangnya layu, dengan penambahan me.
    Betul atau tidak?

    Bila dikatakan, “Saya Orang Melayu”, orang dah tahu pun pengakuan kelayuannya itu.

    Terdapat juga, Jawa, Banjar, Bugis, Minang, Acheh, dan segala macam golongan mahu menyertai rumpun yang layu ini. Begitu juga golongan yang ada A(palang)L, dan A(palang)P pun cuba nak jadi dan mengaku Orang Melayu. Hal ini amat menghairankan.

    Orang bukan Melayu, ialah mereka yang Menegak, Melebar, Mengembang, Melaku, dan Melaju.

    Seandainya pos mu ini ditujukan bukan khusus, namun umum, padaku molek sekali supaya tak perlu bubuh apa pun nama, melainkan, “penduduk dan rakyat Malaysia serta warga dan masyarakat dunia”.

    Andainya tidak, sememangnya perkauman, kerana ada konsep dualiti “Melayu dan Bukan Melayu”.

    Bak kata Ahmad Nesfu, dalam satu adegan pelem terkenal, “cakap…cakap…kenapa kau tak cakap?”

  4. Zub,

    jangan lupa, tangan mesti genggam erat dan beliakkan mata, kalau mau guna dialog “cakap-cakap” Ahmad Nisfu (Ahmad Setengah). Yang jenis A palang P dan L pula ada 2 x 5 mau jadi layu juga. Contoh dialog:

    A: Hang ingat aku India (di utara keling/mamak) kah?
    B: Habis nama, dengan kulit gelap hang tu?
    A: Ni, hang tengok kad ahli UMNO aku.nanpak! Aku Melayulah!
    B: Cisssss!

  5. Heh.., istilah hanya tinggal istilah. Pemimpin negara sekarang ini (dari dulu sebenarnya) lebih gemar bermain dengan istilah2 yang lunak. Tetapi bagaimana dengan tindakannya?

    Kita boleh lihat sendiri… 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s