Iqra! bukan sekadar suruh baca

Merujuk kepada entri SifuPTS berjudul Etika dalam Teori Terjemahan Islami Semestinya Syariah-Compliant

Firman Illahi ringkas sahaja, “Iqra”. Bacalah! Proses membaca sebenarnya proses menterjemah. Ketika ayat ayat saya ini dibaca, proses terjemahan berlaku didalam minda anda. Anda terjemahkan huruf-huruf dalam ayat, lalu anda bangunkan makna didalam minda. Ketika anda membaca “Makan!” anda secara spontan mengambarkan satu perbuatan memasukan sesuatu objek ke mulut. Proses psikomotor yang terlatih sekian lama membuatkan anda tidak perlu fikir panjang untuk fahami apa maknanya “makan”.

Ertinya anda menterjemah suruhan itu secara spontan kerana sudah terlatih. Umpama seorang penggesek biola terlatih bila melihat nota tauge untuk nada “E” sudah tahu dimana mahu diletakkan jarinya, tanpa perlu berfikir dimana bunyi “E” itu terletak dan jangkamasa nada itu perlu dibunyikan.

Yang disuruh Iqra itu pula dengan nama Allah yang pelbagai bagai. Ingat katakuncinya – “nama”.
“Nama” itu sebenarnya konsep, perkara yang abstrak, yang hanya boleh difahami maknanya dengan pendidikan. Seperti petikan Tuan Alang, ayat Al-Qur’an bermaksud Allah jadikan manusia ini berpuak -puak supaya kita dapat mengenali antara satu sama lain, hanya mampu berlaku jika ada kerja pemindahan bahasa yakni terjemahan. Orang Melayu tidak akan faham apa Ar-Rahman jika tiada dipindah maknanya. Bagaimana kita boleh ajari orang Melayu konsep Tauhid kalau kita hanya mampu bersyarah dalam bahasa Arab sahaja?

Iqra’ mengandungi banyak lapisan bacaan. Kita baca suratkhabar bercerita tentang rompakan yang berlaku cukup selapis sahaja untuk tahu dimana, siapa, bagaimana dan bila berlaku. Kita baca bab bab kejadian alam pula berlapis lapis seginya mengikut latarbelakang ilmu pembacanya – seorang insinyur lain bacaannya, pelajar ilmu geografi tahun pertama universiti pula setakat mana yang telah beliau pelajari.

Umberto Eco pakar semiotik menulis fiksyen “The Name of The Rose” dengan niat meletakkan pelbagai makna kepada simbol simbol bahasa yang beliau gunakan. Bukunya ditulis tanpa terlebih dahulu memberi tajuk buku. Sengaja diletakkan tajuk itu kerana bunga itu tetap harum walau apa nama diberikan kepadanya A Rose is a rose is a rose.Beliau berpendapat manusia itu punyai tingkat tingkat kemampuannya memberi
makna kepada apa yang mereka baca.

Ini satu masalah selain dari kenisbian makna sesuatu istilah atau perkataan didalam sesuatu bahasa mengikut peredaran zaman. Maka dijadikan hukum supaya al Quran dijadikan satu aras piawai maka kita lihat beberapa istilah yang berkaitan dengan hukum dan budaya digunapakai di dalam bahasa bahasa Muslim seperti Farsi, Turki, urdu, Melayu termasuklah pecahan pecahan bahasa turki dan Farsi yang dituturkan di Azerbaijan, Tajikistan, wilayah Sinkiang-uighur dan sebagainya. Ini banyak hikmahnya agar tidak berlaku kekacauan makna dalam memahami al Quran seperti yang berlaku kepada kitab kitab sebelum al Quran.

Tiada bahasa dunia yang punyai sumber rujukan tatabahasa yang berkekalan sehingga kiamat melainkan bahasa Arab! Apa maknanya? Bukan bermaksud hegemoni bahasa Arab ke atas bahasa lain kerana bahasa orang Tajik atau Azerbaijan masih ada.Yang jelas sekali petunjuknya ialah kandungan kitab itu berjaya diterjemahkan (tafsir) sehingga terdapat ramai penganut global berbilang bangsa dan bahasa budaya mereka.Maknanya suruhan supaya mentafsir, menterjemah itu terkandung didalam suruhan Iqra. Sumber hukum yang pertama bermula dari al Quran.

4 thoughts on “Iqra! bukan sekadar suruh baca

  1. Assalamu’alaikum Tuan Rastom,

    Syabas Tuan Rastom, tuan berjaya memberi pendapat dari sudut yang berbeza, dan sekaligus memberi nafas baru kepada hujjah saya.

    Menterjemah kerja mulia jika yang diterjemah itu memberi manafaat kepada manusia dari segi mengenal Pencipta danke arah nilai-nilai yang murni.

  2. Rastom,

    Saya ingin menambah sedikit tentang analisis tuan. Pada pendapat saya erti “baca” juga bermaksud faham dan beramal dengannya. Kenapa ramai umat Islam hari ini bergelumang dalam noda dan dosa? Jawapannya kerana mereka hanya membaca tetapi tidak cuba memahami apa isinya. Kita hari ini lebih memberi tumpuan tentang bacaan Quran bukan isinya. Bukanlah maksud saya bacaan tidak penting tetapi memahami ayat Quran, kandungan dan beramal dengannya amat dituntut. Aneh bukan, jika kita bertanya kepada seseorang yang sedang membaca akhbar, apa cerita yang dibacanya. Dia menjawab tidak tahu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s