Lintasan fikrah awal: syariah-compliant

1.Tradisi seni halus/tampak Islam melarang arca, figura yang berupa patung berhala maka seniman Muslim melampiaskan ekspresi keseniannya dalam bentuk khat dan motif motif yang berkaitan al Quran. Contoh seperti yang terdapat di blog zarzh. Dalam aspek ini tiada polemik lagi.

2. Di dalam bidang kesusasteraan, penulisan dan karang mengarang masih ada polemik (setakat ini cuma di blog Puan Ainon, akhbar arus perdana sudah sepi sekian lama.)

3. Seni pentas masih ditakok lama. Seni lakonlayar dan filem pun begitu, dalam konteks Malaysia. Jika bidang seni yang No.1 ternyata mampu, kenapa tidak yang No.2 dan No.3……….untuk renungan bersama.

15 thoughts on “Lintasan fikrah awal: syariah-compliant

  1. Puan Zalisa, ya, betul tu, dunia filem kita di Malaysia sangat terkebelakang dari sudut Islamisasinya. Baru saja Mawi kata tak mahu pegang2 tangan, sudah latah pemikir-pemikir (betulkah mereka berfikir?) perfileman kita (macam yang dilaporkan dalam media massa-lah, yang tidak dilaporkan, kita tidak tahu…)

    Cubalah tiru pembikin2 filem Iran….

  2. sifu,
    bahaya sebut Iran sekarang ini. dalam kotak emel saya banyak emel2 debat tentang faisal tehrani akibat artikel beliau di hauzah seni. pengirim emel yg pertama membangkitkan isu faisal tehrani itu pengikut syiah, hanyalah semata2 kerana faisal tehrani memberi cth sastera dari negara itu. heheheh.

    tentang kenyataan mawi itu juga pernah menjadi perdebatan hangat antara saya dan ramai pengirim emel. hahaha. akhirnya org2 yang berdebat dengan saya itu menjadi kawan berbual saya di Yahoo Messenger. heheheh

  3. Tn RAstom,
    Ya…aku setuju…
    Iran menepati cita2 islamisasi… walaupun x sepenuhnya.
    sekurang-kurangnya ia lebih bagus daripada malaysia dalam beberapa aspek seperti dunia hiburan dan ketenteraan.
    mungkin banyak lagi….
    Aku tidak tahu.

  4. Tn elhakim:

    Khabarnya pula filem Iran cuma operasi one-camera, pandai budget. Filem Malaysia kalau bikin lagi mahal lagi bagus sebab ada subsidi/geran kerajaan.

    Puan Zalisa:

    Tentang al tehrani itu sudah dijangka. Falsafah apa isi yang dia cakap itu padaku yang penting – mesejnya suruh “berubah”. Malang, manusia lebih meletakkan peri penting sesuatu kepada “makna-makna” yang mereka bentuk didalam minda mengenai sesuatu.

  5. Tuan-tuan dan Puan-puan,

    Tentang el-Tehrani itu Syiah ataupun Sunni, itu bukan urusan kita manusia, itu urusan Tuhan yang maha tahu apa yang ada dalam hati dan fikiran hamba-hambanya.

    Saya sendiri menerima dan mengamalkan salah satu fatwa Imam Khomeini. Menurut Imam itu permainan golf adalah haram. Jadi saya tidak main golf, dan saya dorong Prof. Abdullah Hassan menjual keahlian kelab golfnya dan berhenti main golf!

    Saya terima fatwa itu berdasarkan hujah yang dikemukakan oleh Imam Khomeini, iaitu golf menyalah-gunakan tanah sebagai sumber ekonomi umat. Adakah saya Syiah?

    Saya juga mengkaji perlembagaan republik Iran dan teruja olehnya. Adakah saya Syiah?

    Saya juga membaca buku-buku yang menerangkan ajaran Imam Jaafari. Adakah saya Syiah?

    Jika saudara membeli dan membaca buku tebal bertajuk “ANTOLOGI ISLAM: Sebuah Risalah Tematis dari Keluarga Nabi”, terbitan al-Huda, (saya beli di Jakarta) hati-hati….. buku ini meneruskan fitnah-fitnah yang direka-reka terhadap Abu Hurairah! Buku ini diterjemahkan daripada “Encyclopedia of Shia”.

  6. Islam menyelamatkan umat dengan ilmu, mendekati bab shiah-sunni akan lebih berfaedah melalui jalan ilmu. Mungkin akan bertambah ilmu orang Malaysia dengan ada suntikan Imam Jaafar?

  7. Saya tidak mempunyai apa-apa halangan bagi manusia yang bernama Melayu sama ada ia mahu cenderung kepada sunnah mahupun Syiah.

    Yang penting di sini ke mana halatuju Bangsa Melayu itu sendiri. Jika mereka cenderung kepada ideologi syiah tetapi dalam masa yang sama dapat memanfaatnya untuk menjadikan orang Melayu itu sendiri lebih progresif dan aggresif maka itu adalah lebih baik daripada mereka jadi ahli sunnah tetapi outputnya masih di takuk lama.

    Setiap course ada effectnya. Buat masa ini aku tidak fikir akan effectnya kerana enjin orang melayu itu masih ‘sejuk’ dan banyak sektor-sektor dalam diri Orang Melayu itu masih tidak diguna pakai.

    he…he…he..

    ini hanya persepsi bahagian otak negatif aku sahaja yang beri pendapat.

    Sesungguhnya AKU MAHA NEGATIF.

  8. tuan-tuan jnagan melihat syiah dari kacamata benci dulu, tapi bacalah buku karangan orang syiah secara teliti, cermati dalil yang mereka tawarkan, dan bandingkan dengan dsalil dari riwayat kita sunni. baru kita boleh mengklaim apakah syiah itu kafir atau tidak

  9. aku lihat dari kajian org2 syiah ni ada kelebihannya… dan juga ada keburukannya.. tetapi utk lebih selamat adalah kita pilih jalan ahlus sunnah wal jamaah..

  10. does anyone knows if there is any other information about this subject in other languages?
    Merhaba Yaz Okulu, I am not sure, if this subject is discussed elsewhere, have you tried Google?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s