francais satu amanah

Francais satu amanah? Ini satu prinsip baru dalam dasar pendidikan peringkat tinggi di Malaysia. Walaupun saya tidak berkuasa menentukan apa apa dasar pendidikan IPT nasional, saya boleh lihat kearah mana dasar ini akan menuju.

Kolej IPTS bumiputera sudah banyak gulung tikar kerana pelbagai masalah termasuk soal kewangan dan mendapatkan pelajar. Kita telah diminta untuk memberikan bantuan. Kita akan cuba membantu tetapi kita akan buat secara profesional. Kita akan akur.

Ciss! Demi menyelamatkan Kolej IPTS yang gagal berniaga, masadepan generasi pelajar baru pula jadi pertaruhan! Bengangggg!

Angkat Sumpah Bersejarah Amerika

Besok 4hb Disember 2006 akan termaktub satu sejarah, wakil rakyat pertama Amerika mengangkat sumpah dengan Al Quran. Tindakan Keith Ellison (Demokrat) ini bakal menimbulkan pelbagai reaksi. Salah satunya anda boleh baca dan ketawa di sini.

12 thoughts on “francais satu amanah

  1. Assalam, inilah kenyataan yang sebenar, dalam-mana negara-negara Islam bertolak-ansur pada penganut agama lain yang tinggal dinegara Islam untuk mengamal dan hidup dengan cara agama mereka, disetengah negara-negara Barat yang melaung-laungkan kebebasan dan kuat mengkritik negara-negara lain pula yang mengamalkan rasist dan menyekat kebebasan penganut Islam mengamal dan hidup cara agama Islam. Dan kalau difikir secara logik pun, macam-mana seorang yang tidak percaya pada Bibel mereka mengangkat sumpah dengan Bibel? Samalah seorang mengangkat sumpah dengan buku telefon (maaf).

  2. Adakah persamaan di antara Dennis Prager, dengan Orang Melayu atau Muslim Di Malaysia?
    Mari sesama ambil iktibar.

    Dennis Prager telah menyatakan pandangannya perihal: Ahli kongres dan angkat sumpah dengan Al-Quran, di Amerika Syarikat.

    Upacara bersejarah yang disebut Rastom Abdul Rahman, InsyaAllah, bakal berlaku esok, ataupun sekejap lagi.

    Perhatikan pandangan Dennis Prager itu mengenai Al-Quran, dengan satu buku yang dikarangnya, mengenai subjek “Happiness”.
    berjudul: Happiness Is a Serious Problem: A Human Nature Repair Manual.

    Itulah yang terjadi apabila beliau barangkali belum membaca dan belum menerima Al-Quran sebagai Kitabullah.

    Untuk renungan, kaitkan seseorang yang tidak membaca dan menolak pula Al-Quran, dengan orang yang percaya namun tidak pernah membaca Al-Quran. Apakah bezanya? Setakat ini, belum pun bertemu seorang Ustadz mahu pun di kalangan tokoh agama di Malaysia yang telah membaca seluruh Al-Quran dengan kefahaman sebagai amalan dalam kehidupanya, melainkan secara berlagu sahaja. Seandai anda tahu walau seorang pun, sila beritahu namanya.

    Dennis Prager bangga dengan kitab kepercayaannya, lalu menyebut Konsep the Bible of Islam. Apa yang dipercayai oleh Denis Prager, telah mula menular dalam ceramah beberapa tokoh penceramah Melayu, seperti mana yang telah berlaku dalam forum membaca di Seremban beberapa bulan lalu. Rujukanafdal dalam urusan sesuatu bidang, disebutnya Bible.

    Keith Ellison, satu nama yang menarik. Ada sebab tertentu beliau mula muncul sebagai seorang daripada khalifah di muka bumi, di setidak-tidaknya kawasan kediamannya, sebagaimana ketetapan Allah, mencipta Nabi Adam dan isteri baginda. Setiap cucu baginda berdua adalah juga khalifah di muka bumi; satu peluang untuk semua. Bukan, seperti seseorang yang taksub dengan kemunculan Imam Mahdi, untuk memperhambakan manusia kepadanya, dan bukan menyeru manusia menjadi hamba kepada Allah.

    Semoga Keith Ellison beroleh kejayaan di sisi Allah, ketika jutaan manusia seluruh pelusuk dunia bakal menyaksikan upacara ini secara langsung, ataupun siaran ulangannya. Bagaimana pun, kebijaksanaan Nabi Muhammad bin Abdullah, dalam satu perjanjian di zaman baginda dengan pihak yang kafir kepada Allah, bakal diteladani. Dalam perjanjian itu, kelihatan seperti Baginda kalah, namun dengan kebijaksanaan kurniaan Allah kepada baginda, maka menang telah dicapai untuk semua, berpanjangan pula telah pun diperolehi. Termaktub dalam lipatan sejarah, dan masih harum andai anda membukanya kembali untuk bacaan. Suatu amalan yang bukan lazim di kalangan rakyat Malaysia, iaini membaca.

    Dennis Prager menyama-tarafkan “Mein Kampf, oleh Hitler, seorang manusia, dengan Kitabullah, yang diutus oleh Allah, Maha Pencipta , melalui rasul-Nya kepada seluruh manusia. Apakah bezanya perbuatan Dennis Prager ini, dengan tokoh yang dijemput dalam majlis agama dalam beberapa rancangan, yang disiarkan oleh stesyen penyiaran tempat rakan saya bekerja? Khusus merujuk kepada mereka yang mengupas ehwal Islam, dengan mendahulukan pandangan dan buku karya manusia, dan tidak mendahulukan Al-Quran sebagai kitab yang relevan dalam semua bidang kehidupan, sepanjang zaman pula, dan abadi.

    Dennis Prager menyamakan Yahudi yang sanggup membelakangkan kitab kepercayaan mereka, dengan seorang Muslim yang percaya sepenuhnya kepada Al-Quran. Samakah orang buta dengan orang celek? Samakah Muslim dengan Kafirin? Samakah Mukmin dengan Munafikin? Bagaimana pula dengan orang yang mengaku Muslim, sedangkan turut membelakangkan Al-Quran, dalam urusan rasminya?

    Dennis Prager kelihatan lebih gentar dengan rakyat Amerika yang bersemangat kebangsaan yang sempit, daripada takutkan Allah dengan sebenar takut. Bagaimana pula dengan pejuang di Malaysia melalui bahasa contohnya yang mempunyai semangat kebangsaan yang sempit juga? Berapa ramai pemimpin di negara ini, yang lebih takut kepada manusia atau pun masyarakat, namun melakukan dosa serata pelusuk tasik, rimba, kondo, dan tempat berselindung. Sehingga betapa ngerinya jenayah tercetus walau pun skandal sampai ke negara China.

    Dennis Prager barangkali tidak menerima Allah sebagai Tuhannya, mungkin belum memahami Al-Quran sebagai cara hidupnya, dan memandang lucu terhadap Muslim di merata dunia. Lantaran itulah, beliau belum menemui erti, makna, dan seluruh rahsia kebahagiaan. Betapa mudahnya untuk menjadi insan yang bahagia, tidak ditemui dan tidak disampaikan oleh Dennis Prager ini.

    Seandainya anda tidak seperti Dennis Prager, namun ingin tahu Total Happiness, sila lawat http://www.totalhappiness.wordpress.com/, sebelum kita sesama dapat saksikan Al-Quran dijunjung di suatu upacara yang gemilang sebentar cuma lagi.

    Zubli Zainordin
    Pengarang
    e-buku Acknowledge Your Total Happiness

  3. Tuan Rastom,

    Bercakap tentang bisnes Bumiputera nih, saya semalam berkenalan dengan seorang mantan pegawai eksekutif YPM (YayasMahasiswa Melayu Menganggur).

    Saya terkejut dengan apa yang dikatakannya.

    YPM mempunyai program membangunkan usahawan daripada golongan Bumiputera. Mereka dipilih, kemudian diberi latihan keusahawanan.

    Selesai sahaja latihan, mereka diberi modal RM50 ribu bagi membuka CC (Cyber Cafe, apalagi?).

    Mereka diberi menyewa kedai MARA (yang tak lakulah, apa lagi) dan diarahkan buka CC dalam kedai itu. (selesai satu masalah kedai MARA. Sekarang sudah dapat penyewa.)

    Selama ini kedai2 itu tak laku sebab kedudukannya di ceruk-ceruk, di hujung jalan, macam mana nak laku? Itulah kedai2 yang dipaksakan kepada usahawan baru tamat latihan itu supaya menyewanya. Tak mahu sewa, tak dapat RM50 ribu modal bisnes.

    Modal RM50 itu habis digunakan bagi membeli komputer CC, yang wajib dibeli daripada anak syarikat YPM!

    Maka usahawan2 MMM itupun bukalah CC di kedai MARA yang selama ini tak laku…. macam mana CC mereka hendak laku?

    Selepas beberapa lama tak dapat customer, hendak bayar sewa kedai MARA itu pun tak dapat.

    YPM pun hantar surat peguam!

    Jadi…. kita tengok macam mana YPM buat program keusahawanan bagi menyelesaikan masalah YPM sendiri, bukan bagi membantu melahirkan usahawan!

    Memang genius otak pegawai2 YPM nih!

  4. Setakat yang saya baca selama ini saya mendapat mesej: “Pendidikan dan Kesihatan adalah tanggung-jawab sosial pihak yang berkuasa”…, jadi bila Pak Rastom tanya “francais satu amanah”, maka ini satu persoalan yang amat mencabar kepada mereka yang berkuasa – “mencabar” sebab “susah untuk diljalani” oleh yang menerima francais itu, bukan mencabar untuk dilaksanakan oleh yang memberi…

  5. Puan SifuPTS,

    Pegawai MARA ramai yang bertauliah memberi ceramah cara berniaga, tetapi kenapa hampir kesemua gerai MARA di Malaysia bermasalah?

    Tuan Zubli,

    Pautan ke totalhappiness itu mungkin perlu di semak, entah ralat ?

  6. Tuan Rastom,

    Apa yang berlaku ke atas gerai-gerai MARA itu adalah serupa sahaja dengan semua projek kerajaan yang diuruskan oleh jabatan-jabatan kerajaan. Semuanya sama ada gagal ataupun hidup segan mati tak mahu. Puncanya adalah, kedai-kedai MARA itu dijadikan political reward kepada ahli2 UMNO yang kuat bekerja menyokong pemimpin UMNO tempatan. Cubalah periksa, mereka yang dapat geraai2 MARA itu adalah orang UMNO. Pegawai MARA daerah dan negeri ditekan oleh ketua2 UMNO daerah dan negeri supaya menyerahkan gerai2 MARA kepada orang UMNO.

    Orang UMNO yang dapat gerai itu mahu menyewakannya kepada peniaga kecil yang ada di situ. Peniaga kecil tak mahu menyewa sebab kos mereka akan naik, lebih baik terus meniaga di gerai2 haram yang mereka buat sendiri (di depan gerai2 MARA itu). Itulah sebabnya kita tengok gerai MARA tutup tetapi gerai2 haram di depannya bukan main aktif berniaga.

  7. DI ANTARA KATA dan MENGATA

    Para Halwa Romantiska dan Halwa Romantiski: zarzh, SifuPTS, alang bidara, dan Rastom…

    Teringat Puan Ainon Mohd dalam satu kursus yang beliau kendalikan dulu. Saya hadir dan dengar beliau berkata, “khalayak lebih seronok kalau pengucap awam kata ‘sekarang saya sampaikan satu cerita’, berbanding, ‘berikut adalah statistik’….gitulah, kurang lebih yang masih saya ingat”.

    Perihal Orang Layu penambahan Me, dalam perniagaan ini, teringatlah saya akan satu cerita. Begini:

    Seorang belia perempuan dengan adiknya lelatuan, berjalan ke dalam satu taman bunga. Di situ, mereka terserempak satu kepompong yang mula retak, di kawasan rerama. Mereka tertarik untuk menyaksikan kepompong itu seterusnya. Retak semakin panjang. Retak menjadi merekah, dan mula terbelah sedikit.

    Setumba, kelihatan isi kepompong bergerak perlahan dan kemudian semakin kencang. Semakin kepompong itu retak dan merekah, semakin luas pula terbelahnya, maka semakin jelas kelihatan anak rerama yang sedang menggelepar.

    Dek kesian, budak lelatuan tadi segera mengoyakkan kepompong itu, supaya mudah anak rerama itu keluar. Anak rerama itu pun mudah keluar, kemudian menggelepar sekali lagi, lalu terbang berlegar rendah, tetapi jatuh lalu mati!

    Budak lelatuan tadi kehairanan. Maka, kata kakaknya, “Rerama itu tidak dapat hidup lama, kerana kamu membantu mengoyakkan kepompongnya. Rerama itu barangkali boleh hidup lebih lama, seandainya ia melalui proses menggelepar untuk memecahkan kepompongnya sendiri”.

    Begitulah ceritanya, berikut satu lagi cerita yang berkaitan…

    Tawaran pekerjaan kepada bakal mahasiswa Melayu menganggur. Tawaran pekerjaan bermula 6 bulan sebelum peperiksaan semester akhir. 100,000 kekosongan. Kerja bermula setelah tamat peperiksaan yang diikuti cuti bergaji sebulan. Kemudian datang ke pejabat untuk menyandang jawatan, Jurujual Eksklusif produk cekelat 3M. Gaji RM 5,000 sebulan dibayar sejak pekerja masih di semester akhir di kampus lagi. Ambilan ‘advance’ dibenarkan. Elaun terima tawaran kerja RM 1,000 sekali bayaran. Komisyen, RM 1,500 sebulan. Baucer Pakaian, RM 600 setiap tiga bulan sekali. Kemudahan Komunikasi, Telefon Bimbit (guna tanpa had), dan Komputer Riba, dan akses internet, diberikan percuma. Kemudahan Pengangkutan disediakan iaini bas mini berhawa dingin untuk ambil dan hantar percuma perjalanan dari rumah ke pejabat dan dari pejabat ke rumah. Di samping mendapat gaji dan elaun, latihan induksi dan kursus teknik jualan selama 6 bulan diberikan beserta elaun tambahan penyertaan latihan sejumlah RM 1,000 sebulan. Selesai latihan, pekerja akan menjalani sesi pemerhatian bergaji penuh selama 6 bulan lagi di pejabat. Pekerja boleh memohon untuk melanjutkan sesi pemerhatian ini dan mendapat gaji penuh dalam tempoh masa tidak melebihi 6 tahun.

    Tawaran ini adalah mengambil iktibar cerita rerama tadi.

    Kalau tak faham jugak, tahniahlah kepada semua pemimpin, pengurus, pentadbir, penyelia, penyokong, dan pensyarah semua universiti seluruh Malaysia, kecuali UNIKA PTS.

    Baiklah…Blog yang dicari tidak dapat ditemui jika sesiapa klik dari ruang ini. Sudi apalah kiranya, potong dan lekat, guna petak papan alat sama ada yahoo atau google nampaknya berhasil.

    Maaf di atas sebarang susah dan payah.

    Ini cabaran teknikal yang begitu lama melanda alam siber. Aduhai…

    Alamatnya:

    http://www.totalhappiness.wordpress.com/

    Kata mereka:
    Your new http://wordpress.com blog has been successfully set up.

    Zubli Zainordin

  8. Saya tambah sikit sebagai lulusan program usahawan MARA. Memang betul penceramah MARA berkaliber beri ceramah tetapi cara pemikiran mereka yang tidak betul. Sebab itu anak didik ramai yang gagal. Mereka mengajarkan sebagai usahawan mesti gah pada solekan kedai dan solekan diri. Mereka juga mengajarkan, mesti menggaji pekerja jangan jadi pekerja. Jadi tokey kalau menjaga sendiri kedai jatuh standard kata penceramah saya. Jadi ramai rakan yang sama berkursus mengikut nasihat ini. Lagi satu mereka tidak pandai menilai daya saing satu-satu proposal yang diberi oleh peserta. Yang proposal datang daripada kepala yang di atas awan tetapi kaki tidak menjejak bumi diberikan pinjaman tetapi proposal rakan yang berdaya maju tidak dipedulikan. Mereka memberikan banyak latihan mengkaji personaliti, namun tidak pandai membaca personaliti peserta mana yang harus diberi sokongan dan mana yang hanya cakap berdegar-degar. Banyak lagilah yang salahnya pada MARA. Selagi mereka tidak melakukan anjakan paradigma, selagi itu mereka akan hanya menambahkan bilangan usahawan Melayu yang gagal dan bankrap.

  9. Rastom, dan Siti,

    MARA yang mana satu ni? Harap tidak yang ramai fahami sebagai MUNDUR.

    Siti tambah sikit, Zubli Zainordin pun tambah sikit juga lagi.

    Terdapat ramai penceramah yang hebat, berwibawa, dan berkesan, namun mereka ini berada di luar organisasi tersebut. Jikalau boleh unta masuk lubang jarum, barangkali mungkin may be, penceramah ini dapat lah 15 minit ke, nyampaikan hajat berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dengan para peserta di organisasi tersebut. Itu pun, kena tunggu 15 tahun lagi, sebab jadual organisasi tersebut dah padat atau dipadatkan.

    Jadi dengan demikian itu rupanya, siapakah yang telah mendapat peluang berceramah di seluruh negara, melalui organisasi tersebut?

    Siti sudah kenal sebahagian daripada mereka itu, saya…aduhai, sudah lama mengetahui hal ini.

    Nasib Orang Melayu, harus terus dibela, namun melalui organisasi tersebut susah sikit, jadi kenalah kita ikut jalan jauh, mungkin 100 tahun lagi ke dapatlah kita usahakan untuk majukan dan MARAkan 10 orang ke supaya maju, manakala berjuta yang lain, belum nampak caranya sekarang.

    Bersabarlah seketika, biarlah Orang Melayu mundur dahulu buat masa ini, manalah tahu 100 tahun lagi, beberapa orang boleh mara dalam kehidupan ini. Sabar ya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s