Misbah : Menyuluh makna kewujudan Pakistan

Negara Pakistan wujud pada 15 Ogos 1947. Berjuta rakyat benua India perlu dikorbankan demi impian politik para nasionalis kedua-dua umat Muslim dan Hindu. Idea sebuah negara berdaulat khusus untuk Muslim yang kemudiannya di kenali sebagai Pakistan dikatakan cetusan dari buah fikir Iqbal. Mohandas Gandhi yang Hindu bermati matian menentang pemisahan wilayah tersebut kerana , “seluruh jiwaku menentang fahaman yang mengatakan Hinduisme dan Islam itu bertentangan ideologi dan doktrin. Menerima fahaman itu samalah seperti menafikan kewujudan Tuhan.” Beliau mati dibunuh oleh seorang fanatik Hindu, Nathuram Godse.

Dengan latar sejarah kewujudan Pakistan untuk kelangsungan Islamnya, kes Misbah yang melarikan diri dari Scotland untuk bersama ayahnya mengajak kita melihat apa yang “di sana” dan ukur dengan apa yang “di sini”. Kes Natrah sudah menjadi sejarah. Almarhum Prof Ahmad Ibrahim bukan lawannya sistem keadilan yang menentukan Natrah milik siapa. Kita boleh memberi alasan bahawa sistem syariah tidak begitu teratur pada zaman itu maka pemakaian undang undang yang ada tidak memihak kepada Natrah. Pakistan yang sudah terlebih maju kononnya dengan penemuan teknologi nuklear tidak temui pula jalan keluar untuk menyelamatkan seorang Misbah?.Atau Pakistan mungkin masih lagi berbangga menjadi ahli Komanwel yang taat setia kepada Ratu Elizabeth?

8 thoughts on “Misbah : Menyuluh makna kewujudan Pakistan

  1. mahkamah pakistan dan USA pada aku sinonim. pakistan terpaksa akur dengan kehendak Amerika oleh kerana sesuatu sebab walaupun hati mereka menentang zionisme.

    Pada aku, hanya takdir memainkan peranan di sini. Bukan lagi manusia itu sendiri.

    -wallahualam

  2. aku tak paham sebenarnya siapa di sebalik Mahkamah Tinggi Pakistan ni. Aku juga tak pasti apa yg menyebabkan keputusan Mahkamah tidak berpihak kepada ayah Misbah dan adik-beradiknya. Tapi yg aku faham, kerajaan pimpinan org2 Islam Pakistan nampaknya tidak mampu melindungi seorang Muslimah yg ingin menegakkan hak Islamnya..

  3. isu nadra ma’rof aka maria hertorg hanya dipandang sebagai masalah perebutan anak antara ibu kandung dan ibu angkat. hakimnya pula orang putih, tak perlu bicara panjang, keputusan sudah ditangan hakim sebelum tarikh bicara.

    Peliknya Misbah ni, hakimnya pakistani, kenapa yang menang itu bukan ayahnya, rakyat pakistan merdeka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s