Menulis menongkah arus

Kenapa masih ada yang menongkah arus, sanggup bersusah payah, membelakangkan kesenangan dan kemewahan semata mata kerana sesuatu keyakinan. David Irving hari ini masih terpenjara di Austria kerana menongkah kepercayaan umum terhadap peristiwa Holocaust (sejarah pembantaian Yahudi oleh Hitler). Roger Garaudy, failasuf/pengarang Perancis, pun begitu. Beliau kemudian menjadi Muslim. Kelompok penulis yang menongkah mitos mitos ini dicop sebagai para revisionis.

Penongkah arus wajar diberi perhatian kerana ungkapan Lord Acton “power corrupts, and absolute power corrupts absolutely”. Dunia kepengarangan Melayu menampilkan beberapa perkembangan yang semakin pelik jika dilihat dari perubahan nilai dan sesuai dengan fitrah alam muncul juga penongkah arus yang mencerahkan. Mohd Affandi Hassan punyai penilaian yang lain terhadap “tokoh-tokoh” yang telah dinobatkan diperingkat nasional. Lihat tulisannya Apa itu novel popular?.

Dr Azly Rahman seorang intelektual yang terpelanting kerana keyakinannya, menyarankan

Academicians must now call for a jihad for the free market of ideas to reign. We must allow the unfettered growth of schools of thoughts – the Asli school, the Bangi school (UKM), the Petaling Jaya school (UM), the Shah Alam school (UiTM), or even the Sintok-Changlun school (UUM) – to reign over the unstimulating yet hegemonising school of thought of Putrajaya.


Patut juga hegemoni sastera oleh mana mana badan berkuasa dipecahkan untuk memberi laluan kepada percambahan mazhab atau school of thought. Justeru usaha PTS mengembangkan mazhab Sastera Hasanah wajar dilihat sebagai satu usaha segar walaupun nampak menongkah arus.

P.S. Buku David Irving boleh dimuat turun secara PERCUMA! (Best Seller!)

4 thoughts on “Menulis menongkah arus

  1. Apalah pasai nak cari pasai lalu masuk penjara tak tentu pasai. Kat sini pun dah macam penjara yang cukup selesa. Ikut sajalah apa yang diarahkan. Selamat. Nak tongkah arus, hai…kat sini, tak kayuhpun, maju jugak ke depan. Cukup seniority, naik jugak gaji. Jihad amende, buat penat je. Semua senang kat sini. Waktu krja sikit, waktu senggang banyak. Nota yang ditulis sewaktu masuk kerja dulu, masih boleh digunakan lagi, masih relevan lagi. Jadi baca sajalah 3 jam seminggu. Depan nak catit ke, tak nak ke…nak tidur ke, nak bercakap ke, itu depa punya pasailah. Exam nanti, hangpa taulah langit tinggi rendah. Apa yang penting, syarat keperluan pihak berkuasa sudah pun dipenuhi, cukup bulan dapat gaji. Depa nak pandai kah, nak menganggur lepaih ini kah, itu nasiblah. Tak boleh nak salahkan kami. Depa nak kata school kah, apa kah, lantak lah. Kat sini, ada orang cium jugak tangan bila berjumpa kami. Kemuliaan sedikit pun tak luntur. Ibarat ular menyusup akar, tetap ular juga namanya.

  2. Bak kata M Nasir,

    Kata orang jangan kau cuba melawan arus
    Pecah bahtera kau kecundang karam terjerumus
    Tapi jika terpaksa pergi kau mesti pergi
    Di balik gunung di kaki pelangi engkau cari
    Mimpi perangsang hidup dan kau di beri tawaran
    Tak bisa ditolak…

    Terima kasih kerana beri link buku David Irving! Saya sudah download ke PDA saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s