Beli komputer baru

Jangan jadi Tipah tertipu bila melihat harga komputer yang kelihatan semakin murah. Pentium 4 (Intel) ada banyak jenis dan siri. Dijangka lebih banyak Pentium 4 terpaksa diturunkan harga kerana persaingan hebat dari lawannya, AMD Athlon. Jika anda inginkan komputer berprestasi tinggi dari segi kelajuan dan grafiks pilihlah yang terkini, yang menggunakan chip terkini seperti Intel Core 2 Duo. Belum sempat Intel Core 2 Duo menguasai pasaran tiba tiba muncul pula chip terbaru dari AMD yakni Athlon 64 FX-70. Walaubagaimanapun, jika anda hanya menggunakan PC sekadar melayar internet dan menulis surat atau mengarang, cukuplah sekadar memilikki komputer yang menggunakan Intel Pentium 4 atau jika hendak yang lebih murah gunakan saja Intel Celeron atau AMD yang biasa.

Jika anda berminat menggunakan PC untuk bermain game, memproses video dan menerbitkan/merakam muzik, simpan duit dulu untuk membeli PC yang menggunakan cip Intel Core 2 Duo atau yang terkini Athlon 64 FX-70.

4 thoughts on “Beli komputer baru

  1. hmm, lagi entri dgn info..

    saya ada laptop Compaq RAM 1Gig, HD 60ghertz, AMD Turion – buat edit video pakai sfware Pinnacle Studio 10.1 (pirate,hehe). Sesuai tak? Ada sebarang cadangan? Takpun Premier lebih ok?

    salam.

  2. Anak Bumi,

    Pinnacle Studio 10.1 kira ok sangat, Premiere pun boleh, interface lebihkurang. Cuma dengan cip terbaru proses pindah angkut dari kamera ke HD dan memproses/edt terutama sekali kalau mau bikin duplikasi (untuk bisneslah) tentu lebih baik, kurang stres, hehehe

  3. saya ada soalan: apa langkah yang perlu diambil jika nak beli komputer baru.

    Langkah pertama ialah tanya diri kita untuk tujuan apa kita beli. Jika untuk kerja biasa biasa seperti menulis nota, chat, email sahaja beli saja komputer yang guna cip Celeron, murah saja. Jika untuk kegunaan khusus seperti memproses video, audio atau main game yan canggih grafiks mesti beli pc yang berkuasa tinggi, cari yang menggunakan cip Intel Core 2 Duo atau Athlon 64 dan beli kad grafik yang terbaik.

  4. apa nak saya buat kalau komputer rosak. jangan suruh saya buang atau beli baru.

    Tengok dulu apa yang rosak. Dalam komputer macam badan orang. Kalau sakit perut doktor tak kan suruh kita balik korek liang. Dia periksa dulu apa sakitnya. Selalunya komputer bermasalah di bahagian bahagian seperti: power supply (kotak yang menerima bekalan letrik)m kemudian hard disk yang kantoi (tak boleh start langsung), kemudian ada juga monitor yang kantoi. Nasihat terbaik ialah bawa PC ke kedai repair.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s