Novel Pop dan kaitan falsafah

Syed Naguib al-Attas, pernah melakar peta halatuju fikrah sekularisme. Dr. Mohammad Saleeh Rahamad dari Universiti Malaya, saya petik dari UnikaPTS, dalam kertaskerjanya di Seminar Novel Popular di DBP seolah olah mengisi kerangka fikrah Syed Naguib – laksana ilustrasi terkini – putaran roda sekularisasi budaya Melayu semakin ligat.

Sukar mengunyah teori falsafah? Jangan bimbang. Teori baru yang tidak berapa baru sudah ditemui Kolej Perubatan Yale, USA. Kelaparan itu satu kelebihan.

p.s. lihat juga cetusan pra-seminar

8 thoughts on “Novel Pop dan kaitan falsafah

  1. Tuan RASTOM, saya akan berlapar apabila saya mahu berfikir dan berkarya! Saya amat teruja membaca laporan eksperiman sains di Yale itu. Patutlah, awal subuh saya lebih efektif berkarya sebab waktu itu saya lapar!

  2. Puan,

    Pelik sungguh. Saya pula bila lapar, asyik nampak karya yang tersusun di atas pinggan.

    Ada pengalaman bergaul dengan “pekerja malam” (para penghibur), mereka bangun pagi selepas jam 12.00 tengahari. Memang susah menggerakkan otak kreatif bila lewat, biasanya mereka hanya perlu mengulang ulang apa yang dipersembahkan sebelumnya, maka tiada apa yang baru. Tiada kreativiti.

  3. Berkata tentang Turki dan Artatuknya, terus-terang saya katakan dari pengalaman bersama orang Turki dan lama duduk diEropah, kalau bukanlah kerana adanya usaha-usaha agama yang berterusan walaupun ramai ulamak-ulamak Turki dibunuh oleh Kamal Artatuk, Turki hingga hari ini hanyalah sebahagian benua yang dihina dan dipermainkan seperti kanak-kanak. “Sick man” untuk benua Eropah dan hingga kini, masih bertarik-tali samaada diterima masuk EU atau tidak sedangkan blok-blok Eropah Timur yang mana dahulunya adalah Kominis telah pun diterima. Sebegitulah dengan kita diMalaysia, kalaulah kita bertindak meninggalkan agama dibelakang, jadilah kita budak suruhan jajahan yang dianggap tiada pendirian.
    Dan tentang Novel popular dan Intelektual saya rasa yang penting bahan yang ditampilkan, samaada memberi manfaat atau tidak. Masaalahnya, novel popular, bahannya tidak begitu membantu minda kerana biasanya bertujuan komersial, mengaut untung semata-mata. Manakala yang lain pula, terlalu tinggi bahasanya dan hanya segelintir yang faham, tambahan pula harganya yang mahal dan hanya yang bergaji lebih mampu membelinya. Sedangkan kalau kita lihat buku-buku yang bertajuk agama (Semoga sastera Hasanah SifuPTS berkembang) biasanya membawa kedua-duanya dalam satu bakul, sesuatu yang intelektual tetapi mampu dipopularkan. (Apakah ada yang lebih intelektual dari kata-kata Allah dan Rasulnya?)
    Dan tentang berlapar mencergaskan akal, ahli-ahli zuhud telah lama mengetahui rahsia ini, hinggakan Syadina Ali pernah berpesan kalau kita hendak menguatkan akal, maka berpuasalah.

  4. Dari Syadina Ali r.a, “Ada tiga (perkara) yang boleh menambahkan kuat ingatan dan menghilangkan lendir dimulut: 1- Bersugi 2- Berpuasa 3- Membaca Al Quran “.

  5. Tuan Rastom, tumpang lalu!

    Sdr ZARH,

    Konsep “sastera” dan “bukan sastera” ataupun “seni” dan “bukan seni” sebagaimana yang kita gunakan hari ini adalah ciptaan pemikiran middle-class Barat.

    Kita perlu tarik nafas 3 kali sebelum kita menerima dan menganuti konsep-konsep yang dicipta oleh manusia-manusia biasa itu.

    Apabila kita katakan sesuatu novel itu “tidak mengandungi falsafah”, kita perlu bertanya falsafah apa yang tidak ada, maka dikatakan novel itu tidak mengandungi falsafah.

    Apabila kita menilai “Ranjau Sepanjang Jalan” ataupun “Salina” sebagai karya Islami, apa kayu ukurnya? Bagi mengukur keislaman sesuatu ovel itu, kayu ukurnya mestilah kayu ukur Islam.

    Isu kayu ukur Islam inilah yang sedang saya fikir-fikirkan siang malam…. kadang-kadang macam saya sudah nampak kayu ukur itu, kadang-kandang macam ragu pula, betulkah itu kayu ukurnya… (sambil garu2 kepala).

  6. Pak RASTOM, Pn AINON dan saudara ZARZH,

    saya juga keliru, adakah sastera dan popular itu mampu untuk disatukan, lantas menjadi ‘sastera popular’ ?

    saya duduk di bengkel tersebut bersejuk 2 hari, mengapa sarjana ini kurang menekankan isu intektual, malah hinggap mengulas isu komersial pula..

    jadinya, kemana hala tuju pembaca Melayu kita?

  7. zf_zamir,

    Label perlu pada ketika kita mau memudahkan klasifikasi. Ada risiko ambiguiti makna jika kita terlalu taksub dengan label. Sarjana ada jenisnya juga seperti setiap barang atau benda. Ada mazhab – school of thought masing masing. Sukar menjawab soalan sdr “kemana halatuju pembaca Melayu”.

    Jawapannya juga boleh diberi mengikut belbagai variasi, kerana soal ini abstrak. Pertama saya boleh jawab: Kita sudah hilang Kepimpinan Intelektual. Yang memimpin citarasa pembaca atau audien sekarang nampaknya kuasa pasaran, ertinya yang pop, yang disukai ramai, yang melayan kehendak bersenang lenang. Pun demikian label “pop” itu juga terdapat pada beberapa hasil sastera bikinan insan yang boleh dijadikan panduan, kerana insan itu kreatif dan sedar, hanya dengan cara itu beliau dapat menerobos ke dalam pasaran.

    Ringkasnya, label pop dsb boleh kelirukan kita. Untuk memuaskan hati kita elok diketahui serba sedikit perihal penulisnya serta latarbelakang karyanya terdahulu dan jika ada, sorotan dari pembaca. Rumusannya kita yang membaca maka kita sendiri nilaikannya.

  8. kamal artatuk sebenarnya seorang islam yang baik. namun dizmn pmerintahannya yang agung telah myebbkan beliau memisahkan antara agama dgn sosial msyrkt. artatuk bijak dalam bdg politik ttp hancur krn mblkangkan agm shgga menafikan apa2 yg telah digariskan olh syriat. maka dgn itu beliau bertindak mbunuh ramai ulama yang menegahnya dripd mlkukan tindakan yg menentang syariat. syg……kbjaksnaan yg ada shingga mampu membentuk sebuah kerjaan yg mmbangun tp akhirnya mati dlm keadaan yg hina krn tindakannya yg mhina ulama (gol agama yg BERTANGGUNGJAWAB mpertahankan Islam). sabda nabi “al ulama warisatul anbiya’.”

    sbg msyrakat yg dinamik, seharusanya kita bpegang dgn pmerintah yg mgikut landasan syariat…biar pun bijak namun jika songsang dripd landasan agama….ingatlah janji ALLAH terhadap org2 yg menentang ajaran islam…

    Sekarang tiba giliran Musharraf di Pakistan. Ini agaknya spesis terakhir untuk kurun ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s