mahasoros

Apa maknanya bila Mahathir berjabat tangan dengan Soros? Ertinya, rakyat Malaysia mestilah memansuhkan hukum Mahathirisme yang termaktub di dalam helaian akhbar dan melupuskan segala memori yang melabelkan Soros sebagai penyangak matawang dunia. Penyangak dulu kini boleh jadi kawan. Istilah penyangak sebagai satu penilaian hukum oleh Mahathir boleh diubahsuai mengikut masa dan tempat. Tidak mustahi istilah peliwat juga akan berubah andaikata orang yang dilabelkan itu nanti berkuasa dan berduit. Dalam Islam, hukum yang adil itu dilihat konsisten dan penghukum itu istiqomah dengan tindakannya. Biasanya dalam sesuatu perbalahan, satu pihak itu benar atau menghampiri yang benar. Oleh kerana sudah berjabat tangan maka kini Soros bukan penyangak, siap penyangak sebenarnya?

Kata Soros cukup masuk akal,
“Defending the act of currency speculators, Soros said it’s the authority (of every trading country) and not the speculators who should be held responsible.

Speculators trade in accordance to the prevailing rules of the country and the respective authority should make sure that its (monetary) market functions,”

Berhati hatilah bila menuduh orang tanpa bukti kukuh. Berhati hati juga bila terbaca tuduhan yang itu yang ini sebagai “konspirasi Yahudi sedunia”. Kadang kadang lebih mudah mencari kambing hitam untuk menutup kelemahan diri.

Published by rastom

Panduan bahasa, penulisan terjemahan dan ehwal berkaitan bahasa modern dunia

2 thoughts on “mahasoros

  1. Berita ini sudah mendapat liputan awal akhbar perdana dan yang bersangkutan dengan pihak pembangkang. Telah ku teliti baik.

    Ada yang mempersoalkan, mengenai dua individu ini bakal berjabat tangan. Tetapi, aku pernah tengok dulu dia tegak dan tidak tunduk pun sewaktu berjumpa Bush. Individu ini jauh lebih kecil daripada potensinya untuk memimpin sebuah negara, dan individu ini yang datang nak jumpa dia. Bukan sebaliknya. Kemudian, aku teliti gambar yang Rastom paparkan. Jelas, ketika berjabat tangan, yang dipersoalkan itu, non-verbally speaking, tangan kanannya berada di sebelah atas. Sila lihat gambar yang di paparkan.

    Mungkin ramai di antara kita yang tidak tahu latar tersiratnya, bahawa tiada siapa pun yang ingin menjadi bintang yang bersinar terkemuka menghentam US, tapi ada banyak cara senyap yang boleh dilakukan, katanya, bila menjawab soalan penemubual, siapa yang boleh buat US sampai berlutut.

    Dulu dia tahu siapa penyagak mata wang. Dia peg ringgit. Lepas itu ada beberapa orang tak sure nak terus peg atau tarik peg. Namun individu ini masih jahat. Individu ini datang ke mari khabarnya pertama kali secara rasmi, selepas peg ditarik. Namun, sakit jugalah syarikatnya. Gerakan Selatan-Selatan, gabungan OIC, pengenalan Dinar Emas, perbankan tanpa riba, takaful, dan segala macam. Sakit, jika pun tak serik.

    Dulu, adalah seorang pensyarah yang menganiaya tiga mahasiswa, seorang kemudian jadi pegawai DBP, seorang jadi Ketua Kursus Pengiklanan tempat si penganiaya itu bertugas, dan seorang lagi Ketua Kursus Penyiaran. Tapis akus sendiris sudahs maafskans dias.

    Aku harap hang pun eloklah begitu. Tengok sahaja teladannya, tak kanlah nak dendam sampai mati kot.

    Semua gambaran melalui media di antara yang menganiaya dan yang dianiaya di seluruh dunia, pesanan aku, lihatlah siapa yang punya angkara, di belakang tadir ini semua.

    Perhatikan, kenyataannya: US sebuah negara bankrap. Siapa peminjamnya? Maksudnya, US bankrap kepada siapa?

    Sedarlah, memang boleh terima akal, syarikat bergantung kepada kewangan negara. Pelek tak kalau negara bankrap kerana berhutang kepada syarikat. Dari sebesar negara, sehinggalah peniaga sendirian berhad atau enter-the-pris meminjam kat Along. Format sama.

    Itulah latarnya, maka dua individu ini bertemu dan berjabat salam. Tak ramai yang tahu latar ini, lantaran ada juga kesimpulan yang tidak tepat telah dibuat.

  2. Tuan Zubli,
    Bukan soal dendam sampai mati, tetapi banyak onar (jasa) yang tersimpul sukar dirongkai. Institusi sivil lingkup. Sendi demokrasi dsb. kerana seorang itu. Dalam banyak hal MNC’s lebih banyak yang kaya dari gomen gomen, termasuk USA. Kesimpulannya yang jelas ialah bila kuasa sudah beralih tangan, semua cakap cakap yang dulu perlu dirombak. Pragmatisme.

Leave a comment